Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

January 19, 2023August 21, 2023

Aqiqah Anak Pada Hari ke 7, Tanda Syukur

“Aisyah r.a berkata maksudnya :“Rasulullah s.a.w. mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ke 7, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala).”Hadis riwayat al-Hakim

Isi Kandungan

  • Hukum Aqiqah Anak
  • Hikmah Aqiqah Anak
  • Syarat Sah Aqiqah
  • Sunat-sunat Aqiqah
  • Bolehkah cukur rambut bayi sebelum penyembelihan?
  • Perlukah aqiqah anak yang telah meninggal?
  • Adakah masih boleh melakukan aqiqah ketika dewasa?

Hukum Aqiqah Anak

Hukum melakukan aqiqah atas kelahiran anak adalah sunat muakkad iaitu sebaik-sebaiknya dilakukan kerana menghampiri wajib. Namun jika dinazarkan, ia sudah bertukar menjadi ibadah yang wajib dilakukan. Aqiqah bermaksud rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian dari segi syarak ialah binatang yang disembelih sempena kelahiran anak. Ia adalah ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Aqiqah anak sunat dilakukan pada hari ke 7, mengikut sunnah nabi. Jika ada kekangan boleh lakukan pada hari ke 14 atau hari ke 21. Namun jika masih tidak dapat melakukannya pada hari berkenaan, boleh lakukan bila-bila masa sebelum anak akil baligh.

Untuk aqiqah anak lelaki, sunat disembelihkan dua ekor kambing. Tetapi boleh juga hanya dengan seekor kambing. Aqiqah anak perempuan cukup dengan sembelihan seekor kambing.

Aqiqah anak

“Diriwayatkan daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmizi)

Hikmah Aqiqah Anak

  • Menghebahkankan kelahiran anak
  • Tanda kesyukuran dengan kelahiran anak
  • Melindungi bayi daripada terkena penyakit dan gangguan syaitan.
  • Mengikut sunnah Nabi Rasullah s.a.w
  • Menyuburkan sifat pemurah dan membuang sifat kedekut
  • Mengeratkan hubungan persaudaraan dalam masyarakat
  • Kehidupan seorang bayi dimulakan dengan amalan yang baik dan mulia
  • Membiasakan berkorban bagi ibu dan ayah itu.

Syarat Sah Aqiqah

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Disembelih selepas kelahiran dan sunat dilakukan pada hari ketujuh atau bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
  • Tiada kecacatan pada binatang tersebut
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
BinatangUsia binatang
Kambing biri-biri1 tahun atau lebih
Kambing2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau2 tahun atau lebih
Unta5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah

Terdapat amalan-amalan sunat ketika melakukan aqiqah. Namun jika terdapat kekangan tidak dapat mengikut amalan sunat ini, tidak mengapa ditinggalkan. Mungkin tidak dapat melakukan pada hari ketujuh kelahiran, boleh lakukan pada hari lain.

  • Sunat penyembelihan dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran bayi
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik iaitu di waktu pagi
  • Berdoa dengan nama Allah ketika hendak menyembelih dan menyembut nama anak itu
  • Daging aqiqah digalakkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis. Daging aqiqah ini tidak digalakkan sedekah dalam keadaan mentah. Tujuannya agar anak yang diaqiqahkan mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik.
  • Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya.
  • Daging yang telah di masak diberikan kepada fakir miskin dan jiran, samada menjemput mereka datang ke rumah atau menghantar ke rumah-rumah mereka.
  • Disunatkan memakan sebahagian kecil masakan aqiqah ini sama seperti  sunat bagi mereka yang melakukan ibadah korban.
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.

Bolehkah cukur rambut bayi sebelum penyembelihan?

Sunat dilakukan aqiqah anak terlebih dahulu sebelum mencukur rambut bayi. Namun jika tidak berkemampuan boleh cukur rambut bayi sebelum aqiqah pada hari ke 7.

Perlukah aqiqah anak yang telah meninggal?

  • Janin yang gugur sebelum empat bulan, tidak disunatkan aqiqah ke atasnya
  • Janin yang gugur setelah empat bulan atau lebih mengandung, sunat dijalankan aqiqah ke atasnya.
  • Jika seorang anak dilahirkan kemudian meninggal dunia sebelum atau selepas hari ke 7 kelahirannya, sunatkan untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya

Adakah masih boleh melakukan aqiqah ketika dewasa?

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad namun bukanlah wajib. Hanya makruh meninggalkannya. Namun jika tiada kemampuan, ianya tidak jatuh makruh. Aqiqah hendaklah menggunakan harta ayah atau datuknya. Tetapi andai anak itu telah balight dan tidak sempat diaqiqahkan, anak tersebut boleh aqiqahkan dirinya sendiri. Oleh itu sunat bagi dirinya melakukan aqiqah jika berkemampuan. Jika tidak berkemampuan, tidak perlu lakukan aqiqah.

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel