Tip Bersalin dan Berpantang

Tip pantang bersalin

Buat ibu yang kali pertama akan bersalin, pasti kurang mengetahui apa amalan yang sesuai untuk menjalani pantang bersalin. Penting amal pantang secara betul untuk pastikan sembuh dengan segera dan mengekalkan kesihatan badan. Lebih penting amalan ini akan mengekalkan kesihatan dalaman kita untuk jangka  masa panjang. Amalan ini terbukti berkesan pada mereka yang amal dengan betul.

Semasa pantang kita perlu amal minum ubat periuk untuk mengeluarkan angin, lender dan darah kotor. Herba ini bagus untuk memulihkan tenaga, mengembalikan kesihatan dan kecantikan. Namun pastikan kita tahu apa yang diambil. Contohnya manjakani dan kacip fatimah amat terkenal untuk diamalkan semasa pantang, namun ramai yang tidak tahu ianya tidak sesuai diambil terlalu awal sebelum 30 hari. Ia akan mengecutkan rahim sebelum rahim bersih dari darah nifas. Kesannya, kita akan alami darah bisa yang tidak keluar sepenuhnya.

Mengurut juga keperluan semasa pantang. Urutan dapat membantu memulihkan aliran darah, mengeluarkan angin, serta lender. Ia juga dapat membantu menenangkan emosi dan meringankan tubuh yang lesu dan bisa otot. Selalunya akan disengkak rahim. Amalan ini tidak sesuai dilakukan sebelum 2 minggu. Ini untuk  memastikan luka dalaman telah pulih dahulu. Pastikan tukang urut mahir kerana jika tersilap, boleh akibatkan rahim terbalik atau beralih.

Bertuam dilakukan 2 minggu pertama selepas bersalin, kemudian baru bertungku sehingga habis penatng. 2 minggu pertama rahim tidak boleh ditekan, hanya tuam secara lembut. Tujuan tuaman untuk keluarkan darah bantal(ketul) dan angin toksin. Jangan cungkil rahim ketika bertungku sebelum 44 hari.

Mandian herba dapat memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan angin serta lender dan melawaskan darah nifas yang tersekat. Curah dari leher ke bawah dengan pelahan-lahan. Di larang membasuh rambut dengan air panas atau air herba panas kerana boleh menyebabkan sakit kepala dan keguguran rambut.

Bersambung lagi bahagian kedua ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *