Tip Bayi & Anak-anak

Betul ke bayi cukup susu ibu?

Kita sering buat andaian sendiri samada bayi mendapat susu ibu mencukupi atau tidak berdasarkan kelakuan bayi. Sukar untuk tentukan jumlah susu ibu yang telah diberikan jadi kita pun buat andaian sendiri.

perhatikan tip berikut sebagai panduan

1. kekerapan bayi menyusu susu ibu. Ada berpendapat bayi perlu menyusu mengikut jangka mas tertentu. Ada jadual penyusuan pula. Sebenarnya bayi perlu menyusu susu ibu mengikut kekerapan dan keperluannya sendiri untuk membesar. Dalam sehari kekerapan menyusu mungkin berbeza waktu pagi dan petang.

2. Kekerapan bayi menyusu susu ibu bertambah dan payudara terasa lembut. Kita pasti risau susu ibuĀ  tak cukup. Namun sebenarnya ini bagus kerana payudara kosong. Bila bayi kerap menyusu susu ibu, bagus dan ini akan meningkatkan kadar stimulasi pengeluaran susu ibu.

3. bayi semakin kurang menyusu susu ibu. Jika kekerapan bertambah merisaukan, kurang juga pasti merisaukan kita. Mungkin bayi telah mendapat susu ibu yang mencukupi jika payudara mempunyai kapasiti simpanan yang banyak. Boleh periksa pada lampin bayi, kebasahan banyak atau sedikit dan najisnya.

4. bayi menyusu dalam masa sekejab. Mungkin pernah dengar bayi kena menyusu susu ibu dalam jangka masa tertentu untuk pastikan dapat hindmilk. Sebenarnya ini bergantung respon bayi dan payudara. Ada sudah dapat menyusu dengan banyak jika aliran laju dalam 5 ke 10 minit sahaja. Atau kerana bayi sudah pandai menyusu dengan betul.

5. bayi menangis dan minum 1 botol susu formula lagi selepas menyusu ibu. Adakah sebab bayi memang lapar. Atau adakah disebabkan ia menangis jadi untuk menenangkannya bagi botol susu. Bayi juga akan menangis disebabkan kerana ingin menghisap lagi, alergi atau kembung bukan kerana lapar

6. ketika menyusu susu ibu, bayi tersedak, berbunyi-bunyi dan menarik puting atau tidak menyusu lama atau mungkin menjerit, mungkin ini tanda susu terlalu banyak. Anda pula terasa sentiasa penuh sepanjang masa dan cuba mengosongkan susu. Cuba beri susu sebelah sahaja untuk menyusu dalam tempoh 24 jam.

7. bayi meragam selepas tengahari dan petang. Aliran susu berkurang, jadi susu keluar dengan pelahan, jadi bayi akan meragam bila susu kurang. Tambah pula kepenatan menyumbang kesabaran mereka berkurang. Bayi perlu kerap menyusu, namun ibu pula enggan menyusu sebab baru menyusu. Boleh cuba tambah susu untuk tingkat aliran susu atau alih perhatiannya dengan berdukung atau menyanyi atau tidurkan dia seketika

8. bayi tak tidur sepanjang malam. bayi biasanya akan bangun banyak kali dalam setahun pertama. Jika tidur terlalu lama lebih 4 jam tanpa menyusu dalam bulan pertama bukan satu kebiasaan. Jika banyak tidur, tanda kurang susu jadi bayi tidur untuk simpan kalori. Mungkin juga bayi bangun kerap sebab sakit, tidak selesa atau kerana baru belajar merangkak, berdiri jadi seronok nak mencuba. Atau juga kerana terlalu seronok di siang hari tak mahu makan, malam baru lapar dan nak menyusu bila dah kurang stimulasi.

9. belajar baca bahasa badan bayi. Bayi cuba sampaikan susu ibu sikit dengan kerut dahi, kening atau menarik dan lepas puting. Atau mungkin menekan payudara dengan tangan seperti anak kucing menyusu. Ini adalah cara untuk keluarkan susu ibu. Bayi yang kurang sabar akan terus lepaskan payudara dan menjerit. Ibu selalu salah faham sangka bayi tidak mahu menyusu susu ibu lagi. Semua bayi mahu menyusu cuma kerana ada masalah dia menolak dengan tujuan ingin memberitahu sesuatu. Kita pula sangka bayi tak mahu menyusu susu ibu. Biasa bila bayi dah dapat susu ibu, bayi akan mula relaks dan matanya pelahan-lahan tutup dan tidur.

Pengalaman saya menyusu susu ibu anak-anak saya, semua ini saya alami. Pertama kali dulu saya sangka perlu jadual. Jika belum masa tidak boleh menyusu susu ibu. Lama kelamaan saya belajar dari bayi-bayi saya. Beri bila mereka nak. Yang terakhir ini lagi kerap saya perlu menyusu sebab dia jenis hisap sedikit sahaja. Lagipun bayi menyusu badan tak lama 2 ke 3 tahun sahaja bukan sepanjang umur hidup mereka! Penat! Fikirkan usia mereka bersama kita tak sampai suku jika mereka hidup sehingga 60 tahun, jadi masa bayi inilah peluang rapat dan lebih masa bersama…

Produk terbaru kami… Tuaman Bayi.

Bagus untuk mengelak kembung perut dan masalah angin pasang pada bayi. Boleh stim atau seterika kain dan bungkus Tuaman Bayi ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *