Perkembangan bayi terbahagi kepada tiga trimester mengikut bulan kehamilan. Fasa kehamilan ini menentukan perkembangan bayi dalam kandungn.
Isi Kandungan
3 Peringkat perkembangan bayi
Terdapat tiga peringkat perkembangan bayi iaitu peringkat germinal, embrio dan janin. Perkara ini jarang diketahui. Biasanya perkembangan yang dimaklumkan adalah mengikut minggu atau bulan.
Peringkat germinal
Peringkat germinal adalah peringkat terpendek. Ia bermula semasa pensenyawaan berlaku. Sperma dan telur bergabung dan menghasilkan zigot. Zigot akan bergerak ke rahim dalam masa seminggu. Pembahagian berlaku sepanjang perjalanan ini untuk membentuk embrio. Kemudian apabila tiba di rahim ia akan diimplan ke lapisan rahim. Apabila diimplan, badan mula menghasilkan hormon untuk menyokong kehamilan. Ini juga menghentikan haid.
Peringkat embrio
Peringkat embrio bermula minggu ketiga hingga minggu kelapan kehamilan. Ia dipanggil embrio. Struktur dan organ seperti tiub neural, kepala, mata, mulut dan anggota badan terbentuk. Sekitar minggu keenam jantung mula berkembang dan berdenyut. Tangan dandan kaki juga terbentuk ketika ini. Penghujung minggu kelapan, kebanyakan organ telah terbentuk. Selalunya ini adalah titik kehamilan di mana bermulanya tanda-tanda kehamilan.
Peringkat janin
Seterusnya adalah peringkat janin. Ia bermula sekitar minggu kesembilan dan sehingga kelahiran. Jantina mula terbentuk pada minggu kesembilan, namun ia masih belum dapat dikesan melalui imbasan ultrasound. Organ dan sistem badan utama membesar dan matang. Janin dapat menggerakkan anggota badannya. Anda hanya boleh rasa pergerakan selepas 20 minggu kehamilan.
Perkembangan bayi trimester pertama
Trimester pertama adalah antara minggu pertama sehingga minggu ke 12. Ini adalah peringkat awal kehamilan di mana pensenyawaan berlaku dan mula membentuk janin.
Bulan 1 (minggu 1 hingga 4)
Kehamilan bulan pertama berlaku pada minggu ke 3. Minggu pertama dan kedua masih belum berlaku persenyawaan. Ketika ini berlaku haid dan selepas berakhirnya haid badan perlahan-lahan mengeluarkan hormon dan rahim membuat persediaan untuk hamil. Pada akhir minggu kedua, ovari mengeluarkan telur. Jika sperma bertemu dengan telur ketika ovulasi, maka proses untuk hamil akan berlaku.
Minggu 3 – persenyawaan berlaku. Sperma dan telur bergabung dan menghasilkan zigot.
Minggu 4 – Sel-sel dibahagi dan implan ke dalam lapisan rahim anda. Plasenta dan kantung amniotik mula terbentuk.
Bulan 2 (minggu 5 hingga 8)
Apabila masuk bulan kedua, mula menyedari bahawa mereka hamil. Berlaku tanda-tanda kehamilan dan jika membuat ujian kehamilan, keputusannya adalah positif.
Minggu 5 – Tiub neural terbentuk. Tiub “jantung” akan mula berdegup
Minggu 6 – Tangan dan kaki juga terbentuk. Sel darah terbentuk dan peredaran darah akan bermula. Struktur yang akan menjadi telinga, mata dan mulut terbentuk.
Minggu 7 – Tulang mula menggantikan rawan lembut dan alat kelamin mula terbentuk. Kepala embrio adalah besar berkadar dengan seluruh badannya.
Minggu 8 – Organ dan sistem badan utama berkembang. Mata dan telinga mula jelas kelihatan. Tali pusat berfungsi sepenuhnya, mengangkut oksigen dan darah ke embrio.
Bulan 3 (minggu 9 hingga 12)
Bulan ketiga kehamilan embrio berubah menjadi janin. Ini tempoh perkembangan yang pesat. Janin membentuk ciri muka, anggota badan, organ, tulang dan otot. Menjelang akhir minggu ke-12, janin mempunyai jantina yang ditetapkan, tetapi ia tidak akan kelihatan pada ultrasound selama beberapa minggu lagi.
Minggu 9 : Pembentukan gigi dan deria rasa. Otot sedang terbentuk dan bentuk badan semakin menyerupai manusia. Kepala lebih besar daripada panjang keseluruhan.
Minggu 10 : Tangan, kaki dan jari terbentuk sepenuhnya. Telinga luar terbentuk. Alat kelamin luar juga mula terbentuk, tetapi terlalu awal untuk dilihat melalui ultrasound.
Minggu 11 : Janin mula melakukan perkara seperti membuka dan menutup penumbuk dan mulutnya. Lutut, siku dan pergelangan kakinya berfungsi. Tulangnya mengeras. Ciri-ciri wajah lebih menonjol.
Minggu 12 : Semua organ, anggota badan, tulang dan otot berkembang untuk berfungsi sepenuhnya. Sistem peredaran darah, penghadaman dan kencing juga berfungsi dan hati menghasilkan hempedu.
Ini adalah saat kritikal di mana keguguran mungkin berlaku. Namun menghampiri akhir trimester pertama risiko keguguran semakin berkurang.
Perkembangan bayi trimester kedua
Trimester kedua bermula minggu ke 13 sehingga munggu ke 26. Ketika ini organ bayi dalam kandungan akan terus berkembang. Bayi mula bergerak dan pergerakannya boleh dirasai oleh ibu.
Bulan 4 (minggu 13 hingga 16)
Pembentukan bayi dalam kandungan semakin berkembang ke kedudukan sepatutnya.
Minggu 13 – Kepala janin yang besar mula berkembang mengikut kadar saiz badannya. Peti suara terbentuk
Minggu 14 – Kulit janin mula menebal dan rambut halus mula tumbuh. Alat kelamin luar terbentuk sepenuhnya.
Minggu 15 – Organ seperti usus dan telinga, mula berada tempat yang betul. Paru-parunya mula berkembang. Janin mula membuat pergerakan seperti menghisap ibu jari atau tersenyum.
Minggu 16 – Bibir dan telinganya berkembang dan mula berfungsi. Matanya masih tertutup tetapi ia boleh bertindak balas terhadap cahaya dengan berpaling daripadanya.
Bulan 5 (minggu 17 hingga 20)
Penghujung bulan kelima kehamilan, kebanyakan orang dapat merasakan pergerakan janin. Jika imbasan ultrasound dilakukan ketika ini, anda juga mungkin dapat mengetahui jantina.
Minggu 17 – Mula membentuk lemak dibawah kulit. Kulitnya ditutup dengan salutan keputihan yang dipanggil vernix, yang betujuan melindungi kulit janin daripada cecair amniotik.
Minggu 18 – Dilitupi rambut halus dipanggul lanugo, bertujuan mengekalkan kehangatan dan lapisan perlindungan. Janin mungkin mempunyai kitaran tidur dan bangun. Ia mungkin terjaga apabila mendengar bunyi yang kuat.
Minggu 19 – Mula merasakan tendangan dan tumbukan
Minggu 20 : Kuku tumbuh sehingga ke hujung jarinya. Kawasan otak yang bertanggungjawab untuk lima deria mula berkembang.
Bulan 6 (minggu 21 hingga 24)
Pada bulan keenam kehamilan, kelopak matanya mula terbelah dan mula melakukan pergerakan yang teratur dan tersentak-sentak.
Minggu 21 – Janin kini mempunyai sumsum tulang bagi menghasilkan sel darah.
Minggu 22 – Ia boleh mendengar degupan pernafasan, jantung serta perut anda yang berbunyi. Genggaman tangan semakin kuat
Minggu 23 – Lemak pada badan bertambah dengan cepat. Jika dilahirkan minggu ke 23 ini, bayi masih berpeluang untuk hidup.
Minggu 24 – Paru-paru berkembang sepenuhnya, tetapi belum sempuran untuk berada di luar rahim anda.
Bulan 7 (minggu 25 hingga 28)
Janin terus matang dan membina simpanan lemak badan. Air ketuban mula berkurangan.
Minggu 25 – Lebih banyak lemak badan terbentuk. Ia menjadikan kulit kurang berkedut dan gebu. Sistem saraf mula matang
Minggu 26 – Janin menghasilkan melanin, bahan yang memberi warna pada kulit dan mata. Paru-paru janin mula membuat surfaktan, bahan yang membantunya bernafas selepas lahir.
Minggu 27 – Janin boleh membuka mata dan berkelip. Ia juga mempunyai bulu mata.
Minggu 28 – Mula boleh menoleh ke bawah dalam rahim anda semasa ia bersedia untuk dilahirkan.
Perkembangan bayi trimester ketiga
Ini adalah peringkat akhir bayi berada dalam kandungan. Peringkat persediaan bayi untuk dilahirkan.
Bulan 8 (minggu 29 hingga 32)
Otak berkembang paling cepat pada masa ini. Kebanyakan sistem dalaman telah berkembang dengan baik, tetapi paru-paru mungkin masih belum matang.
Minggu 29 – Tendangan semakin kuat dan terasa seperti dicucuk.
Minggu 30 – Janin boleh mengawal haba badannya sendiri. Otaknya semakin matang dan berkembang pesat.
Minggu 31 : Janin boleh memproses lebih banyak maklumat dan rangsangan.
Minggu 32 – Paru-paru dan otak serta organ lain terbentuk dengan baik dan bersedia untuk dilahirkan. K ulit janin tidak lut sinar lagi
Bulan 9 (minggu 33 hingga 36)
Pada peringkat ini, janin terus membesar dan matang. Paru-paru hampir berkembang sepenuhnya pada ketika ini dalam kehamilan. Berlaku perkembangan otak yang pesat ketika ini.
Minggu 33 – Tulang badan mula mengeras, kecuali tengkorak, yang perlu lembut untuk proses bersalin.
Minggu 34 – Vernix yang melindungi kulit janin mula menebal.
Minggu 35 – Otak janin terus berkembang, tetapi masih hanya mempunyai dua pertiga daripada berat yang sepatutnya semasa lahir.
Minggu 36 – Ia mula kehilangan lanugo dan tumbuh rambut di kepalanya.
Bulan 10 (Minggu 37 hingga 40)
Pada bulan terakhir ini, adalah tempoh kelahiran. Pada ketika ini, kedudukan janin mungkin telah berubah, bersedia untuk kelahiran. Mungkin berasa sangat tidak selesa dalam tempoh akhir ini kerana janin berada di pelvis. Doktor mungkin meminta anda memnatau pergerakan bayi.
Minggu 37 – Janin mula bergerak ke dalam pelvis. Ada bayi yang telah dilahirkan ketika ini dan ianya adalah kelahiran cukup bulan.
Minggu 38 – Berat bertambah untuk mencapai berat terakhirnya.
Minggu 39 – Janin sudah cukup bulan dan bersedia untuk dilahirkan
Minggu 40 – Ia adalah minggu tarikh akhir anda. Berhatikan tanda-tanda bersalin dan segera ke hospital
Kesimpulan
Secara asasnya ini adalah perkembangan janin yang akan berlaku semasa dalam kandungan ibunya. Ia mungkin sedikit berbeza. Pemeriksaan bulanan adalah penting untuk memastikan pertumbuhan bayi mengikut perkembangan yang sepatutnya.