Pengalaman mengandung anak kembar

Petang semalam saya didatangi 2 keluarga yang mempunyai bayi kembar. Kebetulan. Anak saya juga kembar. Ramai yang seronok bila mendengar anak kembar.

Pengalaman saya mengandung anak kembar. Mulanya agak sukar untuk mempercayainya. Saya mengetahui ketika minggu ke 8 kerana berlaku pendarahan. Seminggu sebelum itu, saya mengalaminya dan membuat pemeriksaan di klinik biasa. Selepas seminggu berehat saya bekerja semula dan berlaku pendarahan yang lebih banyak. Terus saya ke klinik pakar. Doktor yang membuat pemeriksaan menyuruh saya menunggu, memanggil doktor pakar. Rupanya untuk membuat kepastian saya mengandung kembar. Saya diminta berehat selama beberapa minggu. Memang agak tertekan kerana darah terus mengalir. Sedih juga takut bayi saya tidak dapat diselamatkan. Syukur Alhamdulillah selepas 12 minggu darah mula berhenti dan saya tiada sebarang masalah.

Kemudian ketika 33 minggu saya telah mula alami kontraksi. Untuk elak bersalin awal, saya diminta berehat. Suntikan diberikan untuk membantu paru bayi jika bersalin sebelum 34 minggu. Dan saya mengambil pil untuk tahan kontraksi. Saya dapat bertahan sehingga 37 minggu, dan bersalin anak kembar saya pada hari raya Aidiladha ke 3. Alhamdulillah saya dapat bersalin secara normal. Dari awal saya sudah bercakap-cakap dengan bayi-bayi saya, minta tolong saya mudah bersalin dan duduk dalam posisi bersalin normal. Bersalin normal, bermakna 2 kali meneran. Yang kedua agak mudah dan cepat sikit. Namun selepas itu memang kepenatan dan saya berehat. Berbeza bersalin anak satu, selepas bersalin saya boleh terus menyusu bayi saya.

Semasa mengandung anak kembar berbeza sedikit berbanding anak satu. Selera makan memang kuat. Sentiasa lapar. Berat badan saya naik agak banyak ketika itu. Ditambah pula kebanyakan masa saya berehat. Badan juga agak letih sedikit. Perut saya terasa penuh dan sarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>