Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

July 28, 2023March 13, 2024

5 Panduan Penyusuan Susu Ibu Bekerja Perlu Anda Tahu

Sepanjang berpantang bayi telah mendapat susu ibu yang secara terus. Apabila mula bekerja pemberian susu ibu bekerja masih boleh diteruskan. Simpan azam untuk cuba menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.

Kebaikan susu ibu telah lama diketahui mustahak untuk perkembangan bayi dan ia juga memberi kebaikan kepada si ibu. Teruskan penyusuan susu ibu setelah bekerja. Berikut panduan penyusuan ibu bekerja yang boleh dipelajari.

Isi Kandungan

  • Persediaan penyusuan susu ibu bekerja
  • Cabaran yang bakal dihadapi
  • 1. Latihan penyusuan
  • 2. Puting botol susu
  • 3. Jadual perahan susu ibu bekerja
  • 4. Penjaga bayi
  • 5. Perahan susu di pejabat

Persediaan penyusuan susu ibu bekerja

Tidak dinafikan ibu dalam keadaan dilema untuk meneruskan penyusuan susu ibu apabila mula bekerja. Pelbagai cabaran bakal dilalui. Bukan mudah namun kebaikannnya sangat banyak. Dengan meneruskan perahan semasa bekerja pengeluaran susu ibu tidak berkurangan. Jika tidak perah dan bayi diberi susu formula ketika bekerja, lama-kelamaan susu ibu akan berkurang. Ini kerana badan menyediakan susu mengikut keperluan sahaja.

Mental ibu perlu kuat dan bersemangat untuk melakukannya. Tetapkan azam untuk menyusu bayi sehingga 6 bulan sejak mengandung lagi. Jika ia dapat diteruskan sehingga 2 tahun adalah lebih baik. Sokongan daripada ahli keluarga dan penjaga bayi sangat penting untuk memastikan penyusuan susu ibu bekerja ini berjalan lancar.

Kenalpasti apakah masalah dan cabaran yang mungkin terjadi semasa masih mengandung. Jadi penyediaan dapat dibuat lebih awal.

Cabaran yang bakal dihadapi

  • Bayi keliru puting dan enggan menyusu menggunakan botol susu
  • Mungkin sukar melakukan perahan susu
  • Tiada tempat penyimpanan susu di tempat kerja
  • Penjaga bayi tidak mahir sediakan susu ibu

1. Latihan penyusuan

Adalah penting, bayi dilatih menyusu sebelum bekerja. Proses latihan penyusuan kepada bayi bermula 2 minggu sebelum mula bekerja. Ketika ini ibu boleh lakukan perahan dan berikan kepada bayi untuk melatih bayi menyusu.

Semasa menyusu minta ahli keluarga menyusukan bayi untuk elak penolakan. Bayi mungkin tidak mahu menyusu jika ibunya sendiri yang memberi susu daripada botol. Ada cara pemberian susu menggunakan sudu atau cawan menyusu. Cara ini bayi tidak alami keliru puting, bayi menolak susu daripada payudara ibu. Namun perlu ambil kira bagaimana penjaga ingin menjaga bayi. Adakah penjaga bersedia memberi susu cara begini. Berbincang dengan bakal penjaga cara dia akan menyusu bayi.

2. Puting botol susu

Perkara yang agar sukar adalah pemilihan puting susu. Bayi akan menolak menyusu menggunakan botol susu kerana puting tiruan tidak disukai bayi. Cari puting yang sesuai dan diterima oleh bayi. Puting hendaklah lembut dan dengan rekabentuk leher lebar menyerupai bentuk payudara. Ini proses ‘try and error’ sehingga jumpa puting yang sesuai untuk bayi.

Antara pilihan jenama yang boleh dicuba Avent, Tommee Tippee, MAM, Medela Calma dan NUK Smooth Flow. Bergantung kepada jenama, terdapat pilihan lubang puting. Lubang puting ini penting untuk mengawal susu. Pemilihan lubang puting bergantung kepada usia bayi. Bayi usia 2 bulan akan menggunakan puting lebih kecil berbanding bayi 6 bulan. Jika lubang puting tidak sesuai, bayi mungkin tersedak susu dengan aliran yang laju. Puting botol susu yang terlalu besar, susu akan mengalir lebih deras dan bayi tidak sempat menelannya.

Keadaan ini berbeza dengan penyusuan susu ibu, bayi perlu menghisap untuk keluarkan susu. Jadi tiada isu lubang puting. Apabila menggunakan puting tiruan, susu akan mengalir sendiri melalui lubang puting.

3. Jadual perahan susu ibu bekerja

Perahan susu badan dimulakan dua minggu sebelum bekerja. Ini adalah persedian untuk diberikan kepada bayi pada hari pertama bekerja. Perahan boleh menggunakan tangan atau pam. Sebaiknya gunakan pam sebab memudahkan semasa bekerja. Ada jenis manual, menggunakan bateri dan elektrik. Pam manual hanya mengunakan tangan dan mudah penat. Penggunaan bateri dan eletrik perahan pam bergerak sendiri dan lebih mudah. Jika tempat kerja terlindung, boleh pam sambil bekerja.

Semasa pantang, buat satu jadual pam susu ibu untuk melatih bayi menyusu dan untuk penyimpanan susu seperti di bawah.

jadual perahan susu ibu bekerja

Pada hari pertama sehingga hari ketiga, pam susu ibu dan berikan susu perahan kepada bayi pada waktu sarapan antara 7.30 ke 9 pagi. Bayi mungkin menolak susu perahan ini. Untuk waktu susu yang seterusnya berikan secara terus kepada bayi.

Masuk hari keempat sehingga keenam, tambah kekerapan pemberian susu perahan semasa waktu kedua. Susu perahan diberikan sebanyak dua kali. Waktu susu seterusnya berikan susu secara terus.

Kemudian hari ketujuh sehingga kesembilan, tambah menjadi 3 kali susu perahan. Dan seterusnya pada hari kesepuluh sehingga hari ketiga belas, susu perahan diberi sepanjang siang hari. Susu ibu secara terus diberikan pada waktu malam sahaja.

Mulakan penyimpanan susu ibu untuk diberikan pada hari bekerja. Susu boleh diperah selepas 40 minit pemberian susu kepada bayi. Susu yang dipam mungkin hanya sedikit. Jadi mulakan perahan untuk simpanan lebih awal. Kumpulkan susu yang dipam. Pam dan simpan di dalam peti sejuk. Tulis tarikh perahan susu.

4. Penjaga bayi

Seterusnya dalam memastikan penyusuan ini berjaya, adalah penting mendapat kerjasama daripada penjaga bayi. Cari penjaga bayi yang menyokong dan bersetuju memberi susu ibu. Ada penjaga sejak awal tidak sanggup untuk memberikan susu ibu. Pemberian susu ibu kepada bayi memerlukan penyediaan susu. Susu yang sejuk perlu dipanaskan terlebih dahulu.

Sebelum masuk bekerja hantar bayi kepada penjaga tiga ke lima hari lebih awal. Semasa ini ibu masih di rumah, jika terdapat sebarang masalah mudah untuk selesaikan. Jika penjaga tidak biasa menyediakan susu ibu, ajar cara yang betul agar penjaga faham cara lakukkannya. Ajar mengenalpasti susu yang rosak. Jika ada kemampuan sediakan peralatan memudahkan penyediaan susu ibu seperti pemanas susu.

5. Perahan susu di pejabat

Jika ada disediakan tempat untuk melakukan perahan, ia amat memudahkan. Namun bukan semua tempat kerja mempunyai kemudahan ini. Cari tempat yang sesuai untuk melakukan perahan.

Pam susu ibu dua ke tiga kali sehari di pejabat. Jika terlewat ia boleh menyebabkan susu keluar dan membasahi baju. Pakai pad alas tambahan baju dalam untuk atasi masalah susu tumpah ini. Terlewat pam susu ibu juga mungkin menyebabkan bengkak susu dan menyakitkan.

Mungkin jadual kerja di pejabat tidak menentu, cari masa untuk lakukan perahan. Maklum ketua dan minta kebenaran 10 ke 20 minit untuk lakukan perahan.

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel