Bagaimana ingin tahu sudah mengandung, apakah tanda mengandung? Apakah yang dirasai tanpa membuat ujian awal? Tetapi sebelum anda terlepas haid, anda mungkin mengesyaki – atau berharap – bahawa anda hamil. Ketahui tanda dan gejala pertama kehamilan dan mengapa ia berlaku.
Isi Kandungan
Tanda mengandung secara fizikal
Tanda dan gejala awal tanda mengandung yang paling biasa berlaku dan mudah dijangka. Tanda ini boleh dirasai sebelum melepasi kitaran haid iaitu seawal 4 minggu. Ia berbeza-beza antara individu. Ada yang mungkin tidak alami tanda-tanda ini.
Melepasi kitaran haid
Sekiranya kitaran haid adalah tetap, apabila datang haid lewat dan melepasi waktu itu adalah tanda hamil. Walaubagaimanapun jika kitaran tidak teratur ia sukar dijangka. Selain itu, jika memberi menyusu badan, adakala tidak haid kerana penyusuan itu.
Loya dan muntah
Dikenali dengan morning sickness walaupun ia akan berlaku tidak kira masa, samada pagi, petang atau malam. Ia bermula satu ke dua bulan selepas hamil. Ada yang mungkin alami lebih awal. Namun ada juga tidak alami langsung sehingga penghujung kehamilan.
Payudara lembut dan bengkak
Berlaku perubahan hormon di awal kehamilan. Ini menyebabkan payudara menjadi lembut dan bengkak. Mungkin akan rasa sakit dan tidak selesa. Keadaan ini akan berkurangan apabila badan mula serasi dengan perubahan hormon
Peningkatan Kencing
Jumlah darah dalam badan akan meningkat semasa mengandung dan akan dibuang oleh buah pinggang. Oleh sebab itu akan kerap kencing.
Keletihan
Tiba-tiba anda rasa keletihan dan mengantuk. Ini mungkin disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat semasa awal kehamilan
Hilang selera makan
Deria berubah dan menjadi sensitif. Ia mungkin mengubah deria bau dan rasa. Ini menyebabkan hilang selera untuk makan dan memilih untuk makan makanan tertentu sahaja.
Emosi terganggu
Berlaku perubahan emosi. Perubahan hormon akan mempengaruhi emosi. Emosi menjadi tidak menentu.
Kembung perut dan sembelit
Keadaannya seperti permulaan haid. Perubahan hormon mengganggu sistem penghadaman.
Kekejangan
Ada yang mengalami kekejangan rahim yang ringan
Ujian kehamilan menggunakan kit ujian
Untuk mendapat kepastian samada benar-benar hamil atau tidak, boleh lakukan ujian kehamilan. Ujian dilakukan samada dengan menggunakan air kencing atau ultra sound.
Ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah. Beli kit ujian yang dijual, mudah didapati di farmasi atau kedai pada harga yang murah. Ikut arahan yang disertakan. Keputusan akan menunjukkan positif atau negatif. Ujian boleh dilakukan selepas 10 hari pensenyawaan. Namun lebih baik tunggu sehingga melepasi tarikh haid. Jika lakukan terlalu awal ia mungkin akan memberi keputusan negatif sedangkan anda sebenarnya mengandung. Ulang semula jika tidak pasti.
Cara lakukan ujian kehamilan
- Masa paling baik adalah di waktu pagi iaitu kencing yang pertama pada hari itu. Tahap HCG pekat pada waktu ini.
- Jangan minum berlebihan sebelum mengambil ujian, ia akan mencairkan HCG.
- Baca arahan dan ikuti langkah yang disertakan. Ia mungkin berbeza-beza mengikut pengeluaran alat ujian itu.
- Tempoh menunggu mungkin antara 5 ke 10 minit sebelum mendapat keputusan. Terdapat jalur yang keluar. Biasanya 1 jalur menunjukkan negatif dan 2 jalur menunjukkan positif.
Ujian imbasan ultra sound
Ultrasound banyak digunakan untuk mengesan pelbagai masalah dengan pantas. Ia juga digunakan semasa melakukan pemeriksaaan kehamilan. Ultrasound ialah ujian yang selamat dan tidak menyakitkan yang menggunakan gelombang bunyi. Gelombang bunyi dipantulkan dari tulang dan tisu bayi untuk membentuk imej yang menunjukkan kedudukan bayi dalam rahim.
Sesetengah ultrasound dapat mengesan janin dalam bentuk tiga dimensi iaitu ultrasound 3D. Terdapat juga ultrasound yang dapat mengesan pergerakan iaitu ultrasound 4D. Alat ini membantu doktor mengesan jika berlaku kecacatan kepada janin. Banyak klinik dan hospital menawarkan perkhidmatan ini.
Gel disapu di perut, ia membantu menghantar gelombang bunyi. Kemudian alat transduser di gerakan dan menghasilkan imej.
Tujuan imbasan ultrasound
Ultrasound berguna untuk mengesan dan melakukan pemeriksaan janin.
- mengesahkan tarikh jangkaan kelahiran bayi melalui keadaan kantung dan janin
- memeriksa samada terdapat lebih dari satu janin iaitu kehamilan kembar
- mengesan kehamilan luar rahim
- memeriksa dan merekod perkembangan janin, serta mengesan sebarang masalah yang berlaku
- memeriksa jumlah air ketuban dalam rahim
- mengesan kecacatan kepada janin
Kesimpulan
Tanda-tanda ini mungkin tidak dapat memberi keputusan yang betul. Lakukan pemeriksaan lanjut untuk mendapat keputusan yang lebih tepat. Mengapa perlu tahu awal? Mudah untuk mengambil langkah-langkah penjagaan seterusnya untuk memastikan janin berkembang dengan sempurna.