Tip Bayi & Anak-anak

Bayi “High-Need”

Ada antara kita mempunyai anak yang mudah dijaga. Namun ada juga yang susah untuk menjaga anak. Asyik meragam dan mempunyai kehendak yang tinggi. Pening kepala nak menjaganya. Tentu kita terfikir kenapa anak kawan kita, adik kita atau sesiapa mudah dijaga. Atau mungkin juga anak sulung kita mudah dijaga tapi anak kedua bermasalah untuk menjaganya.

Anak-anak begini sebenarnya adalah bayi yang berkemahuan tinggi atau high-need baby. Sifat mereka sentiasa inginkan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapanya. Bayi begini biasanya mempunyai sifat yang memberontak. Jika kita biarkan keadaan tidak akan menjadi semakin baik. Contohnya ada sesetengah bayi jika dibiarkan menangis, ia akan diam juga akhirnya. Namun bayi begini akan terus menangis sehingga di pujuk. Sifat mereka mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan adalah belajar cara yang betul agar kita dapat mengawal diri kita dan melakukan perkara yang betul.

Pertama kita perlu faham ini semua bukan kerana kekurangan kita sebagai ibu bapa. Kita mungkin terfikir kita sepatutnya mengawal bayi kita bukan bayi kita mengawal kita. Jika kita dikawal oleh mereka adakah kita telah kehilangan kemampuan untuk mengawal anak kita? Kita mungkin memikirkan kita akan memanjakannya. Apa yang patut dibuat kita cuba memahami kehendak bayi kita. Bagi bayi begini, mereka sebenarnya tahu kehendak mereka dan ingin kita mengikutnya. Kita sebagai ibu bapa perlu mengurus dan mengajar mereka bagaimana untuk belajar mengawal diri mereka sendiri bukan kita mengawal mereka. Mereka ini memerlukan lebih sentuhan, lebih memahami mereka, lebih sensitivity dan ibu bapa yang lebih kreatif. Dengan melakukan ini semua secara positif kita sebenarnya akan lebih fokus kepada kualiti yang baik padanya berbanding melihat kesukarannya.

Bayi begini biasanya hiperaktif. Tindakannya sukar untuk dilarang, ia akan tetap melakukannya. Apa yang perlu adalah kita memikirkan cara terbaik agak tidak memudaratkannya. Kita perlu memahami kehendaknya. Contohnya jika lapar dia akan meragam, jadi pastikan ia tidak lapar. Jika keluar pastikan sentiasa bawa makanannya atau berhenti untuk makan. Jika ia penat dan mengantuk pastikan ia tidur. Namun ada kalanya ia penat tetapi tidak mahu tidur dan menahan matanya. Pastikan ia mendapat rehat yang cukup. Biasanya jika kehendak mereka dipenuhi mereka mudah dijaga.

Bayi begini akan membesar menjadi kanak-kanak dan remaja yang berkemahuan tinggi pula. Namun dengan cara yang betul, sifatnya akan menjadi lebih baik berbanding dengan anak-anak yang tidak bermasalah. Mereka akan mempunyai keinginan yang tinggi dan lebih sensitif kepada keliling.

Anak saya yang kecil, Daiyan mempunyai sifat yang begini. Apa yang dia ingin buat jika saya larang dia akan lebih menimbulkan masalah. Jika dia ingin tutup sendiri, jangan le saya cuba tutup. Jika saya tertutup saya perlu buka dan biarkan dia buat sendiri. Anak-anak saya yang lain saya boleh pujuk, yang kecil ni bertambah parah lagi keadaan. Ketika menyusu dulu, sentiasa ‘bergayut’. Jika dalam kereta secara automatik dia akan menyelak untuk menyusu sedangkan dia kenyang. Anak saya Damia mudah saya pujuk tengok apa yang cantik di luar. Dengan dia, dia tak hairan dan buat apa dia nak juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *