Archives

Makanan seimbang

Makanan Seimbang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda menghargai badan anda? Jika ya, alhamdulillah. Anda seorang yang mengambil berat tentang kesihatan dan penampilan agar sentiasa sihat dan cergas.

Seseorang yang tidak menjaga kesihatan, anda telah abaikan anggota badan yang sangat berharga. Kerana sejak lahir dimilikinya, terasa kurang menghargainya.

Jika ada orang ingin membeli mata atau tangan anda, inginkah anda menjualnya? Tiada nilai harga yang layak untuk anggota badan anda.

Hargai badan dengan pemakanan yang sihat dan seimbang.

  • Pembahagian makanan seimbang di pinggan

– 1/4 nasi, 1/4 berdaging, 1/4 sayur & 1/4 buah

  •  Makan pada waktunya. Makan pada waktu juga dapat mengelak makan berlebihan, terutama makan ketika lapar.
  •  Bersenam seperti disarankan. Jaga jantung anda selain mengeluarkan peluh dan toksin dari badan.

Punca penyakit berpunca dari pemakanan dan kurang aktiviti bersenam. Ramai yang kembali pulih apabila memperbaiki pemakanan dan bersenam.

Nampak mudah tetapi sukar dilakukan. Sering dengar, nak jaga kesihatan, nak bersenam, nak kuruskan badan… tetapi sekadar di mulut.

Jum mulakan sekarang.

Displinkan diri dan konsisten lakukan.

Motivasinya… bayangkan badan dan kesihatan yang anda impikan.

Niat… kerana Allah s.w.t

Makanan trimester pertama mengandung bagi ibu Darah AB

Tip untuk ibu mengandung jenis darah AB semasa trimester pertama mengandung.

Jenis darah AB mungkin mempunyai level asid dalam perut yang rendah yang boleh menyebabkan masalah penghadaman di awal mengandung.

Untuk elak masalah pedih ulu hati dan morning sickness boleh cuba tip ini

– kurangkan makanan berdaging, ambil dalam kuantiti yang sedikit
– elak minuman berkarbonat seperti soda.
– minum teh chamomile dapat membantu mengurangkan morning sickness.
– minum 1/2 jam sebelum atau selepas makan.

Makanan trimester pertama mengandung bagi ibu Darah B

Tip untuk ibu mengandung jenis darah B untuk trimester pertama mengandung

Jenis darah B tidak menghadapi masalah penghadaman asalkan makan makanan yang betul.

– makan pelahan-lahan dan kunyah sehingga hancur
– elak makanan berasid seperti oren, asam jawa dan strawberi
– elak kopi , coklat, mint dan gula-gula
– elak gandum dan tenusu
– selepas makan jangan terus baring
– jika ingin ambil barang, jangan bongkok tetapi bengkok lutut.
– minum 1/2 jam sebelum atau selepas makan.
– elak bau atau melihat makanan yang tidak memualkan
– boleh lakukan senaman ringkas yang sesuai

Makanan trimester pertama mengandung bagi ibu Darah A

Tip untuk trimester pertama mengandung bagi ibu jenis darah A

Mereka darah A mempunyai level asid dalam perut yang rendah yang mungkin menyebabkan masalah penghadaman di awal mengandung. Untuk elak masalah pedih ulu hati dan morning sickness boleh cuba tip ini

– elak makanan berdaging, yang memerlukan tahap enzim penghadaman yang tinggi
– elak minuman berkarbonat seperti soda.
– ambil makanan asas soya dan ikan
– minum 1/2 jam sebelum atau selepas makan.

Makanan trimester pertama mengandung bagi ibu Darah O

Semalam baca semula buku Eat right for your baby, teringin saya share sedikit tip untuk ibu mengandung. Buku ini ditulis mengikut trimester bagi semua jenis darah. Mungkin dengan amal sedikit tip ini, memudahkan berpuasa.

Tip untuk trimester pertama mengandung bagi ibu darah O, trimester yang ramainya alami loya dan muntah. Untuk atasi atau kurangkan pedih ulu hati dan morning sickness boleh cuba tip di bawah.

– makan pelahan-lahan dan kunyah sehingga hancur
– elak makanan berasid seperti oren, asam jawa dan strawberi
– elak kopi , coklat, gula-gula
– elak gandum dan tenusu
– selepas makan jangan terus baring
– jika ingin ambil barang, jangan bongkok tetapi bengkok lutut.
– jangan minum semasa makan
– elak bau atau melihat makanan yang tidak memualkan
– boleh lakukan senaman ringkas yang sesuai

Trimester pertama mengandung agak mencabar, moga dengan tip ini mengurangkan masalah biasa dialami oleh ibu mengandung

Makanan serasi

Kenapa ada makanan serasi dengan seseorang, namun tidak serasi dengan kita. Jika menurut Peter Adamo dalam bukunya “Eat right for your blood”, pemakanan adalah mengikut darah. Untuk ibu hamil dan menyusu boleh dapatkan buku Eat Right for Your Baby.

Jenis darah mempengaruhi apa jenis makanan yang sesuai. Jika makanan serasi, tidak timbul masalah. Jika jenis darah tidak sesuai dengan makanan, akan menyebabkan alahan atau timbul masalah.

Contohnya darah O mempunyai tahap asid yang tinggi dalam perut. Jika dipermulaan mengandung untuk mengurangkan masalah pedih ulu hati, muntah dan morning sickness jadi kena elak makanan berasid. Ummm makanan biasa diambil untuk hilang loya, rupanya memburukkan keadaan.

Banyak makanan dilarang makan kerana ada individu yang makan alami alahan sedangkan ada individu lain tiada masalah. Jadi semua orang tidak boleh makan. Atau ada makanan selesaikan masalah rupanya penyebab masalah pula pada kita. Mungkin dengan mencuba makanan ikut jenis darah ini dapat membantu mencari makanan serasi dengan kita.

Amalan makanan semasa berpantang

Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.

Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalam kuantiti yang sedikit.

Namun makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan pari atau ikan cencaru tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.

Makanan yang sihat adalah makanan kurang minyak dan tidak pedas. Kerana itu biasanya makanan ibu dalam pantang dibakar atau direbus.

Amalan dalam pantang bersalin, melarang minum air terlalu banyak dalam satu masa. Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum.

Minum terlalu banyak sekali minum, terutama minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Tanda bayi mungkin alami sensitif atau alahan susu ibu

Sensitif atau alahan susu ibu pada makanan ibu akan menyebabkan bayi alami kembung, kerap menangis, enggan menyusu susu ibu dan tidak suka dipeluk atau dimanjakan, resah, terlalu aktif, berjalan awal, masalah tidur, masalah penghadaman dan ruam merah di alat sulit.

Tanda lain sensitif atau alahan susu ibu termasuk mata bengkak dan terdapat lingkaran keliling mata atau garisan di bawah mata, kerap alami jangkitan pada telinga. Jangkitan telinga ini biasa disebabkan alahan pada tenusu.

Bayi yang alami masalah tidur dan kerap bangun di waktu malam biasanya disebabkan oleh samada perutnya kecil jadi perlu minum kerap atau simpanan susu ibu sedikit jadi bayi perlu kerap minum atau bayi sedang membesar dan perlukan lebih banyak susu atau pengeluaran susu ibu sedikit. Sebab lain mengapa bayi tidak tidur ialah kerana sensitif atau alahan susu ibu pada makanan ibu.

Untuk atasi masalah ini, cuba elak ambil makanan penyebab alahan seperti produk tenusu, daging, ikan dan kacang. Elak makan 1 jenis sehari dan perhatikan perubahan pada bayi. Jika ada perubahan bayi semakin baik, bermakna makanan itu yang memberi kesan pada bayi. Cuba satu persatu sehingga mengetahui mana yang memberi kesan alahan pada bayi.

 

Promosi di Mama N Damia sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mamadamia.com

Bayi kembung perut menyusu susu ibu?

Bayi kembung perut atau colic, semua ibu pasti risau. Bayi pasti menangis kuat, menendang-nendang dan dengan jelas tidak selesa kerana alami kembung perut. Selalu dengar bayi menyusu susu ibu tidak alami kembung. Tetapi sebenarnya akan berlaku kembung perut juga

Apa puncanya kembung perut bayi ini?

Penyebab utama kembung perut, bayi lahir terus diberikan susu lembu. Sepatutnya berikan susu ibu yang mengandungi kolostrum sebagai pelindung usus. Pastikan bayi mendapat susu anda dahulu untuk melindungi usus.

Penyebab kedua kembung perut , rasa sensitif bayi ketika dalam rahim akibat diet ibu ketika ini. jadi perlu jaga diet ketika hamil.

Makanan diambil ketika menyusu. Ada ibu yang makan makanan tertentu akan alami angin atau alergi. Ada pendapat kata ini akan boleh sebabkan masalah pada bayi. Ada betul, ada tidak betul. Sebagai langkah selamat, cuba elak makanan ini sehingga anda rasa selamat untuk makannya. Biasanya kobis, bunga kobis, sayuran kekacang dan bawang. Boleh cuba ambil, tetapi jika nampak kesan tidak elok, hentikan.

Bayi mungkin mendapat terlebih foremilk. Foremilk mengandungi gula semulajadi, vitamin, protein, mineral dan air, tetapi tidak cukup lemak. Hindmilk, susu selepas foremilk baru mengandungi lemak. Hindmilk akan mengenyangkan bayi. Jika terlebih foremilk, maknanya terlebih manis menyebabkab perut bayi tidak selesa. Bayi juga akan cepat lapar. Pastikan bayi menyusu sebelah payudara sehingga susu habis sebelum tukar ke sebelah. Jika bayi masih lapar baru tukar ke sebelah.

Jika masih ada masalah, ibu perlu elak ambil gula atau elak minuman berkafein seperti kopi. Ini termasuk gula semulajadi seperti gula tebu, madu, sirap maple, malt, sirap jagung. Anda boleh Nampak kesan segera bila elak ini. boleh ambil, tetapi dalam jumlah kecil.

Atau bayi mungkin ada penyakit gastroesophageal reflux (GERD). Penyakit ini menyebabkan bayi alami pedih ulu hati. Bayi akan kerap muntah.

Tawaran istimewa Breast Pump Spectra

  • Spectra 3 RM388 lepas diskaun RM310.40
  • Spectra Dew 300 RM438 lepas diskaun RM350.40
  • Spectra Dew 350 RM548 lepas diskaun RM438.40

Sila layari www.mamadamia.com

Jaga pantang bersalin dan lepas habis pantang

Para ibu, adakah anda jaga atau tidak semasa dalam pantang bersalin? Ada orang tidak jaga sebab lihat mereka yang tidak jaga pantang sihat.  Golongan muda jarang ambil berat tentang perkara ini. Termasuk saya juga masa bersalin anak sulung. Mujur mak saya ada. Kerap kena tegur. Rasa sihat, jadi tak kisah sangat. Bila kena tegur, kena le buat juga. Bertungku, bertangas, bengkung, berurut dan amal herba.

Lepas berhenti kerja dan cebur bisness berkaitan bersalin & berpantang ni, banyak ilmu dapat. Syukur mak saya ada, jaga masa pantang dan tak banyak masalah sekarang. Ada pelanggan saya datang mengadu sakit badan, masuk angin sebab tak jaga pantang. Dah masuk anak ke-3 ke atas (ada baru masuk anak ke-2), mula rasa badan tak sebab itu tak sedap ini. Bayangkan badan kita alami perubahan 9 bulan, tetiba berubah pula selepas bersalin dan kita abaikan saja. Kesannya tak dirasai serta merta. Bila makin berumur (belum tua),  rasa sakit sendi, banyak angin dan ada dah alami lemah tenaga batin (bukan laki saja yang kena!)

Jadi jagalah pantang bersalin kita. Amalan turun temurun kita mempunyai kebaikan. Namun pastikan cara yang betul. Dapatkan maklumat yang betul. Sebab ada juga amalan yang buruk.

Amalan ini sebaiknya berterusan walau dah habis pantang.

Saya ingin kongsi amalan selepas berpantang dengan produk NR (Nona Roguy). Banyak produk lain dipasaran boleh digunakan. Saya amalkan produk NR (Nona Roguy), jadi saya kongsi di sini.

Untuk proses pembersihan badan, amal minum Akar Herbanika Nona Roguy setiap hari. Kemudian amalkan samada Phytonatal, Phytocleanse atau Phytocleanse Plus mengikut keperluan badan. Amalan ini dapat membuang lemak berlebihan dan toksin dalam badan. Ini juga satu cara untuk menurunkan berat badan. Badan terasa sihat.

Untuk membantu kesegaran dalaman badan, amalkan Madu Tenaga Segar Nona Roguy dan Madu Nona Harmonis Nona Roguy. Madu Nona Harmonis ini bagus untuk para isteri dan mereka yang telah berumur 35 tahun ke atas. Untuk ibu lepas bersalin, mampu membantu merapatkan saluran faraj dan memperbaiki hubungan suami isteri. Untuk amal produk ini, perlu lakukan proses pembersihan badan terlebih dahulu.

Secara luaran, boleh bersihkan badan setiap hari dengan Sabun Dhia. Untuk atasi masalah keputihan boleh guna Barragel. Cuci alat sulit selepas setiap kali buang air. Barragel juga boleh digunakan untuk mereka yang alami masalah kulit. Boleh guna seperti sabun.

Untuk maklumat lanjut produk ini boleh layari www.nonaku.com atau www.mamadamia.com