Tip Kesihatan

Hati yang sakit

Hati yang sakit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari ini saya letakkan 2 posting tentang hati. Hati amat penting. Hati adalah raja yang menentukan fizikal dan emosi kita.Kerana hati yang sakit, kita sanggup melakukan kemungkaran dan membuat kejahatan. Anak sebagai amanah kita rasa seperti beban. Pasangan hidup kita,  semua perlakuannya tidak betul. Hidup dalam hati yang sakit, segalanya rasa sempit dan terkongkong dalam dunia sendiri.

Andai hati tidak dijaga dan mati, tidak hanya memudaratkan diri sendiri malah mereka yang disekeliling. Penting untuk kenalpasti penyakit hati ini. Tanda hati yang sakit,  tersirat dan tidak terlihat dengan mata kasar. Untuk menyemak hati, memerlukan guru untuk melihat soal hati samada sakit atau tidak dan tahap sakitnya.

Individu juga boleh melakukannya. Namun ini memerlukan kerohanian. Individu perlu menuntut ilmu. Perlu muhasabah dan muhakabah diri.

Hati akan mati jika tidak mendengar ilmu. Hati yang mati lebih buruk dari jasad yang mati. Jasad mati akan dikebumikan dan tidak mengganggu. Hati yang mati akan membawa mudarat. Jika dia seorang ibu atau ayah, membawa mudarat kepada anak-anaknya. Jika dia seorang pemimpin, membawa mudarat kepada orang bawahannya.

Tanda secara umum

  1. Hubungan dengan diri sendiri

–          Apabila buat jahat rasa seronok, apabila buat baik tidak menyukainya.

–          Fitrah manusia sukakan kebaikan. Jadi jika bertentangan iaitu seronok kepada kejahatan bermakna hati sedang sakit

–          Apabila membaca al-Quran, ada sahaja halangan, rasa panas dan nak cepat habis membacanya.

–          Apabila mengetahui ada majlis ilmu, cuba elak hadiri atau dengar. Mendengar ilmu, tutup atau tukar siaran. Tahu baik tetapi tetap mengelak

 

  1. Hubungan dengan orang lain

–          Berasa bangga dengan diri sendiri. Rasa mempunyai kelebihan. Terzahir melalui gaya berjalan atau berpakaian atau bercakap

–          Gemar mencari kesalahan. Tidak nampak kebaikan. Semua dianggap negatif. Sebenarnya apa yang dianggap itu adalah dirinya.

–          Dukacita melihat orang Berjaya

–          Sukacita melihat orang gagal atau dalam kesusahan

Tanda secara mendalam adalah perasaan lemah dan malas.

–          Apabila bangun pagi, bangun dengan perasaan malas. Malas untuk menunaikan solat sunat dan subuh. Badan sihat tetapi malas.

–          Hendak melakukan aktiviti malas. Malas untuk bekerja. Rasa pekerjaaan itu terpaksa untuk mendapatkan duit. Tidak mengganggap itu satu ibadah

 

Andai ada tanda-tanda hati yang sakit ini, cari ilmu untuk perbaiki diri. Hidup akan berubah. Sakit hati yang tidak diubat, lama-kelamaan akan membawa ke penyakit fizikal seperti kanser dan jantung. Ubati sebelum merebak ke penyakit fizikal.

 

Petikan Islam Itu Indah, Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *