Tungku Herba Ibu Bersalin

RM49.00

Tungku herba ibu bersalin yang diperbuat daripada herba-herba terpilih untuk melancarkan pengaliran darah dan membuang angin dalam badan.

Sesuai digunakan ibu semasa dalam pantang. Selain itu ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin bertuam bagi melancarkan pengaliran darah dan melegakan kesakitan otot-otot.

Bahan-bahan digunakan

Halia bara, kunyit, limau purut, champor, daun limau purut dan serai wangi

3 in stock

SKU: 2103 Category: Tag:

Description

Tungku Herba ibu bersalin digunakan untuk melembutkan urat-urat yang tegang dan  membantu melancarkan pengaliran darah. Apabila darah mengalir dengan lancar, oksigen dapat sampai ke seluruh badan dengan sempurna. Kesannya badan terasa sihat, segar dan membantu proses penyembuhan.

Penggunaan tungku herba ini sesuai digunakan sepanjang 2 minggu pertama selepas bersalin. Selepas bersalin otot-otot dan urat berada dalam keadaan tegang. Jika terus bertungku dengan kuat boleh memburukkan keadaan otot dan urat yang masih tegang. Lakukan tuaman dengan lembut menggunakan Tungku Herba ini.

Jika ingin mengurut, lakukan terlebih dahulu bertuam Tungku Herba, bertujuan melembutkan urat-urat terlebih dahulu. Urat tegang yang diurut boleh menyebabkan berlaku demam urat.

Selain untuk ibu dalam pantang, ia juga boleh digunakan untuk semua yang lain bagi melancarkan pengaliran darah dan melegakan kesakitan urat-urat dan otot-otot. Badan terasa lebih segar dan sihat.

Cara Guna :

  • Panaskan menggunakan microwave atau seterika dan tuam.
  • Kukus selama 15 minit dan tuam

Boleh digunakan berulang kali sehingga hilang aroma dan warna. Selepas setiap penggunaan, simpan di dalam peti sejuk untuk memastikan ia dapat baik, ini kerana ia menggunakan bahan semulajadi dan tidak dicampur pengawet.

Tungku ini juga boleh digunakan semasa mandi herba. Untuk mengetahui lebih lanjut kebaikan dan tip-tip, boleh layari di sini.

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 20 × 9 × 9 cm