Tip Kesihatan, Tip Pemakanan

Nona Roguy NR

logoNRProduk Nona Roguy telah lama berada dipasaran. Namanya telah bertukar ke NR sejak bertukar pengurusan baru.

 

   Produk ini telah lama hinggakan telah turun ke anak pula menggunakannya. Kalau dulu emaknya yang pakai, kini turun ke anak-anaknya. Tersenyum mendengar komen seorang pelanggan, bila bau produk NR terutama minyak herbanika teringat bau maknya guna masa bersalin adiknya dulu. Yang komennya si suami yang ingin belikan untuk isteri.

 

NR bukan sekadar set bersalin tetapi mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan. Promosi NR tidak gah seperti produk lain. Testimonialnya juga tidak dihebohkan. Hakikatnya ramai yang sembuh dengan izin Allah hanya menggunakan produk NR.

Saya menjadi ajen NR sejak 10 tahun dahulu. Sebelum menjadi ajen, telah 6 tahun mengenali produk dan menggunakannya. Kerana keberkesanannya saya menjadi ajen NR apabila berhenti kerja pada tahun 2005. Saya suka mencuba terlebih dahulu agar saya dapat memberi komen. Jika tidak bagus, tidak berminat untuk sebarkan.

Saya juga mempunyai testimonial sendiri tentang produk ini. Saya menghidap cysts pada 2009. Alhamdulillah dengan rawatan yang betul, dalam tempoh 3 bulan cysts sebesar 5cm x 4 cm hilang. Diganti pula dengan kegembiraan, bakal menerima ‘orang baru’. Rupanya produk ini juga untuk kesuburan. Terima rezeki yang tidak disangka.

Sejak itu kepercayaan saya kepada sumber herba semakin bertambah. Selama ini sangkaan saya, ianya tidak berkesan dan hanya bergantung kepada ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Sejak itu juga saya pelajari, penggunaan herba perlu betul. Namun timbul pelbagai cerita buruk tentang herba. Semua kerana digunakan cara salah. Ramai yang mengamalkan tanpa panduan. Walau telah lama bersama NR, jika perkara yang tidak pasti, saya akan dapatkan nasihat konsultan terlebih dahulu. Menjadi tanggungjawab saya memberi panduan yang betul. Sebelum menjadi ajen, saya ke kursus penggunaan produk. Saya juga pengguna, dan tidak suka jika diberi maklumat salah terutama berkaitan kesihatam

Kisah ini diceritakan oleh konsultan semasa saya mula menjadi ajen Nona Roguy. Saya kira pengalaman ini antara kenangan manis buat mereka dalam usaha membantu seorang wanita yang hampir dibuang rahim. Doktor mengatakan tidak boleh melakukan apa-apa lagi kecuali dibuang rahim yang telah rosak dan memudaratkan pesakit. Beliau datang untuk mencuba produk NR. Bertahan selama beberapa minggu dengan kesan dialami. Dengan izin Allah selepas membuat pemeriksaan doktor, rahimnya mula pulih dan tidak perlu dibuang.

Ada beberapa pelanggan saya yang alami masalah kesuburan. Alhamdulillah mereka berjaya hamil selepas amalkan NR. Terbaru beberapa bulan lepas seorang ibu dapat hamil anak kedua. Dia alami masalah untuk hamil anak kedua. Syukur Allah izinkannya hamil dengan amalkan NR.

Banyak kisah negatif tentang penggunaan herba. Saya dapati kesan buruk ini kerana penggunaan yang tidak mengikut panduan. Terutama pada mereka yang tiada ilmu mengenai herba dan membuat andaian sendiri cara penggunaannya. Tiada kawalan dan panduan mengenai herba, jadi berlaku salah faham. Contohnya produk NR, ada produk yang boleh diambil dan tidak boleh diambil jika seseorang alami masalah. Nasihat yang salah menyebabkan salah diskripsi sama seperti pengambilan ubat oleh doktor.

Herba ini sama seperti makanan lain juga. Umpama makan terlalu banyak nasi, lama-kelamaan memberi kesan buruk kepada badan menjadi penyebab penyakit. Malah terdapat vitamin yang tidak boleh diambil berlebihan seperti vitamin A yang memudaratkan. Kedengaran vitamin adalah baik, jadi sangkaan ramai ianya boleh ambil berlebihan dan tidak bahaya.

Sayang andai herba dipinggirkan kerana pandangan negatif begini. Pengguna boleh membuat pilihan mendapatkan herba yang baik dengan panduan yang betul daripada mereka yang mahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *