Tip Bayi & Anak-anak

Perkembangan bayi – faham perkataan, perbuatan dan konsep

Bayi baru lahir tidak boleh bercakap atau faham sepenuhnya apa kita kata, tapi mereka cepat belajar. Dari dalam Rahim dah mula mendengar suara ibu bapa mereka. Bila lahir, mereka boleh faham emosi gembira, sedih, sayang, risau dan marah.

Baru lahir ke 1 bulan

Setiap masa, bayi gunakan derianya untuk dapatkan data baru, bina pengetahuan setiap hari. Bayi dapat faham bagaimana kita rasa dan apa kita fikir melalui suara, pernafasan, rasa kulit dan gerak mata kita. Bayi akan membentuk realiti versinya dari cara kita respon, bila menangis kita datang, merenung dengan kasih sayang dan menyusu ketika lapar.

2 ke 3 bulan

Aktiviti kegemaran dia sekarang memerhati apa terjadi sekelilingnya. Dia mula faham kita akan pujuk, beri makan, bermain dengan mereka bila mereka perlukannya. Dia akan suka dengan reaksi bila dia semyum dan faham senyum adalah satu cara memberitahu dia puashati. Ketika 3 bulan dah mula ada bunyi ketika senyum

4 ke 7 bulan

Bayi mula kenal nama dia dan faham kita bercakap dengan dia. Dia akan berpusing member respon. Intonasi suara juga akan mempengaruhinya, jika bercakap dengan gembira dia juga akan membalas dengan gembira dan jika bersuara tinggi, dia akan jadi stress dan mungkin menangis.

8 ke 12 bulan

Mula faham permintaan ringkas. Cakap ‘tak’ bila dia nak sentuh sesuatu, dia akan berhenti dan pandang muka kita, dan mungkin dia pula akan mengeleng sebagai balasan. Dia juga mungkin menguji respon kita terhadap tindakannya. Contoh buang air ke lantai dan lihat apa reaksi kita, kemudian buang cawan pula dan lihat samada reaksi sama atau tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *