Tip Bersalin dan Berpantang

Tanda-tanda bersalin normal

Semalam adik saya dah selamat bersalin. Alhamdulillah. Anak kedua namun pertama kali bersalin normal. Tahun ni mak ayah saya terima 3 cucu, abang saya, saya dan adik. Adik saya memilih untuk induce. Ump jarak dari rumah ke hospital jauh, jadi risau tak sempat sampai. Jika ikut pengalaman saya dan mak saya, kami cepat bersalin. Dia, semalam 7.30 buka 5 cm, 8.47 dah bersalin.

Apakah tanda-tanda akan bersalin. Terdapat 3 tanda iaitu kontraksi, turun darah dan keluar air ketuban. Sebelum tu kita dah mula rasa Braxton Hick semakin kerap frekuensi tetapi tidak tetap. Lendiran daripada vaginal semakin meningkat dan perasaan kita yang rasa perlu membuat persiapan dan rasa masa makin hampir.

Pengalaman saya, tanda bersalin saya alami tanda kontraksi dan turun darah. Pengalaman kontraksi berbeza-beza. Semasa bersalin pertama kali tanda kontraksi. Ketika ni saya perlu ambil pil tahan kontraksi bagi mengelak bersalin awal, tidak cukup bulan.

Anak ke 3, saya alami kontraksi diikuti turun darah. Masa kontraksi, saya sangka sempat nak masak nasi goreng untuk anak-anak. Tengah masak turun darah. Tak sempat masak, terus ke hospital. Masa dalam kereta kontraksi setiap 5 minit dah.

Semasa bersalin ke 4, saya dah buat temujanji dan merancang untuk induce. Rupanya dah buka 4 cm tetapi tidak rasa apa-apa. Terus ke bilik bersalin. Mula terasa sakit kontraksi bila air ketuban dipecahkan.

Terakhir, sebenarnya saya sedang kontraksi. Saya sangka angin, terasa pedih hulu hati. Teringat kawan baik saya yang bersalin tahun lepas. Dia pun sangka angin rupanya dah nak bersalin. Untuk hilang pedih ulu hati, saya ambil pil. Tak hilang juga. Dah sampai ke petang rasa tak sedap hati saya ke hospital. Dalam kereta baru saya terasa kontraksi setiap 10 minit.

Sebenarnya susah kita nak nyatakan secara spesifik tanda-tanda. Teringat semasa anak sulung, saya risau tidak tahu bagaimana tanda-tandanya. Namun untuk anak-anak seterusnya masih menjadi tanda tanya sebab tandanya berbeza-beza.  Kita sebagai ibu, perasaan keibuan akan mengetahui bila tiba masanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *