Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

May 22, 2023March 13, 2024

Kos bersalin hospital swasta dan 7 tip pilih hospital

Apabila mengetahui sedang hamil, antara perkara yang difikirkan adalah hospital bersalin mana yang menjadi pilihan. Bersalin di hospital kerajaan atau di hospital swasta?

Seperti yang diketahui kos bersalin hospital swasta jauh lebih mahal berbanding hospital kerajaan. Ini kerana di hospital kerajaan kos-kos ditanggung oleh kerajaan, mengenakan sedikit bayaran sahaja kepada pesakit. Kos bersalin hospital swasta ditanggung oleh pesakit sepenuhnya. Andai memilih untuk bersalin di kos bersalin hospital swasta, dapatkan maklumat dan rancang sejak awal kehamilan.

Isi Kandungan

  • Perbandingan Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta
  • Peneraju hospital swasta di Malaysia
  • Prosedur bersalin hospital swasta
  • 7 tip pemilihan hospital bersalin
  • Kos bersalin hospital swasta
  • Senarai Hospital Bersalin Swasta
    • Lembah Kelang
    • Utara
    • Selatan
    • Timur
    • Sarawak dan Sabah

Perbandingan Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Apakah kebaikan hospital kerajaan dan apakah kebaikan hospital swasta. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kekurangan. Di bawah adalah perbandingan antara hospital kerajaan dan hospital swasta.

PerkaraKerajaanSwasta
KosMurah dan sebahagian besar kos ditanggung oleh kerajaanMahal dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pesakit
Waktu menungguWaktu menunggu yang lama terutama jika terdapat ramai pesakitWaktu menunggu tidak lama kerana hanya menerima pesakit yang terhad.
* Jika bayaran menggunakan pihak tertentu seperti insurans atau syarikat, ia mungkin menyebabkan masa menunggu lebih lama sehingga beberapa jam untuk dapat kelulusan.
Bilangan pesakitRamai pesakit dan sentiasa menerima pesakitTidak ramai dan mempunyai had untuk terima pesakit
KemudahanMempunyai peralatan dan kemudahan yang lengkap. Keselesaan bergantung kepada kelas wad yang diduduki Peralatan dan kelengkapan bergantung kepada hospital. Menyediakan kemudahan yang selesa.
Penerimaan pesakitMenerima semua pesakitPerlu membuat tempahan, deposit atau pengesahan bayaran pihak tertentu seperti insurans atau tempat bekerja sebelum menerima pesakit.
Pihak hospital mungkin menolak mereka yang berisiko tinggi

Kebanyakan mereka yang memilih bersalin di hospital swasta kerana ingin mendapat keselesaan dan layanan yang lebih baik, berpadanan dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Peneraju hospital swasta di Malaysia

Dalam tempoh sedekad yang lalu, sektor penjagaan kesihatan Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang besar dalam sektor penjagaan kesihatan swasta. Wujud pelbagai hospital swasta. Dengan pertambahan ini, mutu perkhidmatan menjadi semakin baik. Kini sektor ini menjadi salah satu industri pelancongan kesihatan iaitu pesakit dari luar negara datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan yang lebih murah berbanding di negara mereka sendiri.

Kumpulan peneraju hospital terbesar di negara ini ialah KPJ Healthcare Berhad, Columbia Asia Healthcare, IHH Healthcare, Ramsay Sime Darby Health Care dan Sunway Group Healthcare. Kos di rangkaian hospital ini lebih mahal kerana kemudahan, kelengkapan dan perkhidmatan kepakaran yang disediakan adalah lebih baik berbanding hospital swasta lain.

Selain hospital-hospital di atas terdapat hospital yang lebih kecil dan kos juga lebih murah. Ada yang dipanggil sebagai klinik bersalin kerana kemudahan yang tersedia tidak mencapai taraf hospital. Mereka menawarkan harga yang berpatutan. Klinik dan hospital ini menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai kewangan terhad untuk mendapatkan perkhidmatan swasta. Namun klinik begini hanya menerima mereka yang berisiko rendah seperti di bawah umur 40 tahun, tiada penyakit kencing manis, darah tinggi atau jantung, tiada sejarah bersalin secara pembedahan atau komplikasi-komplikasi lain.

Prosedur bersalin hospital swasta

Setiap hospital swasta mempunyai prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi sekiranya memilih untuk bersalin di tempat mereka. Di bawah adalah garis panduan, ia akan berbeza antara hospital-hospital. Untuk maklumat lebih tepat perlu hubungi hospital berkenaan.

  • Minimun bilangan pemeriksaan di hospital. Ada hospital menetapkan 3, ada menetapkan 5 pemeriksaan di hospital mereka
  • Tempahan awal. Contohnya mereka menetapkan perlu membuat tempahan sebelum minggu ke 34 kehamilan
  • Cara pembayaran. Biasanya menerima bayaran persendirian atau surat jaminan syarikat sahaja.
  • Bayaran deposit semasa membuat tempahan

7 tip pemilihan hospital bersalin

Kini pihak hospital swasta telah menyediakan pakej bersalin di hospital mereka. Ini memudahkan ibu untuk membuat pilihan berdasarkan harga yang ditetapkan. Dalam pada itu, perlu beringat, harga ini hanya mengambil kira kos normal. Jika berlaku komplikasi akan berlaku pertambahan kos.

Berikut adalah tip-tip memilih hospital swasta.

  1. Harga pakej bersalin dan apa yang ditawarkan pada harga berkenaan. Mungkin terdapat harga pakej berlainan untuk bayi. Ada pakej yang tidak termasuk penggunaan pakai buang, ujian makmal dan vaksin untuk bayi. Semak terlebih dahulu maklumat dan dapatkan jumlah keseluruhan.
  2. Pilihan doktor untuk ibu, obstretri dan ginekologi. Terdapat hospital yang mempunyai pilihan samada doktor perbidanan atau doktor pakar perbidanan. Caj yang dikenakan adalah berbeza. Anda boleh memilih kriteria jantina doktor. Ada ibu yang lebih selesa memilih doktor wanita sahaja.
  3. Pilihan doktor untuk bayi, pediatrik.
  4. Kemudahan dan kelengkapan hospital. Sekiranya ada masalah, adakah hospital berkenaan mempunyai kemudahan yang lengkap. Andai tidak pasti samada akan timbul komplikasi atau tidak, jika hospital tiada kemudahan, bertanya apakah prosedurnya sekiranya timbul komplikasi.
  5. Perkhidmatan keseluruhan hospital. Layanan doktor, jururawat dan bantuan diberi.
  6. Polisi hospital
  7. Hospital rakan bayi, iaitu hospital yang mengalakan penyusuan susu ibu. Ini memudahkan mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak hospital. Senarai hospital rakan bayi di sini.

Antara contoh pakej-pakej bersalin yang ditawarkan

kos bersalin hospital swasta
SUN maternity
Pakej bersalin

Kos bersalin hospital swasta

Kos bersalin hospital swasta berbeza mengikut hospital. Ia berbeza mengikut perkhidmatan, kemudahan dan kepakaran yang ditawarkan. Kos perlu ditanggung sepenuhnya oleh pesakit.

Purata kos bersalin hospital swasta adalah antara RM3,000 ke RM8,000 jika bersalin normal. Jika di klinik bersalin kos kurang dari RM2,000. Manakala kos pembedahan di hospital swasta adalah antara RM10,000 ke RM15,000. Selain kos bersalin, ambil kira juga kos pemeriksaan bulanan. Ia memerlukan antara RM100 ke RM300, atau mungkin lebih jika perlu lakukan ujian khas atau ambil ubatan tertentu.

Dibawah adalah senarai prosedur normal ketika kemasukan ke hospital dan bersalin. Semak apa yang disediakan dan jika tiada adakah dikenakan caj atau tidak.

  • Penginapan di bilik dengan makanan
  • Bilik bersalin/bilik pembedahan
  • Perkhidmatan kemasukan ke hospital, pemantauan rutin janin dan khidmat jururawat
  • Perkhidmatan di bilik bersalin termasuk pemantauan, penilaian dan rawatan.
  • Pemerhatian dan rawatan selepas bersalin.
  • Prosedur bersalin oleh doktor O&G.
  • Prosedur pemeriksaan dan pemantauan bayi oleh pediatrik.
  • Nurseri bayi
  • Vaksinasi bayi
  • Ujian makmal untuk saringan bayi baru lahir seperti G6PD, TSH dan ABO.
  • Ubat digunakan semasa kemasukan dan untuk dibawa pulang.
  • Peralatan pakai buang yang digunakan

Selain simpanan untuk kos bersalin, buat simpan untuk keperluan yang tidak dijangka. Kemungkinan anak mengalami masalah seperti jaundis atau lahir pramatang yang perlu tinggal lebih lama di hospital. Ini memerlukan kos tambahan.

Senarai Hospital Bersalin Swasta

Berikut adalah antara senarai hospital bersalin swasta. Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan Pusat Perubatan UM (PPUM) turut menyediakan perkhidmatan bersalin secara swasta.

Lembah Kelang

  • Columbia Asia, Petaling Jaya
  • Gleneagles Kuala Lumpur
  • Sunway Medical Centre
  • Thomson Hospital
  • Pantai Hospital Ampang
  • Subang Jaya Medical Centre
  • Prince Court Medical Centre
  • KPJ Tawakkal
  • KPJ Damansara Specialist
  • Hospital Pusrawi
  • Damai Service Hospital
  • UKM Specialist Centre
  • UM Specialist Centre

Utara

  • KPJ Perlis Specialist
  • Pantai Hospital Sungai Petani
  • Kedah Medical Centre, Alor Setar
  • Pantai Hospital Ipoh
  • Perak Community Specialist Hospital, Ipoh
  • KPJ Ipoh

Selatan

  • KPJ Seremban
  • Columbia Asia, Seremban
  • Pantai Hospital, Ayer Keroh
  • Mahkota Medical Centre
  • Gleneagles Hospital Medini, Johor
  • Columbia Asia, Iskandar Puteri
  • KPJ Johor Specialist
  • Kensington Green Specialist Centre

Timur

  • Kuantan Medical Centre
  • KPJ Pahang Specialist
  • Pahang Medical Centre
  • Kuala Terengganu Specialist Hospital
  • KMI Kuala Terengganu Medical Centre
  • KPJ Perdana Specialist

Sarawak dan Sabah

  • KPJ Kuching Specialist
  • KPJ Miri Specialist
  • KPJ Sibu Specialist
  • KPJ Sabah Specialist

Post navigation

Previous post
Next post

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel