Tip Kesihatan, Tip Pemakanan

Penangan makan tak ingat raya haji

Raya Haji giliran beraya bersama keluarga saya. Ibu dan ayah saya beraya di Kuala Lumpur, jadi kali ni raya disini saja.

Menu raya. Ummmppp. Saya masak rendang daging, ketupat, sambal udang dan buatkan sup tulang. Pertama kali masak ketupat palas. Biasa ibu mertua buat dan masak. Ibu saya jarang masak ketupat, kalau ada pun nasi impit. Bawa ke rumah orang tua saya. Makan memang tak ingat dunia. Saya memang suka rendang daging dan sup tulang.

Dapat daging korban, esok masak lagi asam pedas daging dan tulang. Kalau di Melaka panggil graha asam.

Sejak kebelakangan ini, saya perasan kalau ambil daging, selang beberapa hari badan seperti bisa-bisa sedikit. Faktor usia. Nampaknya saya perlu berhati-hati apa yang diambil. Uhuk!

Alhamdulillah saya tiada masalah dengan makanan. Berat tidak naik.  Makan apa saja tiada pantang. Hanya pastikan berkhasiat.

Saya mengambil berat tentang kesihatan. Menjual produk kesihatan memberi kelebihan pada saya. Nak menjual mesti tahu serba sedikit mengenai kesihatan dan pemakanan.

Saya sebenarnya ambil produk suplemen bila perlu saja. Saya lebih suka menjaga pemakanan. Saya percaya jika jaga pemakanan, tidak perlu bergantung kepada produk suplemen. Saya memasak sendiri untuk memastikan tiada perasa atau apa-apa bahan memudaratkan. Kepada pelanggan, saya lebih suka saran jaga pemakanan dari bergantung kepada suplemen. Tapi ramai yang tiada masa memikirkan tentang pemakanan. Cara mudah ialah ambil suplemen. Bantu selesai masalah.

2 hari selepas raya haji, badan mula terasa bisa-bisa. Malam akan sakit kepala, hanya kerana kepenatan. Badan pun rasa banyak angin. Beberapa hari keadaan begitu. Bila terasa kelainan, badan seperti bisa atau lemah, saya akan fikirkan sebab-sebabnya. Teringat pula, dah lama tidak bersenam. Ummm, badan dah bagi ‘signal’. Kolestrol pun mesti dah tinggi ni.

Signal untuk bersenam dan ambil suplemen Akar Herbanika dan Phytonatal.

Pergi jogging ke taman.  Peluhnya masuk ke mata pun terasa pedih. Banyak toksin. Di rumah ada elliptical trainer, mampu bertahan  setakat 15 minit saja. Lebih gemar bermain badminton atau berjogging.

Saya pun turut berlulur. Bila rasa bisa atau sengal badan, selepas berlulur badan akan rasa ringan dan segar. Tapi kali ini, lepas berlulur, timbul ruam merah. Oh tidak, sudah kritikal keadaan saya. Toksin dalam badan yang tidak keluar, keluar di permukaan kulit pula.

BersenamPhytonatal penawar dalaman, mempercepatkan keluaran toksin. Ini penawar masalah saya. Kebiasaannya lepas makan Phytonatal, perut tiada masalah. Kali ni memulas-mulas seperti baru pertama kali makan. Sudah lama tidak alami begini. Makna usus perlu dibersihkan lebih keras. Esoknya baru lega, kembali normal.

Patutlah badan bisa dan sakit kepala, badan sudah banyak toksin. Selepas beberapa hari baru ambil tindakan bersenam dan ambil suplemen.

Kesimpulannya, selepas ini perlu berhati-hati bila makan. Sebaik-baiknya ambil mengikut keperluan saja. Peringatan untuk diri ini.

Sedikit tip, jangan terlalu bergantung kepada suplemen semata, pastikan bersenam untuk kesihatan. Suplemen bagus, tetapi  bersenam mempunyai fungsinya juga. Bersenam menggerakan jantung mengepam darah ke seluruh badan, menyalurkan oksigen ke seluruh badan.

Sayangi badan dengan menjaga pemakanan dan bersenam!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *