Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

July 17, 2023September 4, 2023

Perbelanjaan bayi baru lahir yang perlu anda tahu

Bakal ibu dan ayah selain persediaan diri dalam menyambut bayi, perbelanjaan bayi baru lahir mungkin membebankan terutama ibu ayah muda. Masih merangkak memulakan kehidupan bersama dengan pelbagai perbelanjaan harian lain, kini tambah pula perbelanjaan baru. Jadi bagaimana ingin merancang kehidupan dengan kehadiran ahli baru.

Isi Kandungan

  • Perancangan sambut bayi baru lahir
  • Kos dan Perbelanjaan Bayi Baru Lahir
  • Perancangan barang keperluan bayi
  • Perancangan keperluan ibu
  • Majlis menyambut bayi
  • Simpanan bulanan
  • Belanja ikut kemampuan

Perancangan sambut bayi baru lahir

Kelahiran anak akan meningkatkan kos dan perbelanjaan keluarga. Bermula sejak mengandung, kelahiran dan seterusnya membesarkan anak, banyak perbelanjaan diperlukan. Namun percayalah setiap anak itu ada rezekinya. Yakinlah ia akan dicukupkan.

Agar tidak rasa terbeban dengan kos dan perbelanjaan untuk menyambut bayi, buat perancangan sejak awal mengandung. Dapatkan maklumat apa yang diperlukan untuk penyediaan bayi baru lahir. Apakah barang-barang bayi yang diperlukan. Selain barang bayi, jangan dilupakan pula barang ibu semasa berpantang.

Apabila membuat perancangan awal, mempunyai masa yang panjang untuk membuat simpanan dan tidak runsing memikirkan bagaimana ingin mencari wang di saat akhir.

Kos dan Perbelanjaan Bayi Baru Lahir

Berikut adalah senarai kos dan perbelajaan yang bakal digunakan untuk menyambut bayi

  1. Hospital bersalin – pilihan samada ingin bersalin hospital kerajaan atau swasta. Semak berapa kos bersalin di hospital ini. Untuk pilihan bersalin di hospital swasta ambil kira kos pemeriksaan bulanan juga.
  2. Keperluan asas bayi baru lahir iaitu pakaian, lampin, mandian, beg bayi, kerusi sorong bayi dan lain-lain. Pakaian bayi perlu dibeli selang beberapa bulan kerana bayi cepat membesar. Lampin dan mandian diperlukan secara bulanan.
  3. Perancangan penyusuan bayi, samada guna susu formula atau susu ibu
  4. Aqiqah bayi. Mengadakan majlis aqiqah untuk bayi baru lahir, hari ke 7 atau 14 atau 21
  5. Khitan anak lelaki, hari ke 7 atau 14 atau 21, sebelum usia 3 bulan
  6. Barang ibu berpantang seperti bengkung, suplemen, mandian herba dan tungku
  7. Tukang urut atau penjaga ketika pantang. Ada pakej-pakej berpantang seperti menjaga semasa pantang, mengurut, penjagaan bayi dan makanan dalam pantang. Ada juga pusat jagaan dalam pantang di mana ibu dan bayi menginap di tempat berkenaan.

Perancangan barang keperluan bayi

Buat senarai barang bayi yang diperlukan. Kemudian rancang bila perlu dibelanjakan.

PerkaraPilihanKosBulan Belanja
Pakaian bayi baru lahir-5 pasang baju siang
– 5 pasang baju tidur
– 2 helai Kain bedung
– 5 pasang sarung tangan dan kaki
– Rak/Almari baju bayi
– Beg baju bayi
RM50
RM50
RM30
RM20

RM50
RM50
Bulan ke 6 – 7 kehamilan
Bedung4 helaiRM40
Selimut bayi1 helaiRM20
Tuala bayi (saiz kecil)2 helaiRM30
Set tidur bayiKatil bayi/playpen
Bantal dan sarung bantal
RM400
RM50
Bulan ke 8 kehamilan
Lampin pakai buangUsia – NewbornRM50Bulanan
Botol susu2 botolRM40Bulan ke 7 kehamilan
Mandian bayiSabun mandi
Besen mandian
RM20
RM40
Bulanan
Beg pakaian bayiRM100Bulan ke 8 kehamilan
Kerusi kereta bayiRM150Bulan ke 8 kehamilan
Kereta sorong bayiRM150Selepas bersalin
Lain-lain dan kecemasanSimpanan RM3,000Jika perlu

Sekiranya barang bayi yang dibeli telah mencukupi, jangan tambah. Simpan untuk barang keperluan bayi yang lain. Pakaian bayi baru lahir tidak perlu dibeli dengan banyak. Beli saiz ‘Newborn’. Namun jika mengikut jangkaan doktor bayi yang bakal dilahirkan bersaiz besar, beli saiz lebih besar iaitu untuk usia 3 bulan. Bayi cepat membesar dan selepas beberapa bulan perlu beli pakaian baru yang lebih besar.

Apabila membeli botol susu, periksa saiz lubang puting. Saiz lubang berbeza mengikut usia bayi. Untuk bayi baru lahir, saiz luabng puting adalah lebih kecil. Jika besar, ia boleh menyebabkan bayi tersedak susu.

Dapatkan lampin pakai buang saiz ‘new born’ kecuali bayi anda besar dan muat saiz Small atau Medium. Harga lampin berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang murah. Jika tidak pasti mana ingin digunakan beli dalam kuantiti yang sedikit. Adakala lampin yang lebih nipis, air kencing atau najis mudah bocor.

Beli barang keperluan bayi mengikut usia bayi. Apabila masuk usia 6 bulan dan mula makan baru dibeli mangkuk makanannya. Tidak perlu beli terlalu awal.

Perancangan keperluan ibu

Di samping barang bayi, sediakan barang keperluan ibu semasa dalam pantang dan barang untuk penyusuan susu ibu.

PerkaraKosBulan Belanja
Hospital Swasta -termasuk pemeriksaan bulananRM5,000 ke
RM10,000 (jika pembedahan)
Kos bulanan RM200
Tarikh bersalin
Susu ibu – Bekerja
– Pam susu
– Botol susu.
– Beg susu
RM1000Bulan terakhir kehamilan
(sekali belian)
Bengkung – 2 helaiRM120Bulan ke 8 kehamilan
(sekali belian)
SuplemenRM200
Mandian herbaRM100
TungkuRM50Jika perlu
Jagaan pantang di rumah
– Pakej 3 hari
Pusat Jagaan Berpantang
– 3 hari

RM600 -RM1,000

RM2,000 – RM4,000
Selepas bersalin
Harga pakej bertambah dengan pertambahan hari

Kebiasaanya semasa berpantang ibu baru ini akan tinggal bersama ahli keluarga terdekat seperti ibu dan ayah mereka. Namun dalam keadaan ibu ayah yang telah uzur atau tiada ibu ayah, jika berkemampuan boleh dapatkan khidmat jagaan dalam pantang. Pastikan pusat ini mendapat tauliah dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mereka terlatih untuk menjaga ibu dalam pantang.

Andai berhajat mendapatkan perkhidmatan jagaan dalam pantang, cari maklumat lengkap mengenai perkhidmatan ini. Terdapat 2 jenis perkhidmatan iaitu penjaga datang ke rumah atau ibu tinggal di pusat jagaan berpantang. Pakej penjagaan di rumah, penjaga akan datang mengikut waktu kerja antara 9 pagi ke 5 petang. Antara yang disediakan termasuk berurut, bertungku, penjagaan bayi dan ada juga menawarkan pakej makanan sekali. Boleh memilih untuk berapa hari dan akan dikenakan caj mengikut hari. Contoh kos untuk 3 hari bermula daripada RM600. Untuk maklumat lanjut layari website pusat-pusat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Manakala penjagaan di pusat jagaan berpantang, ibu akan mempunyai bilik untuk menginap di situ seperti tinggal di hotel. Pakej termasuk mengurut, bertungku, makanan, penjagaan bayi, khidmat nasihat mengenai penyusuan dan penjagaan bayi. Boleh memilih untuk menginap beberapa hari. Pakej ini lebih mahal. Kos untuk 3 hari bermula dari RM2000 dan boleh mencecah puluhan ribu jika menginap lebih lama.

Majlis menyambut bayi

Selain barang bayi dan barang ibu, sudah tentu bayi ingin dirai dengan mengikut amalan sunnah seperti aqiqah dan berkhitan/bersunat bagi bayi lelaki. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7.

PerkaraPilihanKosBulan Belanja
Majlis AqiqahBayi lelaki
Bayi perempuan
RM2,000
RM1,500
Hari ke 7 bersalin
Khitan bayi lelakiRM300
Semasa melakukan aqiqah disunatkan menjamu dengan makanan yang telah dimasak. Jadi boleh diadakan majlis aqiqah berserta cukur rambut. Ini memerlukan kos tambahan jika menyewa meja, kerusi dan khemah.

Simpanan bulanan

Selepas membuat perancangan ini, kira simpanan bulanan yang diperlukan. Lakukan perancangan perbelanjaan bayi baru lahir ini mengikut kemampuan sendiri. Jangan terikut dengan tren atau orang yang berkemampuan. Elak daripada meminjam kecuali berlaku kes kecemasan yang tidak dijangka.

Perancangan ini juga penting agar jumlah yang perlu dikeluarkan boleh di kawal dan tidak dikeluarkan serentak. Beli keperluan untuk ibu dan bayi secara berperingkat agar tidak begitu membebankan. Perancangan ini juga memudahkan membuat semakan barangan.

Simpan duit untuk keperluan kecemasan yang diluar jangka. Mungkin anak lahir tidak cukup bulan atau alami jaundis yang perlu berada di hospital lebih lama. Semua ini memerlukan wang tambahan.

Terdapat sesetengah majikan menanggung kos bersalin. Semak kos bersalin yang ditanggung oleh pihak syarikat. Adakah tanggungan ini terhad kepada jumlah tertentu. Bagaimana jika bayi alami penyakit, adakah termasuk dalam tanggungan syarikat. Jika ada kos yang tidak ditanggung buat simpanan sejak awal sebagai simpanan untuk kes kecemasan.

Belanja ikut kemampuan

Senarai di atas sebagai panduan untuk ibu ayah baru. Adakah mampu untuk mengumpul sebanyak itu? Andai tiada kemampuan usah lah pula mengeluarkan belanja sehingga perlu berhutang. Jika tidak mampu, buang yang tidak perlu seperti pakej jagaan berpantang. Atau mungkin pilih bersalin di hospital kerajaan. Atau tunda majlis aqiqah.

Dengan perbelanjaan yang terancang, selepas kelahiran bayi, ibu ayah boleh menikmati suasana kehadiran orang baru dengan tenang dan gembira tanpa perlu risau mengenai kewangan.

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel