Pulut Mangga Bayu Kelulut

Pulut Mangga Bayu Kelulut

Hari ni dok teringat Pulut Lemak! masa kecik kecik bila balik jumpa arwah tok saya di belah Perlis, pagi pagi mesti pekena pulut Mangga Harum Manis, memang terliur teringat masa tu, kali ini saya adaptasi resepi pulut mangga ni buat kek keju dengan gabungan Madu Kelulut, bukan saja berkhasiat tapi kalau digabungkan dalam resepi harian kita memang mantap - Che Kasdi

Bahan yang diperlukan :

Bahan A
2 cawan beras pulut
2 cawan air
20 gram butter

Bahan B
90 gram gula kastor
259 gram cream cheese
2 biji telur
60 ml santan pekat
200 gram pulut yg dikukus-Bahan A
2 gram garam

Bahan C
2 biji Mangga yang ranum
8 sudu besar Madu Kelulut Bayu
2 helai daun limau purut, rancik halus

Cara penyediaan :

1. Cuci beras pulut seperti kita cuci nasi, masukkan air, butter dan kukus di dalam loyang sehingga masak.

2. Dalam satu kek mixer atau 'bowl', pukul telur dan gula, sehingga sebati, kemudian masukkan santan, garam dan cream cheese, kacau hingga sebati.

3. Kemudian masukkan pulut yg dikukus tadi, dan kacau perlahan lahan mengunakan senduk, jangan sampai pukut hancur.

4. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang, kemudian kukus selama 45 minit hingga 1 jam, atau sehingga masak, selepas masak, simpan dalam peti sejuk sehingga kek kental.

5. Untuk salsa mangga, kupas mangga dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda. Masukkan Madu Kelulut dan hirisan daun limau purut yg dirancik dan kacau. Hidangkan salsa mangga dengan kek keju tadi, memang yummmm

Selamat Mencuba!