Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

May 23, 2024May 23, 2024

Mengidam ketika hamil adakah sengaja atau betul mengidam

Ramai bakal ibu mengalami mengidam ketika hamil. Mengidam bukan sahaja berlaku di Malaysia malah seluruh dunia. Jadi adakah mengidam ketika hamil ini sengaja dibuat untuk mendapat perhatian atau ada sebab-sebab berlaku mengidam.

Isi Kandungan

  • Kisah Sultan Mahmud mati di julang
  • Apakah mengidam ketika hamil?
  • Kenapa terjadi mengidam ketika hamil ini?
    • Perubahan Hormon
    • Tanda kekurangan nutrien
    • Mengidam tanda hamil
    • Perlindungan
  • Apa yang boleh dilakukan jika mengidam
  • Makanan yang perlu dielak
  • Pica, gangguan pemakanan ketika hamil
  • Isteri yang hamil, mengapa suami pula yang mengidam
  • Kesimpulan

Kisah Sultan Mahmud mati di julang

Pernahkah dengar kisah ini? Kisah seorang ibu mengidam untuk makan nangka. Kebetulan suatu hari lalu nangka untuk dibawa kepada sultan. Si ibu merayu mengatakan bayinya mengidam ingin makan nangka. Apabila sampai kepada sultan, baginda marah dan membunuh si ibu. Kemudian baginda telah membelah perut si ibu untuk memeriksa adakah benar bayi mengidam nangka. Alangkah terkejut, didapati bayi sedang makan nangka.

Benarkah bayi yang mengidam? Tentu sekali kisah bayi sedang makan nangka tidak benar. Mana mungkin bayi dapat makan dalam kandungan ibunya. Dan sudah tentu mengidam ini bukan datangnya dari bayi. Namun dari kisah ini, mengidam menyebabkan sukar untuk mengawal perasaan dan membawa padah yang buruk.

Apakah mengidam ketika hamil?

Mengidam adalah keinginan seseorang yang tinggi terhadap sesuatu, kebiasaannya adalah pada makanan. Makanan yang sering diingini adalah makanan manis, masin, pedas dan masam. Keinginan ini boleh jadi keterlaluan dan sukar dikawal. Ia boleh jadi penolakan kepada makanan yang biasa diambil. Tiba-tiba rasa tidak gemar kepada makanan itu dan rasa mual, sedangkan sebelum ini amat gemar memakannya.

Ia berlaku ketika trimester pertama dan kedua. Lama-kelamaan ia akan beransur hilang. Mengidam tidak berlaku kepada semua ibu hamil, namun ramai yang mengalaminya. Ia tidak dapat dielak kepada sesetengah ibu ini. Ia bukan lah tindakan yang sengaja diada-adakan untuk mendapat perhatian.

Kenapa terjadi mengidam ketika hamil ini?

Mengidam ketika hamil ini tidak diketahui punca sebenarnya. Walaubagaimanapun ia dikaitkan dengan beberapa sebab seperti di bawah.

Perubahan Hormon

Seperti yang dijangka, perubahan hormon adalah antara faktor utama. Apabila hormon berubah, ia turut mengubah beberapa keadaan dalam badan seperti deria bau dan rasa. Jika dalam keadaan normal, makanan tertentu itu tidak akan digemari dan disentuh. Namun situasi berbeza berlaku ketika hamil. Boleh jadi makanan yang tidak digemari menjadi makanan kegemaran pula. Dalam keadaan ekstrem ada pula mengidam pelik, sesuatu yang bukan makanan.

Tanda kekurangan nutrien

Mengidam boleh jadi tanda badan memberitahu terdapat kekurangan nutrisi yang diperlukan seperti vitamin, mineral atau kekurang kalori. Berlaku pertambahan nutrien yang diperlukan badan semasa mengandung. Apabila pengambilan tidak memenuhi apa yang diperlukan, badan menghantar tanda dengan keinginan untuk memakan sesuatu.

  • Mengidam makanan manis bermaksud badan kekurangan vitamin atau magnesium.
  • Mengidam produk tenusu bermaksud kekurangan kalsium
  • Mengidam makanan berdaging bermaksud kekurangan protein

Mengidam tanda hamil

Mengidam boleh jadi tanda hamil. Akibat perubahan hormon, keinginan makanan berubah atau mengidam. Ketika di awal kehamilan, masih belum membuat pemeriksaan, boleh periksa ianya mungkin tanda hamil.

Perlindungan

Terdapat pendapat mengatakan ini salah satu badan memberi perlindungan kepada bayi. Penolakan atau keinginan kepada sesuatu adalah cara badan melindungi bayi. Ia adalah sekadar teori.

Apa yang boleh dilakukan jika mengidam

Mengidam makanan tertentu mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam badan. Untuk mengawal mengidam, amalkan makan makanan yang seimbang cukup protein, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap, iaitu 6 kali sehari. Jangan tinggal waktu makan, pastikan makan setiap waktu makan. Mulakan dengan sarapan pagi. Lewat makan memburukkan keadaan mengidam.

Jika mengidam sesuatu makanan, ambil dalam jumlah yang berpada-pada. Jangan berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan diri dan bayi yang dikandung. Kawal pengambilan. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah dengan banyak dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes atau darah tinggi.

Elak mengambil makanan yang dikehendaki sahaja, pelbagaikan diet pemakanan agar mendapat nutrien dan diet yang seimbang. Jika hanya makan satu jenis makanan, dikhuatiri badan tidak mendapat khasiat yang sepatutnya. Ia akan menjejaskan kesihatan badan.

Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti seperti berjalan, bersenam atau berborak-borak untuk kurang memikirkan mengenai mengidam. Jalani hidup yang sihat.

Makanan yang perlu dielak

Mengidam tidak mendatangkan masalah jika makanan itu berkhasiat dan tidak memudaratkan keadaan ibu. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielak.

  • Makanan laut, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna. Contohnya sushi.
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur.
  • Ulam-ulaman atau sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Pica, gangguan pemakanan ketika hamil

Pica merupakan gangguan pemakanan, iaitu keinginan makan bukan makanan. Ini termasuk keinginan kepada debu, tanah atau kotoran. Ada ibu hamil mengalaminya dan ia benar-benar berlaku. Jika mengalami masalah ini, ibu hendaklah mendapatkan rawatan. Mengidam pelik begini akan menyebabkan masalah kesihatan dan bahaya kepada ibu dan bayi.

Ia dikaitkan dengan kekurangan vitamin atau mineral seperti zat besi. Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut. Pica juga mungkin dikaitkan dengan masalah kesihatan mental.

Isteri yang hamil, mengapa suami pula yang mengidam

Biasa dengar isteri hamil, suami yang mengidam. Pelik tetapi benar. Bagaimana pula hal ini boleh terjadi? Tanda suami mengidam boleh dilihat apabila tingkah laku suami berubah tidak seperti kebiasaan. Suami mungkin alami alahan atau loya. Suami pula yang mengidam makanan tertentu. Keadaan ini dikenali sebagai sindrom Couvade atau sindrom simpati kehamilan. Ia adalah normal dan mungkin berlaku pada suami anda!

Kesimpulan

Mengidam adalah perkara normal yang terjadi semasa hamil. Ia tidak memudaratkan kecuali mengidam sesuatu yang pelik atau berlebihan. Dalam keadaan ini, walau sekuat mana anda mengidam sesuatu, fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Ia akan berakhir apabila memasuki trimester ketiga atau selepas kelahiran bayi.

Kepada suami, layani keinginan isteri dengan baik selagi tidak terlalu menyusahkan atau bahaya. Ia merupakan salah satu sokongan emosi kepada isteri. Dalam Islam menyuruh suami melayan isteri dengan baik apatah lagi dalam keadaan berbadan dua.

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel