Bahaya stress ketika mengandung secara berlebihan akan memudaratkan ibu dan janin dalam kandungan. Selain penjagaan kesihatan fizikal, penjagaan kesihatan mental juga penting diawasi. Emosi ibu memainkan peranan penting sepanjang kehamilan.
Isi Kandungan
Bahaya stress ketika mengandung kepada ibu dan bayi
Mengapa berlaku tekanan ketika mengandung tidak diketahui secara jelas. Namun ia mungkin dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku. Perasaan ibu mudah terganggu. Tambahan pula ramai ibu yang bekerja. Keadaan stress di tempat kerja memburukkan keadaan lagi.
Andai berlaku tidak berlarutan ia tidak memudaratkan. Namun tekanan perasaan yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung. Oleh itu perasaan ibu mengandung hendaklah dijaga agar tidak terganggu dan menyebabkan masalah kesihatan mental. Ibu ambil langkah dengan segera untuk atasi agar tidak berlarutan.
Masalah yang timbul kesan stress berlarutan
Tidak cukup rehat
Berlaku ketidakselesaan sepanjang tempoh kehamilan. Perkara ini tidak dapat dielak. Ibu akan mengalami kesukaran untuk tidur serta tidak dapat tidur dengan selesa terutama semasa trimester ketiga. Selain itu, semasa tidur mungkin alami kejang otot di badan terutama di bahagian kaki. Keadaan sedia ada ini akan bertambah teruk apabila ibu mengalami tekanan. Rehat yang tidak mencukupi akan memburukkan keadaan ibu. Tidak cukup rehat akan
Pemakanan
Morning sickness atau mabuk ketika hamil akan menyebabkan ibu tidak berselera untuk makan. Apatah lagi setiap kali makan akan muntah. Badan menjadi lemah. Perkara ini juga merunsingkan bakal ibu, risau janin dikandung tidak cukup khasiat. Emosi ibu mengandung yang terjejas memburukan keadaan ini. Ibu yang sedia kurang selera untuk makan semakin hilang selera dan menjejaskan kesihatan. Ibu mungkin perlu mendapat rawatan.
Menjadi punca penyakit
Kesan stress ketika mengandung akan menganggu sistem imun ibu dan menyebabkan ibu mudah dijangkiti penyakit. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan pada uterus dan janin yang dikandung. Ia juga antara punca penyebab ibu mengalami tekanan darah tinggi, mengakibatkan masalah pre-eklampsia. Ia juga menjadi penyebab diabetes.
Mengganggu perkembangan bayi
Bayi dalam kandungan berdepan dengan gangguan tumbesaran serta menjejaskan tempoh kehamilan. Ini akan menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi kurang berat. Tekanan kronik secara tidak langsung mendedahkan bayi dengan risiko perkembangan fizikal dan mental ketika melangkah ke alam kanak-kanak. Ini mungkin antara penyebab berlaku autism kepada anak.
‘Overthinking’
Isu masalah kewangan dan kehidupan yang berubah selepas menyambut kehadiran orang baru, sering bermain di fikiran bakal ibu. Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi dan isu penjagaan anak terutama ibu bekerjaya, perkara ini tidak dapat dielakkan. Apabila kerap difikir tanpa penyelesaian semakin lama ia akan menjadi tidak terkawal. Perasaan menjadi risau tanpa sebab. Perkara itu mungkin tidak berlaku tetapi difikir keterlaluan hanya menambah tekanan.
Cara atasi stress ketika mengandung
Tekanan ketika hamil tidak dapat dielakkan atas sebab beberapa perkara yang berlaku sepanjang kehamilan. Namun ia hendaklah dikawal. Dengan mengambil tindakan yang wajar dapat mengelak tekanan ketika hamil yang berlanjutan dan memudaratkan ibu dan bayi.
Fokus kepada teknik pernafasan
Tekanan ketika hamil boleh dikurangkan dengan melakukan teknik pernafasan. Duduk dengan selesa dan tenang. Tarik nafas, dari perut dan kira sebanyak 6. Tahan nafas dengan kiraan 8. Kemudian perlahan-lahan lepaskan dengan kiraan 6. Lakukan selama 10 minit. Pastikan fikiran hanya tertumpu kepada pernafasan. Jika mula fikirkan sesuatu lain, kembali tumpu kepada pernafasan. Tujuannya untuk mengalih perhatian/overthinking. Ia mudah dilakukan bila-bila masa.
Rehat secukupnya
Ketika mengandung akan alami kesukaran untuk tidur, jadi sebelum tidur amalkan beberapa perkara yang menenangkan agar mudah tidur. Boleh dengar muzik yang menenangkan atau berzikir. Di waktu siang amalkan nap selama 30 minit. Apabila hampir waktu tidur elakkan melihat handphone. Sinaran dan pembacaan di handphone akan menyebabkan otak masih memproses. Selain itu, elak minuman berkafein dan makanan yang mengganggu sistem penghadaman seperti makanan berlemak, berminyak, makanan yang berat dan makanan yang masam yang mengganggu tidur.
Jaga pemakanan dan kesihatan
Dalam keadaan mabuk dan loya, cuba makan dan minum semampu yang boleh. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cari makanan yang boleh dimakan tanpa rasa loya dan muntah. Elak makanan berminyak, berlemak dan pedas. Kekurangan khasiat juga memberi kesan kepada pemikiran.
Alih tumpuan
Apabila mula overthinking alih tumpuan dengan berfikir cara positif. Latih berfikir dengan banyak membaca atau menonton sesuatu yang positif. Elak perkara yang negatif. Selain itu cuba alih dengan melihat alam seperti langit, pokok atau sesuatu yang menenangkan. Fikirkan keindahan sesuatu yang dilihat.
Berbual
Berbual dengan mereka yang dapat membantu. Jangan berbual dengan sebarangan orang. Jauhi mereka yang gemar menakut-nakutkan dan memberi maklumat yang salah. Ia akan memburukkan lagi keadaan.
Kelas antenatal dan Pembacaan
Melalui kelas antenatal ini ibu ayah akan belajar apa yang bakal di lalui sepanjang kehamilan, bersalin dan mengenai kelahiran bayi. Mereka akan diajar teknik-teknik yang boleh diamalkan. Dapatkan ilmu melalui pembacaan tentang kehamilan, proses bersalin dan mengenai keibubaan. Apabila persoalan yang ingin diketahui terjawab ia akan mengurangkan kegusaran dan overthinking
Perancangan Kewangan
Isu kewangan dengan kehadiran anak tidak dapat dielak. Berlaku pertambahan perbelanjaan dalam membesarkan anak sejak dalam kandungan lagi. Rancang kewangan dengan membuat perancangan simpanan dan perbelanjaan. Senaraikan perbelanjaan yang perlu. Displin melakukannya. Elak pembaziran dan belanja berlebihan. Lakukan simpanan sejak awal kehamilan.
Kesimpulan
Usah risau berlebihan ketika mengandung. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah malahan menambah masalah. Amalkan cara hidup yang sihat dan tip-tip yang telah dikongsi. Moga bermanfaat