Tip Bayi & Anak-anak

Nama anak

Bila hamil, antara keutamaan ialah memilih nama anak. Penting nama anak yang sesuai diberikan. Ini menjadi panggilan kepada anak-anak kita sepanjang hayatnya. Nama anak juga melambangkan apa harapan ibu bapa pada anak-anak mereka.

Siapa yang lebih berhak memberi nama anak? Biasanya terletak di tangan ayah. Namun boleh berbincang nama yang sesuai. Teringat kawan saya ada 2 nama sebab ibu dan ayah nak nama pilihan masing-masing ada pada dia.

Nama anak harus diberikan pada hari pertama, ketiga atau ketika buat aqiqah. Memberi nama anak lelaki dengan nama Muhammad,  dapat syafaat atas nama ini di akhirat kelak.

Haram letak nama anak yang mengabdi selain kepada Allah. Contoh Abdul Kaabah, Abdul Uzza. Kita juga tidak boleh beri nama anak dengan nama Allah seperti Ar-Razak, Ash Samad. Nama yang disandarkan pada nama Allah perlu di letak Abdul bermaksud hamba. Contoh Abdul Alim, Abdul Razak.

Berhati-hati juga dengan nama yang diberi. Kadang kala memberi maksud yang buruk walau perbezaannya sedikit iaitu samada ada ‘H’ atau tiada ‘H’.Contoh nama Damia, makna bijak. Tetapi bila tambah Damiah, makna kuat menangis.

Kadang cara sebutan juga perlu berhati-hati. Untuk lebih kepastian lihat ejaan dalam bahasa arab. Biasa berlaku kesilapan pada nama contohnya ada ‘th’ iaitu dalam bahasa arabnya ‘sa’, jadi dalam rumi tiada yang sesuai dengan huruf ‘sa’ jadi diletakan ‘th’. Contoh Athirah, kita sering panggil dengan sebutan ‘T’,  Atirah sedangkan jika ejaan arab huruf ‘sa’ sebutannya sepatutnya ‘S’, Asirah.

Ada banyak buku nama anak di pasaran. Berhati-hati dengan pemilihan nama anak dari buku-buku ini. Saya perhatikan ada nama anak yang sama tetapi berbeza maknanya, 1 bermaksud baik dan 1 bermaksud kurang baik. Jika tiada kepastian, tanya dengan mereka yang lebih arif. Kadang maksud nama ini berbeza kerana maksud asal adalah dari bahasa yang berbeza. Mungkin anak kurang selesa dengan 2 maksud berbeza ini, lebih baik elak nama begini.

Panggil le nama anak nama sepenuhnya. Jangan panggil gelaran Khatijah jadi Khaty, Farisah dah jadi Fasha atau  Muhammad jadi Mat. Bila tukar begini, maksud dah lain. Boleh panggil gelaran lain tapi biarlah mempunyai maksud yang baik.

3 thoughts on “Nama anak

  1. assalamualaikum.
    x lama lg saya akan mendapat gahaya mata sulung, yengah pening jugak nak mencari nama yang baik. saya ada cadangan nama perempuan iaitu amani alya aina @ amani ainul mardhiah.apa pandangan ?

    1. Saya copy paste pendapat seseorang dari sinar harian. Apa-apa pun cuba rujuk dgn yang arif bahasa.

      Ahmad Khairi · Works at Fisheries Development Authority of Malaysia
      Dari semalam kecoh pasal nama DAMIA… dikatakan ada surat drpd jbtn Mufti kepada JPN menyokong permohonan pertukaran nama tersebut. Bahkan dlm surat tersebut dikatakan maksudnya ialah ‘tempat keluar darah’… Saya cuba rujuk beberapa kamus B.Arab… sebenarnya bergantung kepada ejaan dlm B.Arab…Kalau dieja dgn دمياء maknanya ialah nama sejenis pokok. Kalau dieja dgn دمي atau داميا memang ia bermaksud berdarah…tetapi maksud sebenar ialah berdarah tetapi darah itu tidak mengalir..Yang betul pada saya ialah yg dieja dgn دامياء bermaksud kebaikan dan keberkatan..sila rujuk kamus al-Ra’id…so tak perlu tukar nama…hanya tukar ejaan dlm B.Arab…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *