Tip kerusi kereta bayi/baby car seat

Minggu lepas sibuk urus anak masuk sekolah. Damia dah darjah 1, si kembar darjah 6. Daiyan tadika. Tinggal bongsu je baru 2 tahun. Damia minta teman dia di sekolah waktu sebelum masuk kelas dan waktu rehat. Tak sempat nak menulis. Seronok tengok keletah budak-budak. Comelnya.

Kerusi kereta bayi/ baby car seat jadi keperluan bagi ibu atau ayah bekerja yang perlu bawa bayi ke pusat jagaan terutama memandu sendirian. Memudahkan sebab kita boleh letak di kerusi bayi tanpa perlu risau dia jatuh atau bahaya jika  brek mengejut.

Kadang kita rasa tidak jadi masalah, letak saja atas kerusi  kereta. Namun kemalangan ini bukan boleh diduga. Pernah terjadi kepada kawan pejabat saya dulu. Anaknya berusia 18 bulan meninggal terpelanting keluar kereta akibat kemalangan masa pulang ke kampung. Ibu ayahnya hanya cedera ringan. Kami semua macam tak percaya, sedih. :(

Bayi  boleh diajar duduk di kerusinya sejak lahir lagi. Jika bercadang gunakannya, elok ajar sebelum dia 2 bulan. Bila sudah jadi kebiasaan, tidak menangis bila letak. Sebenarnya jika sudah besar boleh juga ajar, kena sabar melatihnya.

Ada 2 jenis yang biasa digunakan iaitu saiz kecil sesuai untuk bayi baru lahir ke 2 tahun, bergantung kepada berat. Saiz besar pula untuk bayi 6 bulan ke 5 tahun. Pemilihan bergantung kepada berapa lama ingin pakai. Jika bercadang guna untuk tempoh lama, boleh pilih saiz besar. Cuma semasa sebelum 6 bulan, perlu ubahsuai cara letak di kereta, lebih rendah agar sesuai dengan bayi yang masih belum boleh duduk.

Untuk saiz kecil pula ada yang boleh diletakkan ke kereta sorong/ stroller bayi. Biasanya disediakan adapter untuk letakan pada kereta sorong. Boleh guna bersama kerusi bayi atau stroller biasa. Ini mudah kita guna jika bayi dah tidur, angkat sekali dengan kerusi bayi, tak perlu angkat bayi. Jadi dia dapat terus tidur lena.

Masa anak sulung sampai anak no 4, saya guna saiz besar. Anak-anak saya suka duduk atasnya sampai dah besar. Letak untuk adiknya, adiknya tak duduk dia pula yang duduk. :) Selesa, bila berjalan jauh tidur lena sebab selesa. Anak no 5 saya cuba saiz kecil dan boleh diletak atas stroller. Bagusnya bila dia tidur, mudah saya angkat baby car seat saja. Dia terus tidur.

Baby CarseatCuma yang bongsu ni kurang suka duduk baby car seat dia tu bila dah 1 ½ tahun. Tak pasti sebab saiz kerusi kecil atau sebab tengok abang kakaknya tak duduk atas kerusi tu. Tapi bila jalan jauh, dia masih suka tidur atas baby car seat tu. Bagus, tak lenguh tangan saya nak pangku. ;)

 

 

Promosi di Mama N Damia masih berlangsung sehingga 15 Jan 2012. Maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>