Tip Kesihatan

Ubat ada kesan sampingan

 

Sabtu saya ke rumah mak saya. Buat sambutan hari jadi untuk anak saya. Sekadar buat kek saja. Selalu buat begitu je.

Mak saya maklum adik saya dah mula ada beberapa penyakit namun masih belum serius. Biasanya masuk 40 tahun, pelbagai penyakit serius mula muncul. Kena jaga pemakanan dan kesihatan.

Mungkin dia kena ambil ubat. Mak saya kurang setuju. Mak saya alami kencing manis dan darah tinggi. Ambil ubatan (dadah) menyebabkan kesan sampingan. Bertambah pula penyakit dia.

Sekarang dia lebih senang menjaga pemakanan dan amal herba. Terbukti berkesan pada dia. Tidak lagi bergantung kepada ubat. Hanya bila dia tidak jaga pemakanan, terpaksa ambil ambil ubat.

Ummm saya sendiri amat jarang makan ubat. Tidak ingat bila kali terakhir saya ambil ubat. Mungkin dah 3,4 tahun dulu. Seingat saya, kalau saya ambil, sakit hilang tapi badan sangat tidak selesa. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik.

 

dadah atau herba

 

 

Tip yang saya pelajari untuk elak penyakit
– Jaga pemakanan. Makan seimbang dan jangan ambil perasa atau ‘makanan sampah’, junk food.
– Minum secukupnya dan elak minum ais atau minuman berperisa yang mengandungi gula yang tinggi.
– Bersenam
– Elak perasaan negatif. Elak memikirkan sesuatu diluar kawalan kita
– Sayangi diri sendiri dengan displin lakukan semua di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *