Skip to content
Mamadamia Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

  • Home
  • Produk
    • Bengkung
    • NR (Nona Roguy)
    • Produk bersalin
  • Blog
    • Anak
    • Ibu dan ayah
    • Makanan Sihat
  • Mengenai Kami
0
Mamadamia
Mamadamia.com

Versatile dengan Mama N Damia

November 18, 2022August 21, 2023

Amalan Semasa Mengandung Bentuk Anak Soleh, penyejuk mata

Apa amalan semasa mengandung? Selain persiapan-persiapan secara fizikal, apa amalan menurut Islam yang boleh dibuat?

Dalam islam mendidik anak telah bermula sebelum anak lahir. Ibu dan ayah melakukan persediaan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Kedua pihak ibu dan ayah saling memainkan peranan, bukan tertumpu kepada satu pihak sahaja. Amalan semasa mengandung penting dalam membentuk anak yang berakhlak baik dan mudah dijaga. Seringkali perkara ini dilupakan

Isi kandungan

  • Membaca ayat-ayat Al-Quran dan zikir
    • Ayat atau surah amalan ibu mengandung
    • Amalan zikir Asmaul Husna semasa mengandung
  • Amalan-amalan semasa mengandung yang lain
  • Peranan suami semasa isteri mengandung
    • Layanan suami terhadap isteri
  • Adab dengan masyarakat dan binatang

Membaca ayat-ayat Al-Quran dan zikir

Amalan yang boleh dibuat adalah membaca ayat-ayat Al-Quran. Amalan semasa mengandung ini dapat membentuk anak soleh. Sebaiknya amalkan membaca secara harian dan cuba khatam Al-Quran sebelum bersalin. Tetapkan masa dalam sehari berapa muka surat ingin dibaca. Ada masa lebih kurang 8 ke 9 bulan. Jadi letakkan sasaran sehari membaca 4 muka surat Al-Quran. Dalam masa 5 ke 6 bulan sudah boleh khatam membacanya.

Dalam masa yang sama boleh amalkan membaca surah-surah tertentu yang khas untuk anak.

Ayat atau surah amalan ibu mengandung

  • Surah Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Surah At-taubah – membersihkan jiwa dan memelihara dari maksiat
  • Ayat 78 Surah An-Nahl – untuk melahirkan yang berakhlak mulia
  • Ayat 189 Surah Al-A’raf – untuk mendapat anak yang soleh
  • Surah Mariam – untuk mendapat anak yang taat dan soleh serta mudah bersalin
  • Surah Yusuf – unutuk mendapat anak yang cantik rupa paras dan akhlak.
  • Surah Luqman – untuk mendapat anak yang cerdik.

Muat turun Al-Quran dalam telefon bimbit. Mudah baca Al-Quran bila-bila masa. Boleh muat turun apps di portal rasmi Jakim ini.

Amalan zikir Asmaul Husna semasa mengandung

ZikirMaksudDoa
Ya ‘Alim
Ya Hakim
Ya Rashid
Mengetahui
Bijaksana
Pandai
Memohon anak menjadi bijak, pandai dan cerdas fikiran
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
Penjaga
Pelindung
Memohon keselamatan dan kesejahteraan anak
Ya Halim
Ya Hamid
Penyantun
Terpuji
Memohon anak menjadi seorang yang bersopan santun,
memiliki sifat baik dan terpuji
Ya Nur
Ya Hadi
Ya Haq
Bercahaya
Petunjuk
Benar
Memohon anak diberi cahaya hidayah dan petunjuk ke
jalan yang benar
Ya Latiff KelembutanMemohon kelembutan kepada anak, tidak keras hati.
Ya SalamSejahteraMemohon keamanan dan kesejahteraan anak

Amalan-amalan semasa mengandung yang lain

  • Perbanyakkan puasa sunat. Jika ibu tidak larat tidak perlu lakukannya. Ayah boleh lakukannya.
  • Lakukan sembahyang sunat
  • Sentiasa mohon doa agar diberikan anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang sihat serta cergas tubuh badan.
  • Bersedekah
  • Melakukan kebaikan kepada masyarakat
  • Menjaga adab

Peranan suami semasa isteri mengandung

Emosi isteri semasa mengandung jadi tidak menentu. Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ada juga yang mengalami alahan yang teruk. Semua ini jika tidak dijaga memberi kesan kepada anak yang dikandung. Ia boleh mengganggu pembentukan bayi dalam kandungan.

Layanan suami terhadap isteri

Ketika ini suami perlu bersabar dan cuba melayan isteri sebaiknya. Andai kata si suami yang mengandung saya percaya ramai yang tidak dapat menanggungnya. Nampak si isteri bersahaja membawa badan. Sedangkan berat sebenarnya nak menanggung ketidakselesaan, kesakitan dan perubahan-perubahan yang berlaku. Pergerakan menjadi terbatas. Ada juga tiba-tiba dapat penyakit kerana mengandung. Perlu ambil ubat. Alahan-alahan dan pelbagai lagi, berbeza-beza mengikut ibu mengandung.

Suami layanlah isteri dengan baik. Jangan dimarahi tanpa sebab. Walau salah, tegur secara baik dan berhemah. Berkomunikasi dengan baik. Berlaku ketidakpuasan hati berbincang cara baik. Layanan yang baik, emosi isteri akan stabil. Ini memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Jika isteri dalam keadaan emosi yang tidak stabil, bayi yang lahir mungkin akan mempunyai emosi yang tidak stabil. Kerap menangis dan susah dijaga.

Dalam masa sama, isteri cuba kawal emosi. Usah terlalu melayan perasaan secara berlebihan. Ingatlah emosi kita akan mempengaruhi anak yang bakal lahir. Jangan terlalu bebankan suami.

Adab dengan masyarakat dan binatang

Jaga adab dan pergaulan dengan masyarakat. Begitu juga terhadap haiwan, jangan dikasari tanpa sebab. Didikan anak telah bermula semenjak dalam perut lagi. Andai ada orang yang terhiris hati dengan perbuatan kita, dan akan mendoakan perkara yang tidak baik. Dalam ramai-ramai mungkin ada dikabulkan doanya. Pasti kita ingin dapatkan doa yang baik-baik.

Pernah saya mendengar cerita benar mengenai adiknya. Ayahnya suka memancing secara berlebihan semasa ibunya sedang mengandung adiknya. Memancing untuk keperluan makan tidak mengapa. Tetapi ini sekadar hobi dan secara berlebihan. Ditakdirkan anak dilahirkan cacat dan sangat suka dengan air. Seolah-olah menjadi ikan. Orang tua zaman dulu sering melarang melakukan perkara yang pelik dan tidak beradab, mungkin ini lah sebabnya. Mereka mengajar sentiasa berbuat baik.

Amalan semasa mengandung ini selain mengamalkan bacaan Al-Quran, perbanyakan puasa dan sembahyang sunat, jagalah adab dan akhlak. Berkomunikasi dengan baik suami dan isteri, ini asas utamanya.

Amalan selepas anak dilahirkan, bacaan di sini

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Kategori Produk

  • Bengkung bersalinBengkung44 products
  • Nona RoguyNR (Nona Roguy)88 products
  • Produk BersalinProduk bersalin44 products

Kategori Blog

Bayi dan anak
Anak
Panduan ibu dan ayah
Ibu dan ayah
Makanan Sihat
Makanan Sihat

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Product

Blog

Terms and Conditions

Privacy Policy

Cookie Policy

Shipping Policy

Contact Us

About Us

©2024 Mamadamia.com | WordPress Theme by SuperbThemes
Cleantalk Pixel