Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

April 23, 2024April 23, 2024

Regangan semasa hamil atau stretch mark bolehkah dielak?

Regangan semasa hamil berlaku apabila berat badan bertambah semasa hamil. Garis-garis akan muncul di kulit dan biasanya berlaku di perut, paha, payudara dan mungkin juga bahagian lain badan. Oleh kerana semasa hamil pertambahan berat badan tidak dapat dielak jadi hampir 90% akan mengalaminya.

Isi Kandungan

  • Apakah tanda regangan semasa hamil
  • Apakah punca regangan semasa hamil?
  • Jadi bagaimana untuk mengawalnya?
    • Kawal berat badan
    • Sapuan krim semasa mengandung
    • Diet pemakanan
    • Penjagaan semasa pantang
    • Rawatan selepas bersalin
  • Kesimpulan

Apakah tanda regangan semasa hamil

Tanda regangan atau stretch mark semasa mengandung ialah apabila terdapat garis-garis merah, merah jambu atau ungu yang boleh muncul pada kulit anda. Tanda regangan paling biasa terjadi di bahagian perut, tetapi ia juga boleh muncul di bahgaian paha, payudara, pinggul dan bahagian atas lengan. Kadang-kadang ia menyebabkan rasa gatal.

Apakah punca regangan semasa hamil?

Punca berlaku regangan adalah kerana perubahan hormon.

Perubahan hormon dalam kehamilan boleh menjejaskan kulit anda dan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat stretch mark. Ia berlaku apabila lapisan tengah kulit (dermis) menjadi renggang dan pecah di beberapa tempat. Sama ada anda mendapat stretch mark atau tidak bergantung pada jenis kulit anda, kerana sesetengah orang kulit lebih anjal.

Apabila berat badan bertambah, kulit akan meregang untuk memberi ruang kepada pertambahan berat. Apabila meregang, ia menyebabkan elastin dan kolagen dalam kulit pecah. Elastin membolehkan kulit anda meregang. Peranan utama kolagen adalah untuk menyediakan struktur, kekuatan dan sokongan kepada kulit anda.

Apabila ia semakin meregang dan berkembang, lebih banyak saluran darah dan berlaku keradangan di kawasan tersebut. Ini menyebabkan perubahan warna kulit. Ia lebih kerap berlaku semasa trimester ketiga kehamilan kerana perut semakin besar.

Hampir 90% ibu akan alaminya jadi ramai yang akan mendapat tanda regangan semasa hamil. Tanda ini juga tidak hilang selepas bersalin. Namun usah risau walau ramai tidak dapat mengelaknya, anda masih dapat mengawalnya agar tidak keterlaluan dan meninggalkan parut yang buruk. Dengan cara yang betul tanda ini akan berkurangan dan semakin pudar selepas beberapa bulan bersalin.

Jadi bagaimana untuk mengawalnya?

Kawal berat badan

Cara paling berkesan untuk mengawalnya adalah dengan mengawal pertambahan berat badan. Pengawalan berat badan membantu mengurangan regangan kesan berat naik mendadak. Sebagai panduan pertambahan berat badan adalah bergantung kepada berat atau Body Mass Index atau BMI sebelum hamil. Semakin tinggi BMI semakin kurang pertambahan berat badan yang dibenarkan. Bagaimana ingin tahu BMI? BMI adalah pengiraan berat badan terhadap tinggi anda. Ia bukan semata kiraan berdasarkan berat badan.

Regangan semasa hamil

Sapuan krim semasa mengandung

Terdapat krim sapuan yang boleh digunakan semasa mengandung. Gunakan sejak di awal kehamilan semasa kesan masih belum berlaku. Sapu dan urut minyak atau krim stretch mark pada perut, pinggul dan peha.

Ia dapat mengurangkan dan mungkin mengelak daripada berlaku dengan lebih teruk. Pastikan krim ini selamat digunakan ketika hamil.

Diet pemakanan

Menjaga dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat penting untuk perkembangan bayi. Dan dalam masa yang sama ia dapat membantu mengurang kesan regangan. Kekurangan nutrisi akan memburukan kesan regangan.

Pengambilan diet tinggi dengan vitamin C dan D, zink dan protein membantu mengurangkan regangan semasa hamil.

Vitamin C – membantu membentuk kolagen di dalam kulit. Vitamin C banyak terkandung didalam buah-buahan citrus dan lobak merah. Ia juga membantu ibu-ibu hamil yang alami sembelit.

Vitamin D – mudah didapati dari cahaya matahari. Namun berhati-hati ketika berada di bawah matahari, kulit agak sensitif ketika hamil.

Zink – nutrisi yang penting untuk kesihatan kulit. Ia membantu memulihkan luka dan mengurangkan radangan. Banyak terdapat di dalam makanan seperti kacang, makanan laut dan daging

Protein – kolegen di dalam protein membantu mengekalkan keanjalan kulit, jadi ianya membantu mengurangkan regangan ketika hamil. Sumber protein boleh didapati daripada sumber kekacang, ikan, telur, daging dan tenusu.

Pastikan minum air mencukupi. Badan yang dihidrasi memburukkan keadaan ini.

Penjagaan semasa pantang

Semasa berpantang, kesan-kesan ini boleh dikurangkan. Penjagaan yang betul dapat memudarkan kesan regangan. Lebih awal penjagaan dilakukan lebih mudah untuk melihat kesannya. Jika dibiarkan tanpa di rawat, lebih sukar untuk mengurangkan kesan regangan dan ia akan jelas kelihatan.

Semasa pantang boleh sapukan minyak atau krim untuk melembabkan kulit. Lakukan urutan untuk memastikan sapuan ini meresak ke dalam kulit.

Rawatan selepas bersalin

Antara cara yang cepat untuk hilangkan stretch mark selepas bersalin adalah dengan menggunakan rawatan seperti laser dan microneedling. Untuk rawatan ini perlu dilakukan oleh pakar atau ahli dermatologi.

Rawatan laser meningkatkan peredaran, mengurangkan keradangan, dan membantu mempercepatkan penyembuhan kulit berparut. Sebaiknya mulakan rawatan pada stretch mark selepas bersalin secepat mungkin untuk hasil yang terbaik.

Microneedling adalah kaedah mencucuk kulit dengan ratusan jarum kecil yang menyebabkan luka kecil pada kulit. Ia bertujuan untuk merangsang pengeluaran lebih banyak kolagen dan elastin. Pengeluaran kolagen dan elastin membantu mempercepatkan pemulihan kulit.

Kesimpulan

Kesan regangan semasa hamil agak sukar untuk dielak. Agak sukar untuk hilangkan stretch mark semasa hamil, namun dengan penjagaan semasa hamil dan di teruskan selepasa bersalin, kesan ini dapat dikurangkan dan mungkin akan hilang dalam masa beberapa bulan ke setahun.

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel