Tip Kehamilan / Mengandung

Faktor Rhesus (Rh) ketika hamil

Kebolehan untuk membezakan sesuatu bendasing dalam badan adalah asas pertahanan badan. Bila bendasing masuk badan, sistem pertahanan akan diaktifkan, antibodi akan bertindakbalas memusnahkan makluk asing itu

Apa rhesus ini? ini adalah protein yang hadir dalam darah merah. Mereka yang ada dipanggil Rhesus (Rh) positif. Jika tiada dipanggil Rh negatif. Ketidakserasian Rhesus adalah merujuk kepada ketidakserasian darah antara bayi Rh positif dan ibunya yang Rh negatif.

Ini akan berlaku jika ayahnya Rh positif dan ibu Rh negatif, anak boleh jadi Rh positif atau negatif. Biasanya ibu Rh negatif tiada sebarang antibodi terhadap faktor Rh. Jika bayinya Rh positif, semasa bersalin atau keguguran, sedikit darah bayi akan masuk ke aliran darah ibu.  Pemindahan Rh postif ini akan mengaktifkan pengeluaran antibodi terhadap faktor Rh dalam ibu Rh negatif. Antibodi ini boleh masuk ke uri. Jika bayi seterusnya adalah Rh positif, antibodi ibu akan menyerang sel darah merah bayi.

Jika bayi adalah Rh negatif tiada masalah. Bagi ibu Rh positif, tidak mempunyai masalah samada bayi Rh postif atau negatif.

Tahap antibodi akan menentukan tahap kerosakan kepada bayi Rh positif. Jadi bayi mungkin tiada kesan, mungkin akan jadi jaundis selepas bersalin. Kadang boleh menyebabkan hati dan limpa membesar dan bayi mungkin ada masalah jantung.

Anak sulung akan selamat dari masalah ini kecuali jika ibu secara tidak sengaja mengalami pemindahan darah yang melibatkan masalah ini. kehamilan yang berikutnya yang melibatkan bayi Rh positif akan memberi kesan kepada antibodi ibu, membuatkan semakin merosakan anak-anak yang lahir kemudian.

Masalah ini boleh diatasi dengan memberi antibodi Rh ketika hamil dan bersalin. Ini berkesan jika ibu belum pernah mengalami pengaktifan Rh. Dan perlu diberi setiap kali bersalin atau gugur.

Biasanya semua ibu mengandung akan diperiksa Rh. Ini amat penting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *