About Mama N Damia

Selamat datang ke blog Mama N Damia @ www.mamadamia.com

Ketika mengandung danĀ  bersalin anak sulung, anak kembar, sukar mencari maklumat mengenai keibubapaan di internet. Jadi ketika memulakan perniagaan pada tahun 2006, saya tekad untuk menulis pelbagai artikel mengenai kekeluargaan, tip bersalin, berpantang, penyusuan dan bayi.

Saya gemar membaca, jadi saya kongsikan juga di sini. Pembacaan penting untuk menambah pengetahuan dan cara mendidik anak-anak terutama anak-anak zaman sekarang yang pintar :).

Artikel-artikel diambil dari buku, majalah dan juga pengalaman peribadi. Saya juga amat beruntung mempunyai pengalaman mengandung anak kembar. Pengalaman setiap kali mengandung, bersalin dan penjagaan anak-anak ada yang berbeza. Ini semua turut saya kongsikan di sini.

Kini saya telah mempunyai 5 orang anak, permata hati saya. Kerana mereka, saya sanggup berhenti kerja beberapa tahun dulu, untuk tumpu perhatian mendidik mereka. Alhamdulillah rezeki saya tetap ada di bidang perniagaan dan anak-anak membesar depan mata.

Blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk berkongsi tip dan pengalaman yang akan memberi manfaat buat semua.Sebagai peringatan, blog ini tidak boleh disalahguna dan menggunakan perkataaan tidak sopan.

 

Sharifah Nor Irma

Mama N Damia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *