Tip Kehamilan / Mengandung

Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandung II

Pedih ulu hati – Berlaku kerana perubahan hormon. Ia sebenarnya tiada kaitan dengan hati tetapi berkaitan dengan perut dan kerongkong. Rasa masam dalam mulut dan kurang selesa itu datangnya dari jus asid dalam perut yang naik ke kerongkong.

Tip-tip untuk melegakan simptom pedih ulu hati
– Makan sedikit dan kerap sepanjang hari
– Elak makanan atau minuman seperti kafein, cokelat, makanan yang berperisa tinggi, makanan berlemak tinggi, jus atau buah-buahan citurs, makanan asas tomato dan minuman berkarbonat
– Elak terus baring lepas makan. Duduk untuk selama 1 ke 2 jam selepas makan
– Elak makan banyak sebelum tidur
– Tidur dengan keadaan kepala lebih tinggi untuk elak asid naik.
– Makanan tenusu juga mungkin boleh menyebabkan pedih ini. Cuba perhatikan. Ada orang tiada masalah, bergantung kepada individu.
– Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
– Pakai pakaian yang selesa dan longgar

Sembelit – Perubahan hormon merehatkan otot-otot untuk memberi ruang rahim mengembang. Ini akan memperlahankan tindak balas usus-usus dan pergerakan makanan di dalam sistem pencernaan. Pengambilan vitamin tambahan juga boleh menyebabkan sembelit
Minum dengan banyak dan makan makanan kandungan tinggi serat seperti roti whole-wheat, bijirin tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan

Ambil makanan yang mencuci perut semulajadi seperti buah prun atau jus prun
Jangan beli ubat sembelit tanpa pengawasan doktor kerana ada ubat yang tidak selamat digunakan ketika mengandung

Lebihan Angin – sama seperti sembelit, menyebabkan lebihan angin dalam badan
Tingkatkan pengambilan serat secara perlahan-lahan dan minum banyak air. Peningkatan serat dengan segera, terutama bagi mereka yang tidak biasa mengambil dengan banyak, akan menyebabkan angin dan masalah gastrointestinal lain.
Makanan seperti brocoli, kekacang, kobis, bawang, bunga kobis dan minuman berkarbonat boleh menyebabkan masalah lebihan angin, bergantung kepada individu

Sakit kepala – Berlaku kerana tahap hormon yang tidak menentu dan perubahan aliran darah. Akan berkurangan atau hilang ketika trimester 2. Ianya juga kesan kafein, kurang tidur, alergi tekanan, kelaparan dan dehidrat.

Ubat biasa yang diambil seperti aspirin dan ibuprofen untuk sakit kepala tidak boleh diambil ketika mengandung. Perlu dapatkan nasihat doktor ubat yang sesuai
Cuba cari punca penyebab sakit kepala. Contohnya anda berada dalam bilik yang panas keluar dan dapatkan udara segar. Mandi.

Kandungan gula yang rendah juga boleh menyebabkan sakit kepala, pastikan anda tidak lapar.
Elak ambil makanan yang tinggi gula seperti gula-gula yang boleh menyebabkan gula dalam darah naik mendadak.

Elak kepenatan, kadang-kadang mata penat juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *