Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kesihatan

Bertangas atau mandi wap

Apa keperluan bertangas ni. Semasa berpantang anak sulung, ibu saya dah tekankan supaya bertangas. Namun dengan masa yang terhad terutama selepas mempunyai anak-anak lain, saya juga abaikan. Namun sejak menceburi bidang penjagaan ibu berppantang ini, pengetahuan saya mula meluas. Banyak kebaikannya yang dapat menghindari pelbagai masalah terutama kepada wanita.

Bertangas ni dikenali juga sebagai mandi wap. Tidak terhad kepada kaum ibu saja dan bukan untuk kaum Melayu saja. Bertangas bagus untuk wanita dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.

Terdapat pelbagai cara dan ramuan rawatan bertangas. Biasanya terdapat samada bertangas kering dan basah. Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Caranya gunakan batu sungai yang telah dipanaskan dan dicampurkan atau renjis ramuan tertentu atas batu sungai yang telah dipanaskan tadi. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari.

Bertangas basah pula guna dengan merebus ramuan rempah ratus dan herba. Ketika dalam berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.

Ketika rawatan bertangas basah, amalkan juga senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim. Bertangas dibuat dengan menyelubungi seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada keseluruhan badan.

Menyedari keperluan ini, saya telah usaha mencari set bertangas untuk kegunaan semua. Alhamdulillah dapat mencari set ini yang diperbuat daripada kayu. Mungkin harganya sedikit mahal jika dibandingkan bahan diperbuat daripada plastik. Biasanya bahan plastik akan bertindak balas dengan kepanasan dan mengeluarkan toksik pula, jadi mungkin menimbulkan isu kesihatan lain pula. Jadi pilihan sama ada set sauna atau tangas sebaik-baiknya cari dari sumber semula jadi seperti kayu.

Bangku Tangas

Set bertangas ini, mengandungi bangku tangas, periuk tanah, batu sungai dan ramuan tangas. Boleh didapati di www.mamadamia.com atau untuk bertanyaan lanjut boleh email sales@mamadamia.com.

Rujukan – Ensiklopedia Perbidanan Melayu oleh Datin Sharifah Anisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *