Mengenai kami


Kami telah memulakan perniagaan secara talian bermula tahun 2006. Produk kami terdiri dari produk tradisional keperluan untuk ibu dan bayi.

Penjagaan ibu dalam pantang  bersalin penting bagi memulihkan badan dan kembali sihat serta langsing. Pengamalan cara yang betul akan memberi kesan yang baik. Gunakan produk yang bermutu tinggi dan dipercayai ramai. Sebenarnya dengan amalan yang betul ianya menjimatkan di masa hadapan. Tidak perlu membuang duit untuk produk pelangsingan atau ke spa.

Produk tradisional warisan melayu bagi penjagaan ibu dalam pantang semakin diiktiraf di negara-negara lain termasuk di negara barat.  Contohnya amalan pantang masyarakat melayu telah dibawa ke Amerika Syarikat dan ianya bukan diperkenalkan oleh orang Malaysia tetapi "mat saleh" yang asalnya seorang rakyat Amerika. Beliau pernah menetap di Malaysia dan dapati cara pantang orang melayu sangat berkesan dan bagus untuk kesihatan ibu selepas bersalin. Boleh rujuk facebook beliau di link ini. Adalah rugi jika kita tidak mengamalkan penjagaan diri ini kerana ingin mengikut cara barat. Sebaliknya orang barat yang telah mencuba cara kita pula yang mengamalkannya.


Namun pastikan produk yang digunakan adalah produk yang asli dan mematuhi syarat Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yang salah dan dicampur bahan terlarang hanya membawa mudarat. Amalkan cara pantang yang betul. Untuk amalan cara berpantang dan pelbagai tip lain sila layari blog kami iaitu www.mamadamia.com/blog.


Selain itu, kami turut menjual pelbagai produk lain untuk ibu dan anak. Sila layari website kami untuk produk kami


Powered By OpenCart
Mamadamia © 2019