Tip Bayi & Anak-anak

Sifat Anak 2 tahun

Anak saya Dafinah akan masuk 2 tahun Feb depan. Biasanya antara 2 ke 3 tahun, saat mencabar sedikit, sebab dia tengah ‘explore’.

Masa ini masa anak mula belajar menjadi dirinya dan belajar bagaimana jadi orang yang tidak bergantung. Masa kemahiran bercakap dan imaginasi bertambah.

Anak 2 tahun hidup dalam 2 suasana iaitu bergantung dan tidak bergantung, penyayang dan benci, pemurah dan kedekut.

Anak 2 tahun belajar dengan cara mengajuk. Di rumah, dia akan ikut ibu bapanya, menyapu dengan penyapu bile mereka menyapu, berus gigi bila mereka berus. Dia buat dengan serius. Dia memahirkan dan memahami dengan mengikut secara tetap.

Jadi jika kita layan dia dengan lembut, anak 2 tahun juga akan belajar berlembut. Bagus untuk ajar anak ucap terima kasih atau tolong, tetapi lebih berkesan jika kita yang lakukan dulu dengan menggunakan perkataan-perkataan ini pada masa yang sesuai. Begitu juga jika ibu bapa guna perkataan yang tidak baik. Namun ini tidak bermakna ibu bapa tidak boleh langsung marah atau tidak bersetuju. Marah yang berterusan, ini memberi kesan tidak baik walau mereka hanya memerhati bukan kena marah.

Anak 2 tahun, bercakap 3 ke 4 perkataan ayat sementara ada yang dah mula sambung ayat. Jika anak 2 tahun hanya menyebut beberapa perkataan tertentu sahaja, perlu buat ujian pendengaran dan ujian perkembangan, walaupun kemungkinan mereka ini hanya anak yang lewat bercakap. Ini untuk memastikan jika terdapat masalah boleh dikesan awal.

Imaginasi dan percakapan berkembang seiring. Apa yang bermula dengan imaginasi yang mudah dan eksperimen akan menjadi make-believe play yang bagus. Untuk kembang imaginasi, biar anak main blok, anak patung, alat muzik, kasut lama dan banyak lagi objek yang boleh difikir. Dedahkan anak pada alam semulajadi walau hanya taman di kediaman kita.

Tv hanya akan menghadkan imaginasi anak kerana tv akan membuat semua benda dan memerlukan sedikit kerjasama dari anak. Hadkan menonton tv.

Anak 2 tahun masih tidak pandai berkerjasama untuk bermain bersama. Mereka mungkin suka melihat apa yang dimain oleh rakan sebaya, namun mereka lebih suka dapat bermain perkara yang sama secara bersebelahan, iaitu secara parallel. Tiada guna suruh mereka berkongsi, belum bersedia. Namun ini tidak bermakna anda menerima sikapnya yang tidak baik. Jika dia ambil barang kawan, anda boleh dengan tegas tetapi secara berhemah/bermain-main ambil barang dari dia dan pulang semula ke pemilik. Dengan pantas, alih perhatian ke objek lain yang dapat menarik perhatiannya.

Tawaran hujung tahun di www.mamadamia.com. produk berpantang, penyusuan, produk bayi dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *