Tip Kehamilan / Mengandung

Stretch Marks/regangan kulit ketika mengandung

Ramai wanita mengandung mengalami stretch marks/regangan kulit ketika mengandung. Stretch marks dikenali sebagai striae gravidarum. Stretch marks muncul seperti jalur panjang pada kulit, berwarna sedikit ungu atau merah mengikut jenis kulit warna anda. Wanita dengan kulit yang lebih gelap akan mengalami stretch marks yang lebih cerah, sementara wanita berkulit lebih cerah akan mengalami warna kemerahan. Semasa mengandung, kebanyakan wanita mengalami di bagahgian perut. Ia juga biasa terjadi di bahagian lain seperti peha, pinggul, payudara dan ketiak. Kebanyakan wanita akan mengalaminya selepas mengandung.

Pernyebabnya adalah kerana pertambahan berat dengan cepat dan menegangkan kulit. Seperti juga proses mengandung, kulit meregang dengan cepat dan menyebabkan tanda ini. Biasanya akan alami ketika trimester ke 3 mengandung, namun ada juga kes terjadi ketika di awal mengandung.

Lagi banyak berat bertambah ketika mengandung lebih besar kemungkinan untuk mendapat jalur ini. Wanita yang mengandung anak kembar lebih mudah mengalaminya keran perut mereka membesar lebih besar berbanding dengan mengandung seorang anak. Doktor juga akan memberitahu berapakah berat yang sesuai ketika mengandung.

Kesan ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan
• Gunakan losyen atau krim stretch mark lebih dari sekali sehari di bahagian yang mungkin akan terjadi jalur ini. Mula dari awal mengandung
• Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini.
• Jaga berat badan, jangan naik melebihi berat ideal anda. Dan pastikan berat naik dengan perlahan mengikut progress hamil.

Jika anda telah mengalaminya, terdapat rawatan tertentu yang boleh dibuat selepas bersalin. Boleh sapu krim tertentu atau jika kesan teruk mungkin boleh jalani rawatan yang lebih teratur.

Kebanyakan krim di pasaran mengandungi cocoa butter dan vitamin A dan E. Cocoa butter membantu melembabkan kulit dan mengekalkan kelembapan. Ini memperbaiki keseluruhan elastik kulit yang membantu mengelak jalur ini

Vitamin E adalah antioksida yang penting untuk memelihara dan melindungi kulit anda. Vitamin A, juga dikenali sebagai retinol, adalah antioksidan yang penting untuk kesihatan. Glucocorticoids, sekumpulan hormon boleh mengurangkan keberkesanan Vitamin A, jadi penting penambahannya dalam krim

Shea butter juga kini merupakan bahan yang digunakan sebagai krim ini, membantu memperbaharui dan peredaran serta perlindungan semula jadi dari ultraviolet. Satu lagi adalah Alpha-hydroxy acids (AHAs. Ia didapati daripada . Ia membantu memperbaharui kulit, dan mungkin anda akan terasa kering sedikit dan berlapis apabila mula menggunakannya kerana ia membuang kulit mati dari kulit anda.

Sapuan krim ini bukan sahaja membantu mengelak stretch mark ini malah bagus untuk peredaran pada lapisan kulit. Urutan ketika sapuan akan mengalakkan peredaran di kawasan di urut. Jika dilakukan setiap hari kesannya akan dapat dilihat.

Namun ada juga krim yang tidak dapat membuang stretch mark yang sedia ada kerana, ia hanya menumpukan keberksesanannya pada lapisan luar (epidemis) sahaja. Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan kombinasi lapisan luar (epidemis) dan pertengahan (dermis) kulit anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *