Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

July 18, 2024July 18, 2024

Waspada Kosmetik Dilarang untuk Ibu Hamil, Ini Sebabnya

Ketika hamil, terdapat beberapa kosmetik dilarang untuk ibu hamil. Bahan yang terdapat dalam produk-produk ini sebaiknya dielakkan kerana boleh menyerap ke dalam kulit dan berpotensi memberi kesan buruk kepada janin.

Isi Kandungan

  • Kosmetik dilarang untuk ibu hamil
  • Senarai skincare yang perlu dielak ketika hamil
    • 1. Retinoid
    • 2. Hydroquinone
    • 3. Paraben
    • 4. Phthalates
    • 5. Formaldehyde
    • 6. Toluene
    • 7. Ammonia
    • 8. Asid Salisilik
    • 9. Pelindung matahari kimia (Oxybenzone, Avobenzone)
    • 10. Dihydroxyacetone (DHA)
  • Produk Selamat Untuk Ibu Mengandung
    • 1. Asid Hyaluronik
    • 2. Vitamin C (Asid Askorbik)
    • 3. Asid Glycolic
    • 4. Zink Oksida dan Titanium Dioksida
    • 5. Asid Laktik
    • 6. Niacinamide (Vitamin B3)
    • 7. Ceramides
    • 8. Minyak Jojoba
    • 9. Ekstrak Chamomile
    • 10. Shea Butter
  • Tips Penggunaan Produk Kecantikan Ibu Hamil
  • Kesimpulan

Kosmetik dilarang untuk ibu hamil

Penjagaan kecantikan dan wanita bagai isi dengan kuku, sukar dipisahkan, sentiasa ingin menjaga penampilan. Bukan setakat bersolek, tetapi penjagaan kecantikan ini merangkumi seperti mencuci muka dan melembab kulit.

Kesan buruk penggunaan kosmetik dan skincare ini, mungkin ramai tidak sedar ada bahan-bahan yang digunakan memberi kesan kepada janin dalam kandungan. Adalah penting untuk ibu hamil semak senarai bahan-bahan yang digunakan.

Senarai skincare yang perlu dielak ketika hamil

Apakah skincare yang perlu dielak ketika hamil? Untuk mengetahui adakah produk itu sesuai atau tidak, semak senarai baha-bahan yang terkandung di dalamnya. Pastikan menyemak terlebih dahulu sebelum memakainya

Berikut adalah senarai bahan-bahan yang perlu dielak

1. Retinoid

Kegunaan: Digunakan dalam produk anti-penuaan dan jerawat.
Bahaya: Boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah perkembangan janin.

Kosmetik Dilarang untuk Ibu Hamil

2. Hydroquinone

Kegunaan: Agen pencerah kulit.
Bahaya: Penyerapan sistemik yang tinggi boleh menimbulkan risiko kepada janin.

3. Paraben

Kegunaan: Pengawet dalam kosmetik.
Bahaya: Berkait dengan gangguan hormon yang boleh mempengaruhi perkembangan janin.

4. Phthalates

Kegunaan: Digunakan dalam pewangi dan beberapa produk rambut.
Bahaya: Berkait dengan gangguan hormon dan risiko kelahiran pramatang.

5. Formaldehyde

Kegunaan: Pengawet dan agen penyembuh kuku.
Bahaya: Karsinogen yang diketahui boleh menyebabkan komplikasi kehamilan.

6. Toluene

Kegunaan: Ditemui dalam cat kuku.
Bahaya: Boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan perkembangan janin yang tidak normal.

7. Ammonia

Kegunaan: Digunakan dalam produk pewarna rambut.
Bahaya: Penyedutan ammonia boleh merosakkan sistem pernafasan dan memberi kesan negatif kepada janin.

8. Asid Salisilik

Kegunaan: Digunakan dalam produk jerawat.
Bahaya: Dos tinggi boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan komplikasi lain.

9. Pelindung matahari kimia (Oxybenzone, Avobenzone)

Kegunaan: Bahan aktif dalam pelindung matahari iaitu sunscreen atau sun block.
Bahaya: Berkait dengan gangguan hormon dan kesan negatif pada perkembangan janin.

10. Dihydroxyacetone (DHA)

Kegunaan: Bahan dalam penyamakan kulit (self-tanner).
Bahaya: Penyerapan kulit yang tinggi boleh memberi kesan buruk kepada janin.

Produk Selamat Untuk Ibu Mengandung

Bukan semua kosmetik dilarang untuk ibu hamil. Terdapat produk selamat untuk ibu mengandung. Ketika hamil, ibu mungkin alami masalah kulit dan perlu memakai produk tertentu untuk mengatasi masalah. Jadi usah risau. Jika tidak pasti bertanya dengan doktor anda.

Berikut adalah senarai bahan-bahan dalam produk yang selamat untuk ibu mengandung

1. Asid Hyaluronik

Kegunaan: Melembapkan kulit.
Manfaat: Membantu mengekalkan kelembapan dan memberikan kulit yang lebih halus dan terhidrat.

2. Vitamin C (Asid Askorbik)

Kegunaan: Mencerahkan kulit dan merangsang pengeluaran kolagen.
Manfaat: Meningkatkan keserian kulit dan membantu mengurangkan pigmentasi.

3. Asid Glycolic

Kegunaan: Pengelupasan kulit yang lembut.
Manfaat: Mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit tanpa menimbulkan risiko kepada janin.

4. Zink Oksida dan Titanium Dioksida

Kegunaan: Pelindung matahari fizikal (Sunscreen atau sun block).
Manfaat: Melindungi kulit daripada sinaran UV tanpa penyerapan sistemik yang tinggi.

5. Asid Laktik

Kegunaan: Pengelupasan lembut dan pelembap.
Manfaat: Membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan pigmentasi dengan risiko rendah.

6. Niacinamide (Vitamin B3)

Kegunaan: Mengurangkan keradangan dan memperbaiki tekstur kulit.
Manfaat: Membantu mengurangkan jerawat dan kemerahan tanpa risiko kepada janin.

7. Ceramides

Kegunaan: Membantu menguatkan penghalang kulit.
Manfaat: Menyediakan perlindungan dan kelembapan untuk kulit yang sihat.

8. Minyak Jojoba

Kegunaan: Pelembap semula jadi.
Manfaat: Memberikan kelembapan tanpa menyumbat pori-pori.

9. Ekstrak Chamomile

Kegunaan: Mengurangkan keradangan dan menenangkan kulit.
Manfaat: Membantu menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan kemerahan.

10. Shea Butter

Kegunaan: Pelembap intensif.
Manfaat: Menyediakan kelembapan mendalam dan membantu menyembuhkan kulit kering.

Tips Penggunaan Produk Kecantikan Ibu Hamil

  1. Baca label produk: Sentiasa semak senarai bahan-bahan dalam produk kosmetik.
  2. Gunakan produk semula jadi: Pilih produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi.
  3. Berunding dengan doktor: Jika ragu-ragu, berunding dengan doktor atau pakar kulit sebelum menggunakan produk baru.
  4. Kurangkan penggunaan kosmetik: Gunakan produk kosmetik dalam jumlah yang minimum dan hanya bila perlu.
  5. Pilih produk tanpa pewangi: Produk yang bebas dari pewangi mengurangkan risiko kerengsaan kulit.
  6. Gunakan produk hypoallergenic: Produk ini dirumus khas untuk mengurangkan risiko alahan.

Kesimpulan

Berhati-hati dengan penggunaan kosmetik semasa hamil adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan janin. Jika rasa was-wasa dan tidak pasti sebaiknya elak menggunakan produk berkenaan. Lebih baik elak daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Mengandung hanya 9 bulan tidak memakai produk-produk berkenaan berbanding kecacatan kepada anak yang kekal sampai bila-bila.

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel