Tip Penyusuan

Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Bekerja

Terima kasih kepada Puan Juliah yang sudi berkongsi pengalaman menyusu anak sepenuhnya menggunakan susu ibu walaupun beliau bekerja, dan juga atas tip-tip yang amat berguna untuk ibu-bu semua. Tahniah atas kesungguhannya melakukan penyusuan sepenuhnya. Kebetulan nama anaknya sama anak saya. Anak saya Damia juga dulu tidak mahu susu formula. Saya masih bekerja masa itu, jadi saya akan perah semasa waktu rehat tengahari dan petang ketika bekerja. Pagi sebelum pergi kerja saya susukan anak saya dahulu. Saya perah secara manual. Memang memenatkan dan lama. Elok guna pam elektrik. Namun selepas beberapa bulan saya berhenti bekerja. Saya meneruskan penyusuan sehingga saya mengandung anak seterusnya.

Tip-tip yang diberi agak panjang, saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian

Dibawah adalah pengalaman Puan Juliah…

Saya ada juga terbaca forum dalam Susuibu.com yg mengatakan dengan meminum air longan kering yg dimasak sendiri boleh menambahkan susu badan.

Saya juga kerap memakan kurma dan minum susu anmum untuk tambah susu badan.

Sebenarnya saya gagahkan juga penyusuan susu ibu kerana anak saya Damia (sama seperti nama anak puan) langsung tidak mahu menjamah susu formula. Puas juga saya mencuba 3 – 4 produk susu formula tapi dia tetap menolak susu formula malah mengamuk2 jika diberi susu formula.

Apa yg saya buat, pada hari sabtu Ahad saya buat stok susu dan mengepam susu setiap 3 jam atau setiap kali saya menyusukan anak, saya akan pam susu disebelahnya lagi. Stok susu tersebut saya simpan di tempat sejuk beku.

Pada hari bekerja pula, saya mula mengepam susu sebelum saya keluar dari rumah iaitu dalam 7.00 pagi sambil menyusukan anak. Kemudian dalam pukul 12tgh pula saya akan mengepam susu di kedua2 belah susu dan menyimpannya di dalam peti ais office di bahagian bawah peti ais untuk diberikan kepada pengasuh untuk keesokan hari. Kemudian pada pukul 4.30 ptg saya pam kedua2 belah dan simpan di dalam peti ais bawah. Pukul 7 saya menyusukan anak sambil mengepam susu untuk stok keesokan hari. Sebelum tidur pun saya susukan anak sambil pam susu. So saya dapat hantar ke pengasuh sebanyak 5 botol susu segar dan 2 botol susu beku yang saya buat ketika cuti hari minggu.

ini jadual penyimpanan mengikut bayi & jenis peti ais..

(nanti saya sertakan, tidak dapat copy di sini ~ Sharifah)

Sedikit info mengenai breast feeding..

S: Betulkah menyusu bayi akan menjejaskan bentuk payudara?
J: Semasa hamil, ibu digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan payudara. Gunakan baju dalam yang boleh menyokong payudara dengan baik supaya mengikuti perubahan pada payudara semasa hanil. Menyusu anak tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Bagaimanapun, kurang jagaan semasa hamil menyebabkan payudara menjadi kendur.

S: Apakah persediaan yang perlu dibuat semasa hamil?
J: Memakai baju dalam yang boleh dibuka dari depan (nursing bra) boleh membantu ibu menyusu dengan selesa dan mudah. • Elak menggunakan sabun untuk membersihkan puting payudara. Penggunaan sabun akan mengakibatkan kekeringan di kawasan puting dan areola. • Ibu perlu membersihkan puting setiap kali selepas mandi. Menggosok dan mengurut puting secara perlahan boleh diamalkan sebagai persediaan untuk menyusu ketika bersalin kelak • Buat pemeriksaan samada puting rata atau tenggelam. • Banyak bersenam seperti berjalan-jalan. • Banyak makan makanan seimbang.
S: Bilakah saya harus mula menyusukan bayi selepas bersalin?
J: Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin, selepas itu, baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini menolong meyembuhkan sakit selepas bersalin.
S: Apakah dia kolostrum?
J: Kolostrum dikeluarkan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Ia kaya dengan protin dan anti-bodi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit. Pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum sahaja.

S: Bagaimanakah cara meletakkan bayi pada payudara?
J: • Pegang bayi dengan selesa, rapatkan pada payudara dan mengadap badan ibu. Dadanya perlu mengadap dada ibu dan dagunya perlu berada di atas payudara. Picit puting agar keluar beberapa titisan kolostrum pada puting itu bagi membolehkan bayi merasa atau menghidunya. Ampu payudara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut menggunakan puting. Dengan cara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka lebih luas. Selepas itu, masukkan puting secara perlahan-lahan ke dalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola (kawasan hitam pada payudara) ke dalam mulutnya. • Pastikan bayi boleh bernafas ketika menyusu dan lidahnya berada dibawah puting ibu. • Pastikan penyusuan tidak menyebabkan rasa sakit. Jika terasa sakit, mungkin ada langkah yang tidak betul.

S: Apakah yang disebut ‘Demand Feeding’ atau ‘permintaan menyusu’
J: Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusu sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan. Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut “permintaan menyusu” (demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu didalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal.

S: Kenapa menyusu awal itu penting?
J: Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:- 1. Dapat merangsang pengeluaran susu. 2. Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian, mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama daripada jangkitan. Apabila berinteraksi dengan para ibu, anda perlu menekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit-birit atau penyakit lain. Sebab kedua kenapa penyusuan awal amat penting ialah kerana ia akan merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payu dara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *