Tip Suami Isteri

Hidup tanpa hutang, tip kewangan anda.

 

hutang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kos hidup semakin meningkat. Nilai duit menjadi kecil. Jika dahulu RM50 penuh 1 bakul, kini RM50 hanya separuh bakul.

Hidup berkeluarga memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apatah lagi anak-anak sudah bersekolah.

 

  • Jangan berhutang sekiranya tidak perlu. Gunakan tunai. Beli ikut keperluan. Andai wang tidak mencukupi jangan guna kad kredit. Guna kad kredit, duit gaji akan habis untuk membayar hutang.

 

  • Jika hendak membeli kenderaan secara hutang, tempoh pinjaman terhad 5 tahun. Beli kereta yang mampu di bayar dalam tempoh 5 tahun.

Contoh.

Kereta A berharga RM45,000 – Dalam masa 5 tahun, bulanan adalah sebanyak RM800

Kereta B berharga RM80,000 – Dalam masa 5 tahun, bulanan adalah sebanyak RM1400

Berapa yang mampu anda bayar? Jika hanya mampu bayar RM800 sebulan, ambil kereta A.

Jangan panjangkan tempoh pinjaman kerana ingin dapatkan kereta B. Peralatan dalam kereta mempunyai tempoh hayat. Selepas tempoh tertentu, kos pembaikpulih mula meningkat sedangkan pinjaman juga perlu dibayar. Anda ingin dijual, jumlah early settlement juga masih tinggi. Selain itu, kita rugi kerana membayar interest untuk tahun-tahun tambahan itu.

  • Buat bajet bulanan. Sediakan uncang khas mengikut perbelanjaan. Dengan cara ini perbelanjaan bulanan boleh dikawal. Belian akan dibuat mengikut keperluan yang telah dibajet. Jika tiada kawalan, menyebabkan perbelanjaan secara berlebihan.
    • Uncang 1 – Belanja dapur
    • Uncang 2 – Belanja anak
    • Uncang 3 – Belanja minyak kenderaan dan tol

 

  • Bajet tahunan. Terdapat perbelanjaan secara tahunan seperti insuran kereta, pemilik rumah perlu membayar insuran rumah dan cukai untuk rumah, jika anak bersekolah perbelanjaan membeli buku dan pakaian sekolah, atau perancangan percutian. Andai mendapat bonus, asingkan untuk keperluan ini. Jika tiada bonus buat simpanan bulanan untuk keperluan ini.

 

  • Sering kali memberi alasan tidak cukup duit untuk simpanan. Jadikan tabiat menyimpan walau sedikit. Sekiranya ingin membeli barangan yang mahal, buat simpanan dan beli secara tunai.

 

  • Zakat dan sedekah. Zakat dan sedekah menyuburkan harta. Bersedekah berapa yang kita mampu.

 

Hidup tanpa hutang, tenang dan gembiara. Biar tidak bergaya asal tidak papa. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *