Mamadamia.com
Saya seorang graduan akauntasi dan pernah bekerja selama 9 tahun di bidang korporat. Bidang yang saya minati sejak dibangku sekolah dan masih meminatinya sehingga sekarang.
Sepanjang bekerja, anak-anak rasa terabai, apabila suami dan saya terlalu sibuk dengan kerja. Demi anak-anak, saya ambil keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan online. Bermulalah dunia saya di dunia perniagaan online semenjak tahun 2006. Bermula dengan website mybengkung.com, kemudian nonaku.com dan juga mamadamia.com.
Setelah 2 tahun berniaga dari rumah, rezeki semakin bertambah dan akhirnya pada tahun 2008 saya ambil keputusan berniaga di kedai. Lebih mudah menguruskan perniagaan dan memudahkan pelanggan untuk datang.
Banyak pengalaman saya perolehi dibidang baru ini. Bidang yang tidak dijangka akan menjadi kerjaya saya seterusnya sehingga kini. Saya menjadi ejen produk Nona Roguy dan ini memberi peluang saya mempelajari mengenai perbidanan melayu. Apakah cara berpantang yang betul. Dan sudah tentu menjadi kebanggaan kerana dapat berguru secara personal dengan Datok Sharifah Anisah sendiri iaitu pengasas Nona Roguy.
Selain berniaga barangan ibu dan bayi, saya juga gemar berkongsi tip-tip keibubapaan dan tip berpantang. Masa terluang saya menulis di blog mamadamia.com. Kami bertahan dengan tiga website ini selama 10 tahun sehingga 2016.
Namun berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya terpaksa menghentikannya. Antaranya saya hadapi masalah kesihatan dan juga bergelut dengan anak autism. Berhenti untuk memberi tumpuan kepadanya. Saya anggap dia hanya ‘mild’ sebab mampu belajar secara normal di sekolah aliran perdana dengan keputusan yang cemerlang dan mampu urus diri dengan baik.
Namun sangkaan ‘mild’ memakan diri. Perkara yang sepatutnya mudah menjadi sukar. Alhamdulillah pengorbanan yang dilakukan mula menunjukkan hasil. Namun perjalanan dia masih jauh.
Kembali ke online
Walaupun telah lama tutup kedai, saya masih kekalkan laman mamadamia.com. Kesibukan menguruskan perniagaan sendirian di samping mengurus anak, saya kurang serius menulis lagi. Namun kesilapan hujung tahun 2022, terlepas pandang, semua tulisan sejak tahun 2008 telah terpadam.
Keinginan untuk berkongsi semula panduan-panduan yang pernah saya tulis di mamadamia.com. semakin kuat menarik saya kembali ke bidang ini. Seolah menyedarkan minat saya yang telah dibiarkan begitu saja beberapa tahun ini.
Dengan pengalaman belasan tahun membuat website sendiri dan sedikit bantuan daripada anak mengajar mengenai you tube, Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan. Dalam masa sama saya mewujudkan website hobikreatif.com untuk berkongsi minat-minat saya yang lain, iaitu aktiviti seni. Saya wujudkan juga channel di youtube. Jum layari youtube hobikreatif untuk aktiviti terkini. Jangan lupa subscribe dan like.
Selain itu, saya berharap perniagaan ini dapat diteruskan oleh anak-anak terutama anak istimewa saya. Ajar ilmu perniagaan dan apabila telah bersedia, dia boleh meneruskannya. Saya nampak bidang pekerjaan ini sesuai untuk dia. Sebagai ibu saya cuba lakukan apa yang terbaik mengikut keperluan dia
Mamadamia.com
Memandangkan anak-anak telah dewasa, saya rasakan sudah masa untuk saya mulakan semula perniagaan saya. Produk-produk ini telah dijual sejak mamadamia dimulakan. Produk-produk seperti bengkung, barangan semasa berpantang dan beberapa barangan bayi. Saya amat mementingkan kualiti. Sila klik“Produk“ untuk melihat produk-produk yang tersedia.
Saya juga berbesar hati para pembaca melayari perkongsian di laman ini. Saya mewujudkan beberapa kategori untuk memudahkan pembacaan. Untuk teruskan pembacaan sila pilih mengikut kategori yang telah disenaraikan.
Terima kasih mengunjungi mamadamia.com. Di harap perkongsian ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada anda.
Selamat membaca!
Sharifah Nor Irma
Mama N Damia Enterprise (003572623-X)