Archives

Bermain merangsang minda anak

kreatif1 kreatif2 kreatif3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini anak bongsu saya, Dafinah. Umur 4 tahun.

Tiba-tiba tadi Dafinah tanya, “kotak tu nak pakai lagi tak mama?”

Lebihan kotak saya guna untuk bungkus order pagi tadi.

Saya teruskan dengan kerja di depan komputer.

Saya mula perasan Dafinah sedang membuat sesuatu di lantai. Saya perhatikan dan tidak bertanya. Hanya ambil beberapa gambar dia.

Bila siap, saya bertanya, “Itu untuk apa?”

Dia ambil bola sambil beritahu “tempat letak bola.”

Oooo :)

Masa kanak-kanak banyak dihabiskan untuk bermain. Bermain ini adalah suatu yang baik buat anak-anak. Bermain merangsang minda anak. Aktiviti yang dilakukan memerlukan koordinasi fizikal dan skil motor.

Ketika bermain, anak akan berimaginasi dan berfikir secara kreatif. Biarkan anak bermain tanpa gangguan. Anak akan berimaginasi. Jika dilarang, ini akan mengganggu imaginasi anak.

Selain itu, anak-anak akan mengenali benda-benda disekitarnya. Pernah tak anak anda bermain dengan pinggan mangkuk di rak-rak. Mengambil periuk dan mengetuk-ngetuk dengan sudu atau senduk. Apabila mengelurkan bunyi dia berhenti seketika dan menyambungnya semula. Esok anak akan main lagi.

Atau anak anda menarik baju-baju yang telah disusun di dalam almari. Mereka akan menarik sehelai demi sehelai. Aktiviti ‘mengemas’ anak. :)

Ini permainan buat mereka. Anda boleh bantu anak mengenali barang sekeliling dengan memperkenalkan barang berkenaan.

Bermain dengan anak juga akan mengeratkan ikatan antara ibu ayah dan anak. Anak akan belajar cara berkomunikasi. Ini juga akan merangsang minda anak.

Anak-anak cukup terhibur bermain walaupun sekadar  bermain enjit-enjit semut. Permainan mudah tetapi mempunyai aktiviti pergerakan mengikut turutan yang perlu difahami anak.

Bermain dengan anak juga memberi kebaikan untuk ibu dan ayah.Terasa tenang dan gembira melihat kegembiraan anak dan buat seketika berada di dunia kanak-kanak yang penuh imaginasi.

 

 

Promosi Hujung Tahun 2013

Promosi hujung tahun 2013

Set Bersalin NR biasa RM365, ahli RM300. Sekarang RM270

Mandi herba biasa RM29.90, sekarang RM26.90

Tuaman bayi biasa RM15, sekarang RM13.50

Bengkung Mia Tali 45cm biasa RM55, sekarang RM49.50

Baju kurung menyusu moden biasa RM129, sekarang RM90.30

Dan banyak lagi…

Sehingga 4 Jan 2014.

Sila layari www.mamandamia.my

 

Pagar tangga halang anak main tangga

Berbual-bual dengan seorang pelanggan saya, seorang nenek. Anak dan cucunya tinggal sekali.

Dia bercerita cucunya sudah mula merangkak dan memanjat tangga di rumah.

Saya tanya, tidak beli pagar tangga untuk halang tangga ke?

Dia sengaja tidak beli. Kalau halang bagaimana anak itu hendak belajar. Tetapi jangan dibiarkan sendirian. Sentiasa bersama-sama dengan anak. Kalau halang, anak tu tetap nak naik. Proses belajar.

Kalau nak masak atau buat kerja pula bagaimana? Dia jawab, dia letak kerusi halang tangga.

Masa anak sulung, rumah saya rumah setingkat. Masa anak no 3 dan 4 dah duduk rumah 2 tingkat. Saya beli pagar tangga sebab susah nak kawal, anak beza 1 tahun. Saya baru mula perniagaan online masa tu.

Anak no 5 saya ambil keputusan tidak pasang pagar tangga tapi penat lah sebab sentiasa kena ikut dia turun naik tangga dan perhatikan dia.

Namun lebih mudah sebab minat dia hanya seketika tidak seperti anak yang saya letak penghalang.

Apa-apa pun keselamatan anak-anak di rumah amat penting. Keputusan untuk guna pagar tangga penghalang bergantung kepada naluri keibuan kita. Jika yakin mampu jaga, tidak perlu pagar tangga ini. Jika tidak yakin, gunakan kemudahan yang ada.

Anak istimewa

Semalam saya sekeluarga ke taman permainan. Ada seorang anak kecil ini, saya nampak dia tampar seorang anak kecil sebaya dia. Mula memberi tumpuan pada dia. Setiap budak di situ dia akan tolak atau buat sesuatu. Jarang berlaku begini. Saya simpan sebarang komen dan tidak membuat sebarang penyataan dalam hati saya.

Tiba-tiba dengar ibunya datang dan bertanya, ambil aiskrim siapa. Saya pandang dia tengah makan aiskrim. Lembut ibunya bertanya. Makin tertarik pula saya. Kalau saya, suara dah mula tinggi. Saya senyum pada ibunya.

Ketika ini saya mula perasan anak ini anak istimewa seperti down sindrom. Ibunya bertanya budak-budak di situ aiskrim siapa anak dia ambil. Bila dah jumpa dia suruh tunggu untuk ganti.

Bila balik, dalam kereta bercerita tentang anak ini. Rupanya anak no 4 saya pun kena tolak juga.

Cabaran menjaga anak istimewa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Masyarakat perlu beri sokongan dan cuba memahami keadaan anak-anak begini. Kadang-kadang masyarakat kurang mengerti suka melabel ibu bapa tidak tahu menjaga anak. Lebih teruk ada yang meminta anak begini dikurung dan tidak dibenarkan keluar rumah.

Timbul kesyukuran dalam hati. Mungkin Allah tunjuk sebab saya sedang bersedih bagaimana nak atasi masalah anak istimewa saya.

Secara zahir dia nampak normal. Namun perangai sangat keanak-anakan. Darjah 1 masih meragam seperti anak kecil. Kadang malu bila di khalayak ramai mendengar kata-katanya seperti mama tak guna, memanggil seseorang yang badan sangat gempa orang gemuk dan pernah dia memanggilnya nenek saudaranya orang gila. Apa boleh buat, saya maklum masalah anak saya dan minta maaf.

Betapa besarnya masalah kita, ada lagi yang lebih hebat dugaan. Redha dan bersabar. Ganjarannya pasti besar untuk mereka yang bersabar. Moga berilah kesabaran itu kepada diri hambaMu yang lemah ini.

Normal ke keadaan bayi baru lahir begini?

Keadaan bayi baru lahir tidak seperti bayi yang lebih dewasa. Keadaan bayi baru lahir ini lebih kepada keadaan semasa berada dalam rahim ibunya. Selepas beberapa hari atau minggu keadaan bayi baru lahir ini akan mula berubah seperti bayi yang biasa dilihat

– Kaki bayi yang bengkok. Jika anda perhati kaki bayi tidak lurus. Ini kerana kakinya berlipat ketika berada dalam rahim
– badan dan muka bayi diselaputi rambut halus. Ini adalah lanugo untuk melindungi bayi ketika dalam rahim. Rambut ini akan hilang dalam beberapa minggu.
– payudara bayi yang besar dan keluar sedikit susu. Ini kerana hormon kehamilan ibu. Akan berhenti dalam beberapa hari.
– kepala terasa lembut pada tempat tertantu dan anda boleh nampak denyutan nadi pada kepala bayi. Ubun masih lembut dan tengkorak masih belum bercantum. Ianya akan bercantum sepenuh ketika bayi berusia 18 bulan.

Bulan September, bulan dugaan

Agak lama tidak menulis di blog saya. Pelbagai peristiwa hebat berlaku sepanjang Sep yang benar-benar menduga kesabaran saya. Syukur semuanya kini beransur pulih.

Apa terjadi melingkungi keluarga dan perniagaan saya. Anak istimewa saya alami masalah untuk ke sekolah. Dia mula tertekan dengan keadaan di sekolah. Hampir 3 minggu dia tidak  ke sekolah. Saya risau dia kena tindakan displin. Beberapa kali saya pergi ke sekolah dan hubungi guru-gurunya.

Memarahi anak saya ini tidak menyelesaikan masalah. Jalan terbaik adalah berbincang dengan guru-gurunya agar lebih faham keadaannya. Saya juga ambil tindakan beri tumpuan kepadanya, mengajarnya dan memberi semangat kepadanya. Syukur masalah mula selesai apabila guru-gurunya mengambil tindakan mengikut caranya yang tidak suka dimarah-marah. Terima kasih kepada guru-gurunya kerana mengubah pendekatan dan menyebabkan dia ingin ke sekolah semula.

Selain itu saya cuba dapatkan bantuan untuk meningkatkan pelajarannya. Syukur saya dipermudahkan. Allah menemukan saya dengan seseorang yang alami masalah yang sama. Dapat bertukar pendapat.

Dalam masa yang sama, saya alami masalah pekerja. Seorang sakit dan bercuti panjang. Seorang pula berhenti mengejut. Dapat pula pesanan yang banyak. Masa itu juga anak sulung saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.

Website saya juga sering alami masalah. Ketika ini dalam keadaan penuh dugaan, agak sukar untuk beri tumpuan kepada masalah ini.

Saya hanya mampu bertenang dan bersabar. Marah pada keadaan tidak akan selesaikan masalah. Saya selesaikan satu persatu masalah saya. Beri tumpuan pada satu persatu masalah saya mengikut keutamaan.

Semua saya pandang secara positif. Saya dapat memahami anak istimewa saya dengan lebih mendalam. Saya dapat melihat kelemahan-kelemahan yang berlaku di ruangan pekerja saya dan membetulkannya. Saya juga dapat membuat keputusan drastik keluar dari masalah website saya yang telah beberapa bulan bermasalah.

Syukur atas apa yang terjadi!

PENGUMUMAN

Website kini adalah www.mamandamia.my. Sempena dengan pembukaan web baru, terdapat promosi istimewa sehingga 31 Okt 2013 ini.

Untuk sebarang pertanyaan melalui email boleh gunakan sales@mamandamia.my atau hubungi 03-61433094

 

 

 

Mendidik anak minat membaca

Mendidik anak minat membaca, perlu dipupuk sejak kecil.

– Biasakan sejak bayi dengan bacakan buku bergambar menarik.
– Belikan buku bergambar dan bacakan padanya. Beli buku mengikut peringkat usia anak.
– Bawa ke perpustakaan.
– Biasakan bawa ke kedai buku. Sebulan atau 2 bulan sekali bawa ber’shopping’ di kedai buku.
– Jadi contoh pada anak-anak. Tanam dalam diri untuk membaca. Baca buku di depan anak-anak.
– Tiada masa untuk bacakan buku untuk anak? Jika dalam perjalanan dan pasangan anda memandu, luangkan masa beberapa minit bacakan buku untuk anak anda. Jangan baca ketika anda memandu pula

Peristiwa yang menarik saya alami tentang buku. Saya mampu pujuk anak saya yang masih bayi sedang menangis dengan membacakan buku kegemarannya. Tiba di bahagian dia suka, dia akan ketawa seperti biasa walaupun sebelum itu sedang menangis.

Mendidik anak minat membaca memudahkan ibu dan ayah juga. Apabila memasuki alam persekolahan, membaca adalah perkara yang biasa padanya dan tidak menghadapi kesukaran mengulangkaji pelajaran. Namun diperingkat ini, perlu pantau bahan yang dibacanya.

Elak anak tercekik

Semasa anak kecil kita sedang makan atau minum terutama yang kurang 4 tahun, perhatikan dia. Anak-anak kecil ini mudah tercekik walau saiznya kecil. Jangan ambil mudah. 2 minggu sebelum raya, mendengar cerita anak tercekik anggur yang kecil di rumah penjaganya dan tidak dapat diselamatkan.

Bagi elak anak tercekik, ini beberapa perkara yang perlu dilakukan

  •  Potong makanannya kecil-kecil atau hancurkan sebelum beri pada anak-anak. Jika ada biji, buang dahulu.
  • Elak makanan seperti kacang, gula-gula atau buah-buahan seperti rambutan atau anggur diberi sebiji tanpa dipotong-potong
  • Ketika makan, minta anak duduk. Jangan biarkan dia berlari-lari atau melompat-lompat.
  • Anak-anak ini biasanya suka mengutip sesuatu yang dijumpai dan memasukannya ke mulut. Elak anak-anak ini bermain dengan barang seperti duit syiling, butang atau mainan yang terlalu kecil.

Perkara ini nampak remeh, tetapi sekiranya berlaku tanpa disedari oleh orang dewasa, boleh membawa padah. Anak ini apabila tercekik tidak mengeluarkan suara dan sukar untuk memberitahu mereka sedang tercekik. Lebih baik elak anak tercekik dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

Mitos masyarakat melayu

Dalam masyarakat kita, sering kita kaitkan sesuatu terjadi kerana penyebab tertentu. Mitos masyarakat melayu ini ada kala ia penting diambil tahu, ada kala ia perkara normal, ada ada kala menyebabkan akidah terpesong.

  • Rambut gugur selepas bersalin, kita kaitkan dengan bayi yang sembur air liur. Sebenarnya rambut gugur kerana perkara itu semulajadi berlaku kerana berlaku perubahan hormon. Dan air liur bayi itu menunjukan bayi kita normal. Jika tiada air liur, perlu risau.
  • Anak mempunyai masalah perangai yang agak luar biasa, kita kaitkan anak itu anak kedua atau anak itu anak lahir hujung tahun. Jadi sememangnya begitu perangainya. Sedangkan mungkin anak ada masalah yang kita perlu bantu. – amal minum soya ketika mengandung, kulit anak akan menjadi putih. Ini tiada kaitan. Kulit anak dipengaruhi oleh gen ibu dan ayah. Amalan pemakanan ibu mengandung perlu mengikut keperluan dan pelbagaikan jenis makanan. Sekiranya terlebih ambil soya boleh menyebabkan alahan pula pada anak.
  • beri bayi perempuan makanan manis seperti gula agar besar nanti manis paras rupa. Mana mungkin hanya dengan dengan gula rupa anak menjadi manis.
  • tanam uri bayi dengan sesuatu sebagai peneman. Contohnya tanam bersama-sama pen dengan harapan anak menjadi pandai bila besar. Anak itu membesar atas didikan ibu ayah bukan kerana peneman urinya.
  • Menyapu kepala bayi dengan darah haiwan yang diaqiqahkan, meletakkan Al-Quran dikepala bayi, gula atau apa-apa sahaja di kepala bayi ketika melakukan aqiqah dengan harapan tertentu. Ini adat yang merupakan bidaah.

Berhati-hati dengan mitos masyarakat melayu ini terutama yang memesongkan akidah.

Perbezaan anak susu ibu dan susu formula

2 hari lepas berbual dengan adik saya tentang anak-anak kami. Anak sulung dia masuk hospital sebab sukar bernafas 2 minggu lepas. Mudah dapat penyakit. Anak-anak lain tidak macam itu. Bayi dia, baru 10 bulan lebih kuat berbanding kakaknya. Sama juga dengan anak sulung saya dan adik-adiknya.

Inilah perbezaan anak menyusu susu ibu dengan susu formula. Anak sulung saya juga masa kecil kerap keluar masuk hospital. Menyusu susu ibu hanya beberapa minggu. Pelbagai penyakit, asma, jangkitan kencing, telinga. Aha nurse kat hospital pun kenal kami. :)

Masuk sekolah, minggu pertama pasti kena asma sebab sekolah berhabuk. Hanya selepas darjah 5 berkurangan masalah ini. Ada satu ketika sangat teruk keadaannya, tercunggap-cunggap cuba bernafas. Cemas mengingatkan semula keadaan itu.

Alhamdulillah adik-adiknya tidak alami masalah abang-abangnya. Sihat dan jarang sakit. Nampak perbezaan ketara kerana adik2nya menyusu susu ibu. Damia masa kecil, susah makan ubat. Masuk ubat, dia muntah semula. Biasanya sembuh hanya dengan dia kerap minum air. Alhamdulillah hospital sudah tidak menjadi rumah kedua kami.

Puncanya dahulu, saya kurang ilmu. Berlaku salah sangka tentang penyusuan susu ibu. InsyaAllah kita sebenarnya mampu memberi susu ibu kepada bayi kita.