Diabetes Ibu Hamil

Ada ibu mengalami diabetes ketika hamil sedangkan semasa tidak hamil tidak mengalaminya.

Terdapat 3 jenis diabetes iaitu tahap 1, tahap 2 atau gestational. Gestational hanya berlaku ketika hamil. Biasanya tiada tanda tertentu yang boleh dipantau. Perlu membuat pemeriksaan untuk pastikan ada diabsetes atau tidak antara minggu ke 24 ke 28 hamil.

Ketika hamil, badan menghasilkan glukosa untuk bayi yang disalurkan melalui uri. Uri pula akan menghasilkan hormon tertentu untuk membantu pembesaran bayi. Hormon ini menyebabkan badan sukar menggunakan insulin. Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak hormon anti insulin, ia akan menghalang aliran glukosa dari aliran darah ke sel. Pankreas pula tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup yang menyebabkan terlalu banyak glukosa dalam darah.

Risiko ibu hamil alami diabetes

  • mempunyai sejarah ahli keluarga alami diabetes
  • pernah bersalin bayi pra matang atau bayi terlalu berat melebihi 4.5 kg
  • badan gemuk
  • Berumur lebih 25 tahun

Kesan diabetes kepada bayi.

Akan memberi kesan kepada perkembangan saiz bayi. Jika terlalu tinggi, bayi akan mendapat terlebih khasiat dan bayi terlebih besar. Ini boleh menyebabkan bayi gemuk atau dikenali mascromia. Bayi akan membentuk lemak di bahu dan bolej menyebabkan kesukaran untuk bersalin normal. Bayi juga akan mengalami kandungan gula dalam darah yang rendah, kemungkinan bayi juga alami diabetes tahap 2 di kemudian harinya atau alami demam kuning.

Kesan diabetes pada ibu

Ibu mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan, alami tekanan darah tinggi dan bengkak tangan dan kaki, jangkitan saluran kencing dan mengalami diabetes ketika semakin berumur.Akan alaminya diabetes untuk kehamilan seterusnya.

Jika anda alami diabetes, ibu hamil boleh kawalnya pemakanan, tahap aktiviti, insulin dan stres. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Perlu periksa glukosa dalam darah mengikut yang disarankan oleh doktor anda dengan membuat ujian glukosa.

Untuk memastikan bayi sihat, sepanjang hamil boleh lakukan beberapa ujian

  • ujian ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa perkembangan bayi.
  • ujian alpha-fetoprotein untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan dalam hati bayi.
  • amniocentesis – ujian mengambil cecair amniotic (cecair di sekeliling bayi). Penting untuk tentukan paru-paru bayi matang jika terpaksa bersalin awal
  • ujian anti stress – merekod denyutan jantung bayi untuk memeriksa kesihatan bayi di akhir hamil. Sejenis alat akan diletak di perut ibu
  • pemantauan terhadap bayi semasa bersalin. Membuat pemeriksaan denyutan jantung bayi untuk mengesan jika terdapat tanda stres

Tip beli baju hamil

Hamil tidak bermakan tidak boleh kelihatan menarik.Ibu hamil juga ingin kelihatan menarik dengan memakai baju hamil yang sesuai.

Semasa hamil anak sulung, banyak beli baju hamil di butik pakaian ibu hamil. Pilihan ketika itu agak kurang dan harganya agak mahal. Namun sekarang pilihan semakin banyak dan harga berpatutan. Dahulu sukar untuk cari baju hamil untuk muslimah, berlengan panjang. Saya beli dress tanpa lengan, kemudian padankan dengan baju berlengan panjang di dalam. Ada tidak cukup labuh. Saya tinggi. Jadi bila perut makin membesar kain jadi singkat.

Ada tip kata cukup 3 pasang baju sahaja. Adakah anda ingin memakai baju yang sama selang beberapa hari. Jika tiada masalah, anda boleh teruskan. Namun biasanya naluri perempuan ingin kelihatan cantik dan jika pakai baju yang sama boleh mempengaruhi mood kita terutama yang bekerja. Pagi-pagi dah termenung depan almari pilih mana baju hamil nak pakai hari ini. Rasa kurang yakin, terasa orang akan kata asyik baju sama walaupun sebenarnya orang tak kata pun!;)

Tip-tip untuk berjimat beli baju hamil

  • padan dan suai beberapa helai pakaian anda. Contohnya ada 2 helai seluar panjang, skirt, baju dress, jaket atau skaf/pashmina berwarna plain dan 2 blaus. Jadi suai padankan untuk mendapat pelbagai gaya. Boleh pakai dress sahaja atau dipadankan dengan jaket atau skaf. Atau blaus padan dengan seluar atau skirt.
  • beli pakaian yang masih boleh digunakan selepas bersalin kelak. Contohnya seluar atau skirt yang mempunyai jerut dipinggang. selepas bersalin, kecilkan pinggang dan masih boleh digunakan.
  • pakai baju sedia ada. Beli sangkut yang boleh menyambung seluar atau kain anda. Untuk mereka yang memakai baju kurung pesak, baju ini biasanya agak besar. Ibu hamil masih boleh memakainya, Cuma perlu tambah penyambung kain agar kain masih boleh dipakai

Belly Belt

  • pinjam baju kawan atau adik-beradik anda.
  • pakaian di rumah, mungkin boleh pakai saja baju suami anda yang berbadan besar. Aha, saya pernah pakai baju suami, nanti anak saya tanya kenapa mama pakai baju daddy.

Pilihan untuk baju hamil  www.mamadamia.com

Simpanan Untuk Masa Hadapan Anak

Umph ramai tak di luar sana terfikir simpanan untuk anak-anak? Jika anda terfikir dan membuat simpanan masa depan anak-anak ia tindakan yang bijak. Topik kali ni adalah rancangan untuk masa hadapan anak-anak.

Kini semuanya memerlukan wang. Contohnya untuk melanjutkan pelajaran anak. Ketika zaman saya dahulu hanya memerlukan RM16 ribu untuk mendapatkan ijazah di universiti tempatan. Dan ketika itu dengan mudah saya mendapat bantuan pinjaman mudah alih (ke biasiswa) daripada badan kerajaan. Selepas habis belajar saya dapat tukar ke biasiswa. Jadi selepas belajar saya tiada bayaran bulanan yang perlu dijelaskan. Sekarang jumlah yuran agak mahal. Boleh buat pinjaman namun kemudian setiap bulan selepas tamat belajar akan dibebankan pula untuk membayar hutang pinjaman. Bayangkan 10 ke 20 tahun dari sekarang, tentu sekali jumlah yuran yang perlu dibayar berlipat kali ganda dari sekarang.

Tidak semestinya juga untuk melanjutkan pelajaran anak-anak, jika anak-anak tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh dijadikan modal untuk memajukan diri seperti modal perniagaan. Atau mungkin untuk kenduri kahwin anak jika anda sudah memikirkan untuk membuatnya secara besar-besaran!:p

Bentuk simpanan? Terdapat pelbagai simpanan yang boleh dibuat seperti simpanan di bank, insurans, tabung haji, amanah saham atau di syarikat/badan-badan yang boleh dipercayai untuk menyimpan. Jangan simpan bawah bantal sudah le. Dan perlu berdispiln tidak mengeluarkan duit berkenaan jika simpanan melalui bank atau badan seperti tabung haji. Jika anda mengetahui mengenai cara simpanan yang memberikan keuntungan yang lebih dengan membuat perbandingan, jumlah yang anda simpan akan lebih banyak. Cuma untuk umat Islam perlu ambil kira juga halal haram.

Simpanan bergantung pada kemampuan ibu bapa. Jika simpanan melalui bank yang boleh dibuat mengikut kemampuan tidak menjadi masalah. Namun untuk simpanan dengan pihak seperti insurans yang mana kita telah tetapkan berapa simpanan setahun, perlu berhati-hati. Kadang kala kita terpengaruh dengan pihak tertentu untuk menyimpan sekian banyak namun tidak mampu. Contohnya dengan pihak insurans mereka mempunyai peraturan tidak boleh mengeluarkan dalam tempoh tertentu. Jika keluar wang berkenaan sebelum tempohnya kita tidak akan dapat semula wang simpanan atau hanya dapat beberapa peratus sahaja dari simpanan. Tentu merugikan jika simpanan dibuat kemudian tidak mampu meneruskannya.

Saya membuat simpanan untuk setiap anak-anak saya di Tabung Haji dan insurans. Dalam tempoh setahun usia anak saya akan buka akaun Tabung Haji, kemudian saya akan ambil polisi insurans pula. Jika mereka dapat duit contohnya duit raya, saya simpan di Tabung Haji. Saya juga akan tambah secara bulanan. Selain untuk tujuan masa hadapan anak-anak, saya memikirkan jika terjadi sesuatu pada saya atau suami, mereka ada duit untuk meneruskan hidup mereka.

Untuk mereka yang belum mempunyai simpanan untuk anak-anak, mula fikirkannya dan ambil tindakan segera!