Tip Bersalin dan Berpantang

Demam masa pantang atau bentan urat

Dalam pantang, tiba-tiba kita alami rasa seperti hendak demam, sakit sendi, badan terasa seram sejuk dan menggigil. Perkara ini biasa terjadi bila kita menggunakan tenaga berlebihan sedangkan badan kita masih lemah tetapi kita cuba membuat pelbagai kerja. Demam masa pantang atau dalam perbidanan melayu di panggil bentan urat.

Jika alami masalah demam masa pantang, kita boleh bertuam tetapi badan tidak boleh diurut. Berurut hanya menambah masalah lagi. Sebelum bertuam, badan dilumur minyak untuk memecahkan peluh dalam badan.

Demam masa pantang ini atau bentan urat boleh dielak dengan menjaga ibu jari kaki kerana urat di ibu jari kaki memberi kesan kepada ibu dalam pantang. Kerana itu ketika dalam pantang perlu berjalan dengan berhati-hati agar tidak tersepak atau jatuh terduduk. Jika berlaku turun darah yang banyak, berbaring.

Demam masa pantang atau bentan urat juga terjadi kerana selepas bersalin kita alami tegang urat. Keadaan boleh menjadi bertambah teruk, urat tersentak akibat pergerakan kita. Boleh lakukan rawatan dengan cara duduk di atas batu tuam atau tungku besi yang dibungkus bersama-sama ibu kunyit dan limau nipis yang dikisar. Selepas itu boleh lakukan rawatan bertangas wap.

Terdapat pelbagai petua cara rawatan dan resepi yang boleh diamalkan sendiri untuk atasi masalah demam masa pantang atau bentan urat ini. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.  Boleh layari www.mamadamia.com. Terdapat promosi potongan harga sehingga 12 Jan 2013 ini. Harga asal RM145, lepas diskaun RM130.50