Tip Bersalin dan Berpantang

Kesan tak jaga pantang

Ramai antara kita, ibu kitalah orang yang banyak bentuk kita. Sama juga saya. Nak update blog ni teringat arwah mama. Teringat masa pantang dulu. Disebabkan arwah mama, saya terpaksa jaga pantang. Kesannya mengubah keseluruhan hidup saya. Macamana saya boleh lompat dari dunia seorang akauntan ke dunia jaga orang pantang pula. Terjun dari dunia yang sangat… Read More Kesan tak jaga pantang

Tip Bersalin dan Berpantang

Panduan pantang bersalin secara pembedahan

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih lama berbanding bersalin normal.  Mudah ketika bersalin, tidak alami kesakitan tetapi tempuh penyembuhannya lebih lama. Salah penjagaan, padah lebih buruk Mungkin ada yang sangka, tidak perlu menjaga seperti bersalin normal kerana tidak melalui faraj, tidak berlaku pengembangan pintu rahim. Tetapi hakikatnya luka lebih teruk kerana pembedahan akan membuka… Read More Panduan pantang bersalin secara pembedahan

Berita & pengumuman, Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kehamilan / Mengandung

Home birth vs Hospital

Kebelakangan ini isu home birth iaitu bersalin di rumah hangat diperkatakan. Home birth cuba dipopularkan sebagai satu pilihan untuk ibu bersalin. Ibu saya bersalin 4 kali di rumah dan sekali iaitu anak bongsu di hospital. Saya dilahirkan di rumah. Bersalin adalah proses semulajadi. Sejak Hawa, ibu-ibu telah lalui. Hospital mula terkenal di abad ke 20.… Read More Home birth vs Hospital

Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kesihatan

Aset wanita

Wanita dijadikan Allah dengan pelbagai keistimewaan. Paling istimewa Allah jadikan rahim untuk wanita melahirkan anak. Kurniaan yang besar. Ianya dinamakan rahim iaitu nama Allah “Penyayang” sesuai dengan sifat penyayang wanita yang mengandung dan melahirkan anak. Dan istimewa, wanita sebagai peneman sang suami. Rahim berkait dengan kesihatan wanita. Rahim yang sihat, menyerlahkan kecantikan luaran wanita juga.… Read More Aset wanita

Tip Bersalin dan Berpantang

Tungku herba

Tungku menggunakan batu atau besi, boleh dijadikan tungku herba. Caranya masukkan bahan-bahan herba ke dalam kain tuam. Bahan yang digunakan adalah jintan hitam, halba dan halia. Tumbuk dan masukkan ke dalam kain. Panaskan tungku batu atau besi dan letak atas kain berherba. Lakukan tuaman.

Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Kesihatan

Baby blues

Ibu yang baru bersalin mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ibu memerlukan rehat yang mencukupi untuk pulih semula. Perubahan hormon akan mempengaruhi emosinya. Perubahan ini mungkin memberi kesan kecil dan  mungkin memberi kesan yang besar mempengaruhi ibu. Perasaan ini mungkin hanya akan hilang selepas beberapa minggu. Ibu akan mengalami tekanan perasaaan, berlaku perubahan besar… Read More Baby blues

Tip Bersalin dan Berpantang

Pantang bersalin

Pantang bersalin, apa maksud pantang bersalin? Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya? Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa… Read More Pantang bersalin

Tip Bersalin dan Berpantang, Tip Pemakanan

Amalan makanan semasa berpantang

Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat. Mengapa ada pantang larang tentang makanan… Read More Amalan makanan semasa berpantang

Tip Bersalin dan Berpantang

Faktor mempengaruhi proses bersalin

Tiga komponen yang terlibat ketika proses bersalin adalah laluan, bayi dan kuasa untuk mengeluarkannya. Ketiga-tiga ini akan menentukan proses bersalin berjalan lancar atau tidak. 1. Laluan Kebanyakan pelvis wanita berbentuk bulat dan nipis, memudahkan bayi dilahirkan. Pelvis yang kecil, tidak normal atau ada tumor seperti fibroid akan menghalang laluan ini menyukarkan proses bersalin melalui vaginal.… Read More Faktor mempengaruhi proses bersalin