Tip Pemakanan

Khasiat Kurma

Kita disunatkan berbuka dengan kurma dan kurma ini juga bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Di dalam Al Quran ada dinyatakan mengenai kebaikan memakan kurma bagi ibu mengandung dan bakal melahirkan anak iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 ke 26. Ia mengenai kisah Maryam yang sakit untuk bersalin Nabi Isa a.s. Allah memerintahkan Maryam memakan kurma.

Mengapa kurma amat bagus untuk ibu mengandung dan menyusu. Buah kurma ini penuh dengan khasiat. Mengikut kajian ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohiderat yang tinggi 44 ke 88%, kadar serat 6.4 ke 11.5%, kadar protein 2.3 ke 5.6 %, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5%. Ia juga kaya dengan kalium dan magnesium serta mengandungi boron, kalsium, kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin C, B1, B2, A dan asid nikotinik.

Buah ini juga dibina daripada 23 jenis asid amino yang biasanya tidak terdapat dalam kebanyakan buah-buahan lain. Buah kurma juga mengandungi selenium, bahan yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser.

Gula dalam kurma adalah jenis glukosa dan fruktosa yang mudah diserap ke darah dalam badan. Karbohiderat dalam kurma wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa, jadi ia mudah diserap dengan segera.

Semasa sedang dalam proses melahirkan anak, kadar gula dalam darah akan cepat turun dan menyebabkan keletihan pada si ibu. Si ibu memerlukan karbohiderat bagi mengembalikan tenaga dan kalium yang berfungsi menyeimbangkan cecair dalam badan serta dapat memantap fungsi saraf dan otot. Justeru kurma ini sesuai untuk ibu mengandung.

Pengumuman
Kami juga ingin mengumumkan penghantaran terakhir adalah pada 15 Sep 09 sebelum cuti raya. Ini bagi memastikan pesanan tidak mengalami masalah lewat diterima akibat cuti raya yang panjang. Namun kedai tetap beroperasi sehingga 18 Sep 09. Jadi kepada mereka yang inginkan dengan segera selepas 15 Sep, perlu dapatkan di kedai kami. Kedai kami akan ditutup daripada 19 Sep sehingga 27 Sep 09. Buka semula pada 28 Sep 09.

Hadiah percuma untuk belian di www.nonaku.com

Kebelakangan ini terdapat sedikit masalah dengan laman web www.nonaku.com. Jika anda menghadapi masalah untuk layarinya, boleh hantar email ke sales@mamadamia.com untuk pertanyaan lanjut atau membuat pesanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *