Tip Kehamilan / Mengandung, Tip Pemakanan, Tip Penyusuan

Puasa ibu mengandung dan menyusu bayi

Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu lagi dengan bulan Ramadan. Berpeluang merebut pahala berlipat ganda di bulan ramadan ini. Ibu yang mengandung dan menyusu bayi, berat tanggungannya. InsyaAllah ganjaran besar menanti.

Bagaimana ingin berpuasa buat ibu mengandung atau menyusu susu ibu? InsyaAllah anda mampu berpuasa. Sedikit tip buat memudahkan menjalani ibadah berpuasa.

  • Kurma dapat memberi tenaga segera. Amal makan kurma ketika berbuka dan bersahur.
  • Berbuka puasa di awal waktu. Jangan dilewatkan waktu berbuka
  • Minum air berkhasiat seperti jus buah-buahan atau air soya. Selain menghilang dahaga, air ini memberi khasiat diperlukan.
  • Makan makanan seimbang yang mempunyai karbohiderat, protein, mineral dan vitamin. Makanan seimbang akan memberi bekalan yang mencukupi untuk badan menampung bila berpuasa.
  • Makan dan minum air secukupnya sepanjang malam, 3 ke 5 gelas mengikut keperluan badan. Ambil dalam beberapa kali dalam sela masa tertentu. Jangan minum serentak beberapa gelas air. Atau makan dengan banyak. Makan sedikit demi sedikit
  • Lewatkan waktu bersahur di akhir waktu.
  • Jika perlu, boleh ambil pil tambahan seperti multivitamin atau seperti disarankan oleh doktor.
  • Elak rasa tertekan. Ibu yang menyusu, elak memikirkan susu tidak mencukupi. Tekanan akan memberi kesan.
  • Berdoa moga dipermudahkan puasa anda dan niat segalanya untuk Allah

Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berpuasa

ramadan2

 

Perlukan bengkung, sila klik di sini

3 thoughts on “Puasa ibu mengandung dan menyusu bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *