Apabila bayi dilahirkan, cara menjaga tali pusat bayi baru lahir ada caranya. Ia penting untuk mengelak berlaku jangkitan pada tali pusat.
Isi Kandungan
Apakah tali pusat bayi?
Semasa di dalam kandungan ibu, bayi mendapat makanan daripada ibu. Ia bukan melalui cecair yang terdapat di keliling bayi, tetapi diperolehi daripada uri yang melekat pada rahim melalui tali pusat. Selain makanan, oksigen juga melalui tali pusat ini. Oleh kerana itu ketika dalam rahim tali pusat ini sangat penting buat bayi. Jika berlaku masalah ia mungkin membawa padah yang buruk. Dari segi kesihatan tali pusat jarang bermasalah. Namun dalam keadaan yang jarang berlaku ia mungkin boleh membelit bayi.
Apabila dilahirkan tali pusat ini sudah tidak diperlukan. Ia akan dipotong daripada uri dan sebahagian kecil akan dibiarkan melekat pada pusat bayi. Bahagian ini diikat menggunakan penyepit.
Cara menjaga tali pusat bayi baru lahir
Tali pusat yang telah dipotong dan diikat akan dibiarkan kering dan mengecut. Lama-kelamaann tali pusat ini akan tercabut dan gugur dari pusat. Ia mungkin mengambil masa seminggu ke dua minggu. Sepanjang tempoh ini perhatian perlu diberikan agar keadaan tali pusat dan pusat bayi sihat serta tiada jangkitan.
- Bersih dan keringkan sebarang cecair yang terdapat di keliling pusat. Cecair atau darah mungkin meresap keluar dari sekeliling pusat. Bersihkan dengan kapas dan bersihkan juga di bahagian bawah yang terlindung
- Ketika memakai lampin, pastikan ia tidak menutupi tali pusat. Ia dapat mengeringkan tali pusat. Ia juga bertujuan mengelak terkena air kencing bayi.
- Jangan tarik atau cuba mencabut tali pusat bayi. Biasa tali pusat akan gugur dengan sendiri antara seminggu ke 3 minggu. Ia mungkin gugur lebih awal atau lebih lama. Jadi biarkan ia gugur sendiri.
- Sewaktu mandi gunakan span atau kain dan lap bayi. Ini adalah untuk mengelak kawasan tali pusat terkena air. Tidak menjadi masalah jika basah, namun lebih baik tidak terkena air. Tidak digalakan menjirus air
Tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi
Tali pusat biasanya akan bertukar warna sebelum gugur. Ia juga adalah biasa jika terdapat sedikit darah. Mungkin kerana berlaku geselan dengan lampin. Selepas tali pusat gugur, mungkin akan terdapat sedikit darah.
Namun jika berlaku salah satu tanda-tanda yang berikut, ambil perhatian dan bawa berjumpa doktor.
- Pendarahan semakin teruk atau masih belum kering selepas beberapa hari
- Kawasan itu bengkak, berbau busuk dan tidak menyenangkan atau mengeluarkan cecair kuning menandakan ia telah bernanah.
- Kawasan keliling pusat menjadi merah atau berbelang merah. Kulit terasa lebih panas berbanding kawasan lain.
- Bayi demam, kurang aktif, meragam atau kurang menyusu
Selain itu, jika tali pusat masih belum gugur selepas 3 minggu bawa berjumpa doktor. Mungkin bayi memerlukan rawatan.
Kinto Diaper Pants Berkualiti pada harga murah! Mengapa perlu bayar mahal sedangkan ada yang murah
Apa tujuan penyimpanan tali pusat bayi
Pernah dengar mengenai penyimpanan tali pusat bayi?
Tujuan penyimpanan tali pusat adalah untuk tujuan perubatan. Darah dalam tali pusat bayi mengandungi sel stem pembentukan darah yang apabila dipindahkan ia dapat membina semula sumsum tulang dan sistem imun. Sel stem ini dapat digunakan untuk pesakit yang menghidap penyakit darah seperti leukimia dan limfoma. Ia juga dapat merawat pesakit yang mengalami masalah genetik, kegagalan sumsum tulang atau kekurangan imun.
Darah tali pusat diambil dari tali pusat dan uri selepas bayi dilahirkan dan tali pusat telah dipotong. Ia tidak melibatkan darah bayi. Jadi tiada risiko terhadap bayi dan ibu. Sel ini akan dibekukan dan disimpan. Namun sel ini tidak semestinya sesuai digunakan. Terdapat penyakit yang tidak sesuai digunakan.
Hukum menyimpan tali pusat bayi menurut Islam
Ada beberapa hukum yang perlu diketahui mengenai menyimpan tali pusat bayi menurut Islam. Tali pusat adalah sebahagian dari badan bayi. Dalam Islam disunatkan menanam tali pusat ini. Hukum menyimpannya adalah seperti berikut
- Harus – bagi tujuan perubatan seperti yang disarankan oleh pakar perubatan, iaitu kaedah rawatan stem cell yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.
- Makruh – menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenanga
- Haram – atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang berlawanan di dalam Islam.
Kesimpulan
Kebiasaanya penjagaan tali pusat baru lahir ini adalah mudah. Tali pusat akan gugur dengan sendiri dalam masa beberapa hari. Amalkan penjagaan yang betul agar tidak dijangkiti kuman.