Hospital bersalin

Ada banyak pilihan hospital atau klinik untuk bersalin. Boleh pilih samada swasta atau kerajaan. Jika berkemampuan atau ditanggung oleh majikan pasti boleh buat pilih hospital atau klinik yang lebih selesa. Biasanya pilihan adalah hospital atau klinik swasta.

Sedikit tip untuk mereka yang pilih bersalin di hospital swasta. Apa yang perlu kita perhati sebelum pilih tempat bersalin swasta?

Pastinya kena bertanya dulu beberapa perkara. Jangan buat last minute.

1. kos bersalin. Lain hospital atau klinik lain kosnya. Perlu juga ambil kira mungkin anak alami masalah seperti kuning/jaundis. Jadi perlu duduk lama di hospital dan ada kos tambahan. Biasa di Bandar besar average dalam RM2000 jika bersalin normal. Jika klinik bersalin lebih murah. Bergantung juga bersalin normal atau tidak. Pembedahan biasanya mahal antara RM4000 ke RM8000.

2. doktor bersalin/ibu. Pilihan doktor bergantung samada doktor pakar atau doktor bidan. Yang memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan saja, perlu bertanya dulu. Ada kala ketika bersalin, bergantung kepada doktor yang ada, mungkin lelaki.

3. doktor bayi. Penting. Kadang kita tak terfikir mengenai doktor untuk bayi kita. Kita tak boleh kenalpasti masalah bayi kecuali doktor. Ada kala doktor ambil  sambil lewa sebab bayi kita tak boleh mengadu. (Saya pernah terkena!)

4. kemudahan dan persekitaran hospital. Jika kita jangka akan ada masalah, pastikan cari hospital yang ada kemudahan yang perlu. Atau kita pun tak pasti ada komplikasi ke tak, jika hospital tiada kemudahan, tanya mana akan dihantar jika ada masalah.

5. perkhidmatan keseluruhan hospital. Biasa bila bayar mahal kita jangka layanan yang memuaskan. Layanan jururawat dan bantuan diberi. Cara menyusu badan, ada diajar oleh mereka atau tidak.

Apa-apa pun bersalin di hospital bersalin mana sekali pun, kita sendiri kita siap mental dan fizikal! Bantu doktor atau bidan kita juga ketika bersalin selain mereka yang bantu kita.

PROMOSI ISTIMEWA SET BERSALIN NR SEHINGGA 3 MAR 2012

Set Bersalin biasa harga ahli RM300, kini RM285 untuk set 30 hari, atau RM373 (biasa RM393) untuk set 44 hari

Maklumat lanjut sila layari www.nonaku.com atau www.mamadamia.com

Tip mudah cara bersalin normal

Ramai yang bersalin secara normal berbanding pembedahan. Yang kali pertama akan lalui pasti rasa pelbagai perasaan. Dengar cerita pengalaman ibu-ibu yang dah bersalin normal.

Ada 3 peringkat

1. peringkat kontraksi hingga servik buka 10 cm. Biasanya mula terbuka 3 ke 4 cm. Jika induce biasanya doctor akan tentukan. Jangka masa antara 2 ke 12 jam atau lebih bergantung kepada individu. Purata dalam 5 jam.

2. peringkat servik sudah terbuka dan kelahiran bayi – jangka masa beberapa minit ke ½ jam, bergantung kepada ibu meneran

3. peringkat antara bayi keluaran dan pengeluaran uri. Sebelum 30 minit akan keluar dengan normal, lebih dari ni perlu bantuan.

Peringkat ini perlu kita lalui untuk pastikan bersalin normal. Ikut pendapat, orang Asia alami peringkat ke 2 lebih lama banding bangsa lain.

Saya bersalin secara normal 3 kali dan secara pembedahan sekali. Anak sulung kembar dan saya dapat bersalin secara normal.

Jangka masa peringkat pertama saya adalah antara 2 ke 3 jam. mula buka pada 4 cm. Anak kembar, anak ke-3 dan ke-4 diberi ubat untuk mempercepatkan proses kontraksi. Di masukan air melalui di tiub. Namun anak ke-4 saya terpaksa bersalin pembedahan kerana ada masalah. Untuk anak no 5 saya bersalin tanpa bantuan ubat ini.

Jangka masa peringkat ke 2 antara 10 ke 30 minit. Anak kembar pertama ambil masa 20 minit dan keluar kembar kedua selang 10 minit. Anak ke 3 ambil masa 30 minit dan yang terakhir 10 minit.

Anak kembar dan ke-3 perlu buat episiotomi untuk bantu mudah bayi keluar. Yang ke 5 tanpa buat episiotomi.

Memang berbeza dan yang pasti bersalin kali terakhir paling mudah. Bersalin kali pertama saya lebih banyak baring atas tilam semasa peringkat 1. Amat sakit hingga minta ubat tahan sakit. Anak ke 3 saya berjalan-jalan sehingga rasa sakit tak tahan, baru duduk. Anak ke 5 saya berjalan-jalan sehingga saat hampir bersalin. Bila tak tahan sangat saya duduk tepi katil. Sambil duduk, badan saya bongkok ke depan. Tip ini doktor saya ajar bagi percepatkan proses peringkat ke2. Berkesan! 2 kali teran bayi dah keluar. Dalam masa 10 minit dah bersalin. Sakit rasa sekejab saja. Tanpa perlu buat episiotomy dan ubat percepat kontraksi!

Tanda perlu teran, kita rasa seperti mahu berak. Jangan teran awal, buang tenaga dan memenatkan. Bila hendak teran, tarik nafas dalam-dalam baru teran. Jika kita tarik nafas sikit dan teran, ini akan ambil masa lama nak meneran sebab nafas dah habis. Jadi kena ambil nafas lagi.

Peringkat ke 3 saya tiada masalah. Tidak ambil masa lama.

Sebaiknya berbincang dengan doktor cara terbaik dan pilihan yang boleh dibuat untuk bersalin normal. Namun tidak semua boleh normal seperti anak no 4 saya. Dah sakit untuk bersalin normal. Tangan keluar dulu, jadi saya tidak mahu tanggung risiko, terpaksa bedah.

Sakit ke? Dah tentu sakit. Semua bergantung kepada teknik kita untuk kurangkan sakit. Pengalaman saya bersalin normal dan pembedahan, walau amat sakit ketika bersalin, bersalin normal lebih mudah. Sekejab dah baik. Masa doktor nak keluar uri dah boleh borak dengan doktor. :) Hari pertama dah boleh bangun. Pembedahan ambil masa nak baik.

Anak tidak tahu membaca walau dah sekolah setahun, mungkin Dyslexia

Anak saya masih belum boleh mengenal huruf dan tidak tahu membaca selepas berada setahun di tadikanya. Tahun ini dah masuk 6 tahun dan masih sama keadaannya. Berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Sudah boleh membaca ketika 5 tahun. Perangainya juga amat berbeza.

Saya rasa sesuatu kelainan pada dia. Dia tak suka ke sekolah, bising katanya. Selalu bila suruh tulis dia jawab tak tau. saya sangka dia malas dan tak suka sekolah, jadi saya biarkan saja umur 5 tahunnya untuk dia biasa dengan sekolah. Umur 6 tahun baru pastikan dia tau membaca. Kini dah 2 bulan, Nampak tiada perubahan. Saya pernah bertanya doktor kanak-kanak, anak saya ada masalah ke, mungkin autism. Menurut doktor anak saya normal. Namun saya rasa ada tak kena.

Atas rasa ingin tahu betul ke anak saya normal atau tak, saya jumpa psikologi kanak-kanak. Baru 2 hari lepas saya bawa. Memeranjatkan, anak saya mungkin dyslexia. Saya pernah dengar perkataan ini, teringat lakonan Ako Mustapha dalam drama Dyslexia. Terkejut dan tidak sangka. Ciri-ciri yang ada padanya memang banyak menunjukan dia mengalami dyslexia. Namun untuk pastikan saya perlu hantar dia untuk ujian lanjut.

Dyslexia adalah mereka yang ada masalah untuk membaca. Nampak normal, boleh bercakap seperti biasa. Cuma masalahnya tidak boleh membaca dengan kaedah biasa. Perlu kaedah tertentu untuk bantu dia membaca. Cara biasa, dia sukar belajar membaca.

Saya berkongsi di sini masalah saya sebab mungkin ada ibu bapa luar sana alami masalah sama. Ada kala kita ingat anak kita malas, jadi kita akan kerap suruh rajin membaca atau mungkin kita akan marah kerana sifat anak kita. Sedangkan anak kita perlu bantuan. Mungkin anak itu tidak ada motivasi untuk belajar. Jalan terbaik perlu cari doktor atau psikologi yang dapat tentukan apa masalah anak kita.

Ada juga ibu bapa tidak mahu ambil tindakan eg bawa jumpa doktor sebab takut nanti dah label anak tu camtu, anak tu akan bertambah teruk.

Pada saya, bila kita tahu masalahnya lebih mudah untuk uruskan dia. Kita tidak akan paksa dia buat suatu yang normal pada orang lain kerana kita nak dia jadi normal. Kita perlu ikut dan beri bantuan pada dia supaya dia jadi normal. Contohnya Dyslexia ini, jika tidak dibimbing, dia akan ketinggalan dan membesar sebagai insan yang rendah diri kerana kekurangan diri mereka.

Tip jaga anak demam

Seminggu 4 orang anak saya demam, silih berganti seorang demi seorang demam. Seorang je tak demam. Dah pesan jangan duduk dekat. Ummm lagi pergi tidur ramai-ramai 1 bilik.

Demam biasa dialami oleh anak-anak kecil. Mungkin ada ibu bapa ambil ringan saja. Nanti baik le.

Tau tak demam panas yang keterlaluan boleh menyebabkan sawan dan boleh menyebabkan anak kita cacat?

Apa sebenarnya demam? Sebenarnya suhu badan anak tidak kekal pada suhu normal iaitu 37 C. Ia akan turun atau naik bergantung kepada cuaca. Biasa pagi paling rendah dan tengahari paling tinggi. Namun beza suhu tidak terlalu tinggi. Suhu badan akan naik jika lepas berlari-lari ke 37.8 C.

Bagi bayi baru lahir ke 3 bulan, suhu 38 C atau lebih tanda sakit dan perlu di bawa jumpa doktor. (Jika bayi anda dibedung, cuba buka bedung dan ambil suhu semula). Anak lebih besar suhu 38.3 C atau lebih tanda sakit. Lebih tinggi suhu badan, mungkin sakitnya teruk, ada jangkitan serius bukan sekadar demam biasa. Tapi ada yang jangkitan ringan namun tinggi suhunya, ada yang jangkitan teruk tapi suhu demam rendah. Demam amat berbahaya bila telah mencecah 41.1 C. Anak berumur sehingga ke 5 tahun boleh alami suhu sehingga 40 C.

Demam merupakan respon badan kepada infeksi dan sesetengah penyakit. Demam mungkin sebenarnya membunuh infeksi kerana ada setengah kuman akan mati pada suhu tinggi.

Untuk merawat anak demam, boleh berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen(biasa boleh baca kat botol ada tulis ni.) Jangan ambil aspirin, akan sebabkan penyakit lain. Dos bergantung kepada umur dan berat. Biasa doktor akan nasihat berapa perlu beri. Jadi pastikan sentiasa ada ubat demam simpan di rumah. Adakala demam dan sukar cari klinik atau mungkin cuti umum. Pastikan simpan tempat yang selamat, anak kita tak boleh ambil.

Boleh juga mandi atau lap badan anak untuk turunkan panas. Tujuannya untuk bawa darah ke kulit dengan mengelap dan sejukkan dengan resapan air ke kulit. Namun ini hanya sementara kerana termostat badan telah ditentukan pada suhu tinggi dan dengan cepat demam datang semula.

Pakaikan pakaian yang nipis.

Anak ke 4, Daiyan pernah alami sawan kerana demam terlalu panas. Semua anak yang lain tidak pernah kena. Pertama kali jadi, saya dah tidurkan dia, dan tinggalkan dia seorang. Sedangkan ketika tu panasnya tak tinggi. Bila masuk semula, saya nampak dia dah tak bergerak. Terus bawa ke hospital. Dia jenis demam yang  naik dengan mendadak. Makan ubat demam, hanya turunkan sedikit suhu badan dia. Jadi perlu lap badannya.

Kali kedua jadi, waktu pagi. Sepanjang malam saya berjaga. Jadi di waktu pagi, agak penat dan mengantuk, tertidur. Suami dah pergi kerja. Mujur saya menyusu badan, sedang beri susu pada dia, tiba-tiba rasa dia kejang. Terus saya angkat dan mandikan dia. Alhamdulillah hilang dan dia menangis. Doktor ada beri ubat untuk masukkan dalam punggungnya jika kena sawan. Saya dalam keadaan panik lupa ubat tu. Fikir nak kena turunkan panas badan dia. Aha dengan saya sekali mandi.

Ada beberapa yang saya kenal, anaknya kena sawan sehingga jadi terencat akal. Saya memang risau bila anak demam. Yang penting kena tau cara jaga anak demam supaya tidak memudaratkan. Namun biasanya demam tidak begitu memudaratkan, cuma jangan ambil mudah. Kita tak nak sesuatu buruk jadi baru menyesal.

 

Produk baru di www.mamadamia.com, Set tilam dan bantal bayi kekabu dan tungku Moden Eletrik. Sila layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut…

Ibu ayah inspirasi anak

Biasa dengarkan dalam satu keluarga, ayah/ibu dan anak-anak profession kerja sama. Contoh ibu/ayah akauntan, anak pun akauntan, ibu/ayah tukang masak, anak pun sama. Ibu/ayah pelakon, anak pun pelakon.

Kenapa selalu  jadi macam ini? ini kerana ibu/ayah jadi inspirasi atau ikutan kepada anak-anak. Anak-anak lihat kerjaya ibu/ayahnya dan ingin jadi seperti mereka. Minat dipupuk sejak kecil. Pada mereka ibu dan ayah mereka hebat dan ingin jadi seperti mereka. Atau ada kala, kerana kebiasaan dalam hidup, jadi mereka juga akan ikut seperti  ibu dan ayah walau mereka tidak suka kerja itu.

Pentingnya… pengaruh kita sebagai ibu ayah dalam menentukan masa depan anak-anak. Adakala kerjaya anak kita dipengaruhi oleh minat kita. Contohnya kita mungkin seorang petani, tak berpeluang jadi doktor, tapi minat sangat nak jadi doktor. Kita pasti bagi galakan pada anak kita. Kemungkinan besar anak itu akan jadi doktor sebab kita dah tanamkan semangat dalamnya.

Namun jangan pula terlalu tekan anak-anak jika tidak berminat dengan apa kita sukakan. Pastikan kita selalu berikan galakan yang baik. Kadang dalam kesibukan kita bekerja kita lupa untuk didik diri kita untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Kita tenggelam dalam emosi kita sendiri, apatah lagi zaman sekarang serba mencabar.

Pastikan kita menjadi contoh yang baik kerana pelajaran anak-anak berterusan selagi mereka bersama kita, memerhati dan mengikut apa kita lakukan. Jika anak buat sesuatu kita tidak suka, lihat dulu apa kita buat. Mungkin kita jumpa jawapannya pada diri kita. Jadi jika ingin anak buat sesuatu yang kita suka, kita kena buat dulu. :)

Tip kawal anak 1 Tahun

Mungkin ada antara kita mempunyai anak berumur 1 ke 2 tahun. Anak saya bakal masuk 2 tahun pada bulan Feb ini. Biasa dalam umur 1 ke 2, banyak yang dia ingin belajar. Jadi proses eksplorasinya pun mencabar kita sebagai ibu bapa. Contoh kita ke kedai, semua barang ingin dicapainya. Lagi kita larang, lagi dia buatnya. Ummm macamana nak membeli ya ;) Ada masalah ke anak kita ni, tak nak mendengar kata?

Sebenarnya mereka ini bukan mempunyai masalah perangai. Mereka pada peringkat ingin mencuba. Dalam fikirannya nampak tangga nak panjat, nampak pinggan mangkuk kita nak pegang apatah lagi ada keluar bunyi. Lebih seronok dia nak teroka.

Kita kena fikir alternatif. Kita tak boleh beri arahan pada anak kita dengan harapan dia dengar. Contohnya ke kedai, letakkan dalam strollernya. Jika boleh jangan ambil masa yang lama, sebab nanti dia mula bosan.

Jika dia ingin mencuba sesuatu, melarangnya tidak akan mengubah apa-apa. Jadi boleh biarkan dia seketika sambil perhati agar tiada apa-apa yang merbahaya. Jika perkara yang dibuat bahaya contoh naik tangga rumah kita, jaga dibelakangnya. Memenatkan, tapi lebih cepat hilang keinginan mencuba tu berbanding kita tutup tangga tak bagi dia naik. Bila ada peluang apa lagi tak lepas peluang lah dia.

Jangan memarahinya, lebih memburukan keadaan. Sepanjang dia main/cuba tu, sebut bye,bye atau sesuatu yang dia faham sekejab lagi kena pergi atau berhenti main tu. Bila tiba masa boleh bye, bye terus pergi dengan gembira tanpa memaksanya. Mungkin ada masalah jika kita ingin segera beredar. Boleh juga cuba umpan dengan mainan kegemaran dia, kena stand by dalam beg kita. Semua kena buat dengan cara baik yang menggembirakan mereka tanpa marah, pasti ok!

Tip kerusi kereta bayi/baby car seat

 

Minggu lepas sibuk urus anak masuk sekolah. Damia dah darjah 1, si kembar darjah 6. Daiyan tadika. Tinggal bongsu je baru 2 tahun. Damia minta teman dia di sekolah waktu sebelum masuk kelas dan waktu rehat. Tak sempat nak menulis. Seronok tengok keletah budak-budak. Comelnya.

Kerusi kereta bayi/baby car seat jadi keperluan bagi ibu atau ayah bekerja yang perlu bawa bayi ke pusat jagaan terutama memandu sendirian. Memudahkan sebab kita boleh letak di kerusi bayi tanpa perlu risau dia jatuh atau bahaya jika  brek mengejut.

Kadang kita rasa tidak jadi masalah, letak saja atas kerusi  kereta. Namun kemalangan ini bukan boleh diduga. Pernah terjadi kepada kawan pejabat saya dulu. Anaknya berusia 18 bulan meninggal terpelanting keluar kereta akibat kemalangan masa pulang ke kampung. Ibu ayahnya hanya cedera ringan. Kami semua macam tak percaya, sedih. :(

Bayi  boleh diajar duduk di kerusinya sejak lahir lagi. Jika bercadang gunakannya, elok ajar sebelum dia 2 bulan. Bila sudah jadi kebiasaan, tidak menangis bila letak. Sebenarnya jika sudah besar boleh juga ajar, kena sabar melatihnya.

Ada 2 jenis yang biasa digunakan iaitu saiz kecil sesuai untuk bayi baru lahir ke 2 tahun, bergantung kepada berat. Saiz besar pula untuk bayi 6 bulan ke 5 tahun. Pemilihan bergantung kepada berapa lama ingin pakai. Jika bercadang guna untuk tempoh lama, boleh pilih saiz besar. Cuma semasa sebelum 6 bulan, perlu ubahsuai cara letak di kereta, lebih rendah agar sesuai dengan bayi yang masih belum boleh duduk.

Untuk saiz kecil pula ada yang boleh diletakkan ke kereta sorong/stroller bayi. Biasanya disediakan adapter untuk letakan pada kereta sorong. Boleh guna bersama kerusi bayi atau stroller biasa. Ini mudah kita guna jika bayi dah tidur, angkat sekali dengan kerusi bayi, tak perlu angkat bayi. Jadi dia dapat terus tidur lena.

Masa anak sulung sampai anak no 4, saya guna saiz besar. Anak-anak saya suka duduk atasnya sampai dah besar. Letak untuk adiknya, adiknya tak duduk dia pula yang duduk. :) Selesa, bila berjalan jauh tidur lena sebab selesa. Anak no 5 saya cuba saiz kecil dan boleh diletak atas stroller. Bagusnya bila dia tidur, mudah saya angkat baby car seat saja. Dia terus tidur.

Baby CarseatCuma yang bongsu ni kurang suka duduk baby car seat dia tu bila dah 1 ½ tahun. Tak pasti sebab saiz kerusi kecil atau sebab tengok abang kakaknya tak duduk atas kerusi tu. Tapi bila jalan jauh, dia masih suka tidur atas baby car seat tu. Bagus, tak lenguh tangan saya nak pangku. ;)

 

 

Promosi di Mama N Damia masih berlangsung sehingga 15 Jan 2012. Maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

Cemburu pada adik-beradik?

Bila ada adik beradik, akan wujud perasaan cemburu. Jika tidak teruk, ini dapat bantu kanak-kanak membesar dengan lebih bertolak ansur, tidak bergantung dan baik hati. Satu cara atasi cemburu, ialah melihat pada cara kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa. Dalam kebanyakan keluarga, ini akan bertukar jadi persaingan yang sihat , sokongan yang berterusan dan setia.

Ada juga yang membesar sebagai adik beradik yang tidak suka satu sama lain. ini berpunca dari cara ibu bapa membina hubungan. Ada adik beradik yang gembira ada teman. Ada pula yang mempunyai personaliti berbeza seorang suka bising dan seorang suak senyap. Jadi akan mempunyai masalah untuk bersama.

Secara umum, semakin kerap ibu bapa beri perhatian lebih kurang perasaaan cemburu. Jika setiap anak puas hati dengan perhatian yang dia dapat, jadi tiada alasan untuk cemburu perhatian ibu bapa dia bagi pada adik beradik lain. Apa yang membuat anak itu rasa selamat, ialah ibu bapa sayang dan terima dia seadanya.

Ibu bapa boleh sayang anak-anak secara sama rata tetapi tanpa melayan cara yang sama. Contoh anak yang kecil perlu tidur awal. Anak yang besar perlu bantu buat kerja rumah. Jika ibu bapa cuba layan sama rata bukan secara individu, ini akan membuah cemburu. Contoh berikan mainan kereta pada anak laki dan perempuan. Nampak adil, mainan sama, namun tentulah anak perempuan tidak suka. Dia mungkin lebih suka anak patung.

Elak membandingkan anak. Jangan kata jadi seperti abang, baik, rajin. Ketika anak-anak bergaduh, lebih baik ibu bapa tidak masuk campur menyebelahi sesiapa. Jika ada pihak bersalah, ini akan burukan perasaan cemburu. Jika perlu masuk campur, untuk elak kecederaan, minta berhenti gaduh dan jangan dengar rungutan atau perbuatan siapa betul atau salah (kecuali yang bersalah mengaku salah). Minta berjanji tidak bergaduh atau asingkan mereka ke tempat berlainan.

Namun jika pergaduhan adik beradik ini teruk dan semakin buruk, mungkin perlu bantuan/terapi.

 

Breast Pump Spectra 3 pada harga RM310.40 sehingga 3 Jan 2012. Maklumat lanjut surf www.mamadamia.com

Susu kurang bila ibu mula masuk kerja

Bila bekerja, susu ibu mula kurang. Mulanya banyak, namun bila hujung minggu makin kurang. Ada juga makin kurang selepas 2 ke 3 bulan.

Penyebabnya…

1. kekerapan mengepam – bila kurang pam, bekalan akan mula berkurang. Kadang pekerjaan ibu tak memungkinkan pam pada waktu yang sepatutnya. Patut 3 ke 4 kali sehari. Bila sibuk dah sekali saja. Satu cara boleh guna hand free kit untuk pam. Jika sibuk juga, cuba juga pam beberapa minit dari langsung tiada.

2.outstation – ini akan ganggu jadual pam dan sukar untuk simpan susu. Bawa pam, jika risau sukar cari bekalan letrik, bawa jenis manual. Atau jika jauh dan lama, pam dan buang. Dengar bazir, namun ini boleh kekalkan susu. Atau bawa anak sekali. Ummm mungkin mahal cara ini, perlu bawa penjaga sekali.

3. cara penjaga beri susu – ada penjaga beri susu sebab bayi meragam, bayi akan minum walau tidak lapar. Tukar puting ke saiz sesuai, jika tidak sesuai dengan aliran. Pastikan penjaga bayi tidak membesarkan saiz agar susu mengalir laju. Bayi menyusu badan dah biasa aliran pelahan. Letak susu dalam botol kecil, jadi tidak membazir.

4. perkembangan bayi-perlukan lebih susu. Perlu pam lebih. Bagusnya biasa dalam 2 ke 3 hari ini akan kembali asal.

5. keberkesanan pam – mungkin pam yang digunakan. Susu ibu perlu dikosongkan sepenuhnya. Perlukan pam yang bagus untuk tujuan ini.

6. jika semua di atas ok, semak samada hamil lagi atau mula ambil pil perancang.

“Semasa bersalin Damia, saya sempat kerja sehingga dia 4 bulan. Saya pam setiap hari 2 kali, waktu rehat dan petang. Semakin hari semakin bertambah. Hari pertama 1 botol sahaja. 2,3 hari selepas tu dapat sehingga 2 botol besar penuh. Bila dah tau nak berhenti kerja sebulan kemudian, kurang pam, susu makin kurang. Bila dah berhenti kerja, saya sentiasa berikan, jadi susu bertambah. Saya dapat menyusu penuh dengan susu badan.”

Faktor Rhesus (Rh) ketika hamil

Kebolehan untuk membezakan sesuatu bendasing dalam badan adalah asas pertahanan badan. Bila bendasing masuk badan, sistem pertahanan akan diaktifkan, antibodi akan bertindakbalas memusnahkan makluk asing itu

Ada rhesus ini? ini adalah protein yang hadir dalam darah merah. Mereka yang ada dipanggil Rhesus (Rh) positif. Jika tiada dipanggil Rh negatif. Ketidakserasian Rhesus adalah merujuk kepada ketidakserasian darah antara bayi Rh positif dan ibunya yang Rh negatif.

Ini akan berlaku jika ayahnya Rh positif dan ibu Rh negatif, anak boleh jadi Rh positif atau negatif. Biasanya ibu Rh negatif tiada sebarang antibodi terhadap faktor Rh. Jika bayinya Rh positif, semasa bersalin atau keguguran, sedikit darah bayi akan masuk ke aliran darah ibu.  Pemindahan Rh postif ini akan mengaktifkan pengeluaran antibodi terhadap faktor Rh dalam ibu Rh negatif. Antibodi ini boleh masuk ke uri. Jika bayi seterusnya adalah Rh positif, antibodi ibu akan menyerang sel darah merah bayi.

Jika bayi adalah Rh negatif tiada masalah. Bagi ibu Rh positif, tidak mempunyai masalah samada bayi Rh postif atau negatif.

Tahap antibodi akan menentukan tahap kerosakan kepada bayi Rh positif. Jadi bayi mungkin tiada kesan, mungkin akan jadi jaundis selepas bersalin. Kadang boleh menyebabkan hati dan limpa membesar dan bayi mungkin ada masalah jantung.

Anak sulung akan selamat dari masalah ini kecuali jika ibu secara tidak sengaja mengalami pemindahan darah yang melibatkan masalah ini. kehamilan yang berikutnya yang melibatkan bayi Rh positif akan memberi kesan kepada antibodi ibu, membuatkan semakin merosakan anak-anak yang lahir kemudian.

Masalah ini boleh diatasi dengan memberi antibodi Rh ketika hamil dan bersalin. Ini berkesan jika ibu belum pernah mengalami pengaktifan Rh. Dan perlu diberi setiap kali bersalin atau gugur.

Biasanya semua ibu mengandung akan diperiksa Rh. Ini amat penting.