Tip Kehamilan / Mengandung

Diabetes Ibu Hamil

Ada ibu mengalami diabetes ketika hamil sedangkan semasa tidak hamil tidak mengalaminya.

Terdapat 3 jenis diabetes iaitu tahap 1, tahap 2 atau gestational. Gestational hanya berlaku ketika hamil. Biasanya tiada tanda tertentu yang boleh dipantau. Perlu membuat pemeriksaan untuk pastikan ada diabsetes atau tidak antara minggu ke 24 ke 28 hamil.

Ketika hamil, badan menghasilkan glukosa untuk bayi yang disalurkan melalui uri. Uri pula akan menghasilkan hormon tertentu untuk membantu pembesaran bayi. Hormon ini menyebabkan badan sukar menggunakan insulin. Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak hormon anti insulin, ia akan menghalang aliran glukosa dari aliran darah ke sel. Pankreas pula tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup yang menyebabkan terlalu banyak glukosa dalam darah.

Risiko ibu hamil alami diabetes

  • mempunyai sejarah ahli keluarga alami diabetes
  • pernah bersalin bayi pra matang atau bayi terlalu berat melebihi 4.5 kg
  • badan gemuk
  • Berumur lebih 25 tahun

Kesan diabetes kepada bayi.

Akan memberi kesan kepada perkembangan saiz bayi. Jika terlalu tinggi, bayi akan mendapat terlebih khasiat dan bayi terlebih besar. Ini boleh menyebabkan bayi gemuk atau dikenali mascromia. Bayi akan membentuk lemak di bahu dan bolej menyebabkan kesukaran untuk bersalin normal. Bayi juga akan mengalami kandungan gula dalam darah yang rendah, kemungkinan bayi juga alami diabetes tahap 2 di kemudian harinya atau alami demam kuning.

Kesan diabetes pada ibu

Ibu mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan, alami tekanan darah tinggi dan bengkak tangan dan kaki, jangkitan saluran kencing dan mengalami diabetes ketika semakin berumur.Akan alaminya diabetes untuk kehamilan seterusnya.

Jika anda alami diabetes, ibu hamil boleh kawalnya pemakanan, tahap aktiviti, insulin dan stres. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Perlu periksa glukosa dalam darah mengikut yang disarankan oleh doktor anda dengan membuat ujian glukosa.

Untuk memastikan bayi sihat, sepanjang hamil boleh lakukan beberapa ujian

  • ujian ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa perkembangan bayi.
  • ujian alpha-fetoprotein untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan dalam hati bayi.
  • amniocentesis – ujian mengambil cecair amniotic (cecair di sekeliling bayi). Penting untuk tentukan paru-paru bayi matang jika terpaksa bersalin awal
  • ujian anti stress – merekod denyutan jantung bayi untuk memeriksa kesihatan bayi di akhir hamil. Sejenis alat akan diletak di perut ibu
  • pemantauan terhadap bayi semasa bersalin. Membuat pemeriksaan denyutan jantung bayi untuk mengesan jika terdapat tanda stres

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *