Tip Kehamilan / Mengandung

Pergerakan bayi/janin

Kita akan mula dapat rasai pergerakan bayi ketika minggu ke 18 hingga ke 20. Ini untuk mereka yang kali pertama kali mengandung. Bagi mereka yang telah biasa mengandung, biasanya dapat mula mengesan pergerakan bayi ketika minggu ke 15 ke 18. pergerakan ini menunjukkan bayi berada dalam keadaan sihat.
Semakin lama, pergerakan bayi akan menjadi semakin kerap dan kuat. Kadang-kadang bayi tidak akan bergerak kerana dia juga perlukan rehat dan tidur untuk selama 40 minit setiap kali atau mungkin lebih panjang.

Di bawah disertakan pergerakan dari minggu ke minggu

Minggu 20 ke 24
Aktiviti bayi akan bertambah. Bayi akan banyak menendang dan membuat somersault.

Minggu 24 ke 28
Bayi anda akan mula sedu. Anda dapat rasai ia sedu. Ini pengalaman menarik. Semasa anak pertama, saya rasa pelik bayi saya sedu dan saya bertanya doktor. Memang betul bayi sedu. Bayi juga bebas ketika bergerak bebas kerana air ketuban semasa ini mula banyak. Anda juga akan perasan bayi membuat lompatan mengejut apabila mendengar bunyi.

Minggu 29
Bayi mula membuat pergerakan yang kecil dan lebih terhad kerana ruangan mula menjadi sempit

Minggu 32
Pergerakan bayi akan mencapai peringkat teratas dan anda akan mula sedar berlaku kekerapan dan jenis pergerakan semakin bayi membesar dan kuat.

Minggu 36
Bayi mula berada pada kedudukan kepala di bawah. Pergerakan yang akan anda rasai ketika ini adalah dari tangan dan kaki, dan mungkin merasai tendangan yang menyakitkan ke tulang rusuk. Jika ini kandungan pertama, otot-otot rahim akan memastikan bayi berada di kedudukannya. Namun untuk mereka yang telah mengandung beberapa kali, otot abdomen agak lemah, jadi bayi mungkin akan berubah-ubah kedudukan dan mungkin berlaku sebelum tarikh bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *