Amalan makanan berpantang bersalin mengikut masyarakat Melayu merupakan tradisi yang dipraktikkan turun-temurun dengan tujuan untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin dan memastikan kesihatan jangka panjang ibu dan bayi.
Isi Kandungan
Makanan Berpantang Masyarakat Melayu
Dalam masyarakat Melayu, makanan ibu berpantang mempunyai pantang larang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan. Makanan dilarang semasa pantang perlu dielak kerana dikatakan akan menyebabkan badan ibu mengalami sakit dan bisa-bisa sendi dan otot serta melambatkan proses pemulihan. Badan ibu dalam pantang dalam keadaan lemah, mudah mendapat penyakit sendi dah otot, jadi penjagaan ini dapat memastikan ibu pulih dengan cepat.
Amalan berpantang juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Jadi akan berlaku perdebatan, ada mengatakan boleh ada kata tidak boleh. Ada yang mengamalkan makanan berpantang secara ketat, contohnya air tidak boleh diminum dengan banyak, dilarang makan ayam hanya boleh makan ikan kering. Amalan berpantang begini tidak sesuai diamalkan dan memudaratkan badan kerana tidak mendapat khasiat. Ada berpendapat, ia diamalkan sebegini dahulu kala kerana mereka hidup susah, jadi makanan dicatu. Sebaiknya elak cara amalan makanan ibu berpantang ini.
7 Pantang Larang Semasa Berpantang
Pantang Makanan Sejuk dan Angin
Ibu dalam pantang dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang dianggap ‘sejuk’ seperti timun, tembikai, dan kubis kerana dipercayai boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti angin dalam badan. Sebaiknya amalkan ulam-ulaman yang diketahui kaya dengan fiber, mineral dan pelbagai vitamin serta bersifat antioksidan. Antaranya cekur, ulam raja, pegaga, daun kaduk, daun lemuni dan pucuk mengkudu.
Pengambilan Makanan ‘Panas’
Makanan yang bersifat ‘panas’ seperti lada hitam, halia, dan kunyit sering digunakan dalam masakan kerana dipercayai membantu memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Untuk mendapatkan rasa pedas pada makanan, elak gunakan cili merah. Boleh gunakan lada hitam atau lada putih sebagai gantinya.
Penggunaan Herba dan Rempah Ratus
Herba seperti daun sirih, lengkuas, dan rempah ratus lain digunakan dalam masakan dan minuman untuk tujuan pemulihan. Herba-herba ini diketahui mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi serta mampu membantu badan pulih.
Pengambilan Sup dan Rebusan
Sup dan rebusan, terutamanya yang berasaskan ayam atau ikan, banyak diambil kerana dianggap mudah dihadam dan berkhasiat. Sup dan rebusan ayama atau ikan yang dimasak menggunakan herba dan rempah ratus dapat mengembalikan kekuatan dan daya tahan tubuh ibu dalam pantang. Ia memanaskan badan dan menghindari penyakit sendi dan otot.
Larangan Makanan Berminyak dan Bergoreng
Makanan berminyak dan bergoreng dielakkan kerana dipercayai boleh menghalang proses penyembuhan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan ibu. Makanan boleh dimasak secara panggang untuk mengelak menggunakan minyak.
Air Rebusan dan Herba
Air rebusan herba seperti air rebusan daun kunyit atau halba diminum untuk membantu pemulihan dalaman. Dalam masyarakat melayu air rebusan herba dipanggil ubat periuk. Ia digalakkan menjadi sebagai minuman berpantang selepas bersalin. Di samping air rebusan ini, pastikan mendapat air kosong secukupnya mengikut keperluan badan. Adalah tidak benar ia menyebabkan alat sulit menjadi kembang dan hanya boleh minum 1 cawan sehari. Elak minuman sejuk dan bergas. Ia dikatakan akan menyebabkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Ikan berbisa yang perlu dielak
Terdapat ikan-ikan yang perlu dielak kerana dikatakan akan menyebabkan bisa dan gatal kepada badan serta menyebabkan lambat sembuh. Ikan yang patut dielak adalah ikan pari, bawal hitam, kembung, terubuk, cencaru, tamban, tongkol dan ikan parang. Elak sama sekali mengambil ikan kering atau ikan masin kerana ia melemahkan daya tahan badan. Semua jenis makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan ketam perlu dielak.
Ikan yang sesuai diambil adalah ikan bawal putih, siakap, selar kuning, merah, haruan, tenggiri, bawal putih dan yu.
Kebaikan Amalan Pemakanan dalam Pantang
- Pemulihan Tenaga: Pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam atau ikan membantu memulihkan tenaga ibu selepas bersalin
- Melancarkan Peredaran Darah: Rempah ratus seperti halia dan lada hitam membantu melancarkan peredaran darah, yang penting untuk pemulihan selepas bersalin.
- Mengelakkan Masalah Penghadaman: Elakkan makanan berminyak dan bergoreng membantu mengelakkan masalah penghadaman seperti sembelit, yang biasa berlaku selepas bersalin.
- Penggunaan Herba Tradisional: Herba dan rempah ratus seperti kunyit dan halia mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang membantu dalam proses penyembuhan.
Keburukan Amalan Pemakanan dalam Pantang
- Kekurangan Nutrien: Penghindaran beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan nutrien penting seperti vitamin C dan serat yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu.
- Pandangan Sempit tentang Makanan: Terlalu bergantung kepada kepercayaan tradisional boleh menghalang penerimaan maklumat pemakanan moden yang lebih seimbang dan berkhasiat.
- Ketidakseimbangan Diet: Mengelakkan makanan tertentu tanpa menggantikannya dengan pilihan yang setara dari segi nutrisi boleh menyebabkan ketidakseimbangan diet.
- Tekanan Psikologi: Peraturan pemakanan yang ketat boleh menambah tekanan psikologi kepada ibu dalam pantang, yang sudah berada dalam keadaan yang memerlukan pemulihan fizikal dan mental.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, amalan mengikut masyarakat Melayu mempunyai baik dan buruk makanan berpantang selepas bersalin. Walaupun tiada kajian terperinci dilakukan, penjagaan makanan ibu berpantang ini dapat dilihat dapat memberi kesan yang baik kepada ibu berkenaan. Namun adalah penting untuk mengimbangi antara kepercayaan tradisional dan maklumat pemakanan moden untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga dengan baik. Dapatkan makanan yang seimbang dan berkhasiat.