Tip Pemakanan

Selamat hari raya & jagalah pemakanan di bulan Syawal

Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan iaitu hari raya. Pasti ramai telah membuat persediaan. Kepada yang belum, masih ada beberapa hari lagi untuk membuat persediaan. Saya selalunya membeli keperluan sebelum puasa. Bulan puasa, ramai membeli belah dan keadaan menjadi kurang selesa. Terlalu ramai orang. Lagipun bulan puasa, saya tidak suka keluar membeli belah.

Ibu yang baru mendapat cahayamata tentu seronok dapat menyambut hari raya dengan orang baru. Ibu yang masih dalam tempoh berpantang, pastikan berpantang dengan elok. Tentu ter’goda’ dengan pelbagai juadah di pagi raya. Penjagaan ibu dalam pantang penting untuk kesihatan jangka panjang.  Kecantikan luar dan dalaman wanita bergantung kepada penjagaan waktu pantang dan  perlu dijaga berterusan. Jika tidak dijaga, selepas beberapa kali bersalin, badan mudah keletihan, masuk angin dan mungkin alami arthritis.

Selepas sebulan berpuasa, bulan Syawal pasti penuh dengan jemputan rumah terbuka. Berat yang telah turun, naik semula. Jagalah pemakanan. Juadah hari raya masyarakat melayu banyak berlemak, kolesterol tinggi.  Elok semua penyakit berkurang ketika Ramadan, semua datang semula ketika Syawal.  Banyak penyakit berpunca dari makanan yang tidak sihat. Ambil dalam kuantiti sedikit atau lebih baik tidak ambil langsung makanan tidak sihat tu.

Alhamdulillah dapat menempuh bulan Ramadan kali ini. Moga datangnya Syawal, kita telah diampunkan oleh Allah s.w.t. Ibadah  yang kita lakukan di bulan Ramadan, istiqamah kita lakukan selepas berlalunya Ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *