Bengkung bersalin untuk kuruskan badan!
Kisah sedih ibu ketika bersalin anak ketiga.
Semasa bersalin anak pertama dan kedua ibu saya amalkan penjagaan dalam pantang dengan baik. Ketika ini berpantang di kampung. Ramai yang membantu. Selepas habis pantang di puji badan seperti anak dara. Masuk anak ketiga ayah ditugaskan di Sarawak, jadi terpaksa bersalin di sana. Diburukkan pula dengan kematian nenek saya ketika masih dalam pantang. Kerana terlalu sedih ibu saya abaikan penjagaan dalam pantang. Kesan paling ketara pada perutnya, tidak kempis dan menjadi buncit. Kemudian ketika bersalin anak keempat dan kelima, beliau cuba amalkan berpantang dan memakai bengkung. Namun tidak berjaya mengubahnya. Kekal begitu perutnya. Oleh sebab itu beliau selalu tekankan pada saya jaga pantang. Bersungguh-sungguh beliau menjaga saya semasa dalam pantang.
Isi Kandungan
Kebaikan pakai bengkung bersalin
Amalan memakai bengkung bersalin mempunyai kebaikan ketika dalam pantang. Pemakaian yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Secara semulajadi badan akan kembali mengecil. Namun tanpa penjagaan yang betul sukar untuk dapat bentuk asal.
Selain pakai bengkung untuk menguruskan badan, ianya bagus untuk menyokong perut. Semasa mengandung perut mengembang dan selepas bersalin jadi kendur dan menggeleber. Pemakaian bengkung bersalin membantu menyokong perut yang menggeleber dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Di samping itu, berbengkung juga membantu kekalkan posisi tegak ketika duduk terutama ketika menyusu anak. Kebiasanya mereka akan duduk dalam posisi membongkok. Kesannya lama-kelamaan menyebabkan sakit belakang.
5 tip pilih bengkung bersalin
Terdapat pelbagai jenis bengkung bersalin dipasaran. Terdapat jenis bengkung moden dan jenis bengkung tradisional. Ada yang menggunakan tali, velcro dan zip. Pilihan bergantung kepada keperluan individu. Jika ingin mudah dan cepat, jenis bengkung moden menjadi pilihan. Namun bengkung tradisional biasanya lebih kejab dan kemas dipakai. Apa sehaja pilihan terletak pada anda, dan yang penting apa sekalipun pilihan pastikan bengkung dipakai selalu. Baru berkesan.
Kalau salah pilih, ianya jadi kurang kesan dan tidak membantu. Lebih teruk menyebabkan masalah pula. Jadi bagaimana hendak memilihnya?
- Labuh bengkung yang baik adalah bengkung yang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas dan tidak selesa dipakai. Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul seakan tertinggal seperti terlebih isi. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Bengkung kempiskan perut dah jadi bengkung besarkan badan pula.
- Pilihan material kain bengkung penting. Kain perlulah tahan lasak agar tidak mudah koyak Ketika ditarik. Selain itu material kain dapat menyerap peluh. Jika kain tidak sesuai akan menyebabkan masalah pada kulit.
- Saiz bengkung yang sesuai mengikut bentuk badan. Jangan beli terlalu besar. Mungkin pada mulanya muat dipakai. Kemudian badan mula mengecil, bengkung menjadi longgar dan sudah tidak berfungsi dengan baik.
- Ada pembantu atau tidak? Jika tiada pembantu cari bengkung yang mudah dipakai dan dibuka. Elak beli bengkung jenis lilit atau bengkung jawa. Nanti sama-sama menangis dengan bayi ketika memakainya! Bengkung ini paling kejab jika dipakai dengan betul dan mengikut bentuk badan, dan perlu pembantu memakaikannya.
- Sebaik-baiknya ada dua helai bengkung jadi dapat tukar untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit kerana kotor.’
Jenis bengkung
Bengkung tradisional terdiri dari 3 jenis iaitu jenis bengkung roda, bengkung lilit atau jawa dan bengkung tali. Bengkung lilit atau jawa ini lebih sukar untuk dipakai. Ia perlulah dililit atau diikat dengan kejab untuk memastikan ia benar-benar kejab. Bengkung roda paling mudah dipakai. Hanya masukkan tali ke kiri dan kanan. Manakala bengkung tali adalah seperti barut bayi.
Bila mula pakai bengkung?
Jika bersalin secara normal ianya boleh mula dipakai dari hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Ketika dalam pantang sebaiknya dipakai sepanjang masa dan dibuka ketika mandi sahaja. Seminggu ke dua minggu pertama jangan diikat dengan ketat. Sekadar untuk sokongan pada perut. Biarkan luka dalaman sembuh. Selepas 2 minggu baru ketatkan. Namun jangan terlalu ketat sehingga sukar bernafas pula. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus.
Boleh ke dipakai kalau bersalin secara pembedahan?
Bengkung jenis ‘strap-on’ boleh dipakai selepas pembedahan. Kajian menunjukkan ia bagus untuk menyokong perut selepas pembedahan. Doktor tidak melarang pemakaian selepas bersalin secara pembedahan. Malah digalakkan untuk memakainya kerana ia membantu menyokong perut dan mempercepatkan luka sembuh.
Kebaikan pemakaian bengkung strap-on
- Bantu tingkatkan aliran darah
- Posisi yang baik
- Bantu sembuhkan torehan pembedahan dan otot
- Bantu legakan kesakitan
- Kurangkan pembengkakan selepas pembedahan
Pastikan ciri-cirinya sesuai untuk anda. Pilih saiz yang sesuai dan dapat dilaraskan. Jangan pakai dengan ketat. Cukup sekadar sebagai sokongan pada perut. Bengkung jenis lain hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas dua minggu atau lebih).
Cara pakai bengkung
Sebelum berbengkung, sapu perut dan pinggang dengan ubat barut. Sapukan juga minyak berubat sebagai pelembab kulit. Ianya membantu mengecutkan rahim, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. Berhati-hati apabila memakai ubat barut. Ada ubat barut yang berkesan mengempiskan perut
dengan segera tetapi meninggalkan kesan parut di perut jika digunakan berpanjangan. Pastikan ramuan ini sesuai untuk anda. Ramuan barut dan minyak disediakan di dalam set bersalin yang terdapat di pasaran.
Bengkung lilit boleh dililit dari bawah payudara sehingga ke pinggul atau peha. Jika terlalu pendek bengkung akan terangkat dan bergulung-gulung.
Bengkung roda pula terdapat lubang yang diperbuat dari tali di kiri kanan bengkung. Masukkan 1 tali panjang di kiri dan kanan bengkung. Tarik tali sehingga bengkung menjadi kejab.
Bengkung tali adalah seperti barut bayi. Ada pasangan tali di kiri kanan bengkung. Tali ini diikat satu persatu.
Bengkung bersalin bukan untuk ibu dalam pantang semata. Boleh digunakan sesiapa sahaja termasuk anak dara juga untuk melangsingkan badan dan mengempiskan perut.
Beza Bengkung dan Girdle atau korset
Girdle atau korset bentuk seperti bengkung. Fungsinya juga hampir sama iaitu untuk mengempiskan perut. Jadi apa bezanya?
Girdle atau korset dibuat menggunakan kain yang nipis, lembut dan memeri. Selain untuk mengempiskan perut ia sesuai dipakai dibawah baju dan memberi efek nampak kurus. Jadi ia sesuai dipakai di luar rumah. Kain jenis memeri jadi kurang kejab dipakai semasa pantang.
Jika bengkung pula kain lebih tebal dan keras. Ia memberi kesan lebih kejab dan lebih berkesan dalam membantu menguruskan badan dan mengempiskan perut. Oleh kerana ia lebih tebal dan keras ia juga membantu memperbaiki postur badan lebih baik berbanding girdle atau korset. Namun kerana ketebalannya ia tidak sesuai dipakai di luar rumah.
Beza jenis material ini mempengaruhi keberkesanan pemakaian bengkung. Maka semasa berpantang bengkung adalah lebih sesuai untuk digunakan.
Berminat untuk dapatkan bengkung? Sila klik di sini. Bengkung Mama N Damia telah berada dipasaran sejak tahun 2008.