Tip Bayi & Anak-anak

Imunisasi bayi

Imunisasi bayi penting untuk mengelak penyakit yang sering terjadi kepada bayi baru lahir. Vaksin diberikan untuk meningkatkan tahap imunisasi bayi terhadap penyakit yang lazim terjadi. Ia diberikan mengikut peringkat umur. Ia juga berbeza mengikut negara. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah disediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi. Selain itu, boleh juga diambil suntikan vaksin yang tidak disenaraikan. Dapatkan nasihat doktor mengenai kebaikan, keselamatan dan risiko vaksin tersebut.

Pastikan anda menyimpan rekod mengenai vaksin yang telah diambil dan tarikhnya. Ini juga untuk mengingatkan tarikh berikut untuk mengambil vaksin. Perhatikan bayi anda jika terdapat reaksi selepas vaksinasi dan sediakan maklumat kepada doktor anda. Tunggu seketika di klinik untuk memerhatikan jika bayi anda mempunyai reaksi selepas vaksinasi. Pastikan vaksin diambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketika anak sulung, untuk suntikan vaksin kedua, doktor di sebuah klinik telah menasihatkan, bayi saya boleh ambil serentak suntikan pada bulan ke 4. Tidak perlu suntikan pada bulan ke-2. Kemudian untuk suntikan bulan ke 4 saya pergi ke klinik lain. Doktor berkenaan mengatakan sepatutnya mengikut saranan kementerian. Jadual disediakan adalah mengikut keperluan bayi, jadi perlu ikut. Anak-anak saya yang lain lepas itu saya pastikan mengikut jadual tersedia.

Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian
BCG – dos pertama ketika lahir
Hepatitis B – dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
DTP – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Polio (OPV) – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Hib – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Measles-mumps-rubella – dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun

Penyakit yang dapat dielak dengan vaksinasi
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B – penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *